Showing posts with label Facebook. Show all posts
Showing posts with label Facebook. Show all posts

Tuesday, May 8, 2012

blood types

Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah.. exam end of module untuk GIT dah lepas. next module pathobiology. komen pasal exam.. bagi seha, exam hari tu sangat susah. ini baru exam dunia, tak tahu macam mana exam akhirat pula kan. tapi apa pun seha dapat nanti, seha redha dan akan usaha sebaik mungkin untuk final paper nanti. insyaAllah.. balik balik rumah masa tu, ramai kawan-kawan sebatch update status akhirnya menjadi penembak terhandal. seha ingatkan seha sorang jadi penembak walaupun tak pernah berlatih sebelum ni. :P erm.. apa pun, seha harap seha dan kawan-kawan sebatch dapat result yang terbaik untuk last sem tahun 3 ni.. aminn :)

back to main topic.. darah seha jenis AB. abah seha darah A, mama seha pula darah B. so seha ni dapat half dari abah seha dan half dari mama seha la kan. kawan-kawan selalu cakap darah jenis AB ni kedekut sebab darah AB hanya boleh bagi kat darah AB je. darah O, A dan B tak dapat terima darah jenis AB. darah AB juga paling sikit kalau nak dibandingkan dengan darah jenis lain. erm.. yang uniknya, jenis darah ni ada kaitan dengan personaliti diri kita. ini adalah kajian daripada salah sebuah institut di Jepun. okay, jom layan komik pasal blood types dari facebook ni.. it's cute and so true! how bout your blood type? :)

*klik gambar untuk tumbesaran 

ANGER MANAGEMENT
THE EFFICIENT WAY TO STUDY

DRIVING
SMART PHONE 
INNER WORLD
 OVERVIEW
TYPE B
 TYPE A
 TYPE O
TYPE AB
  
Bagaimana Allah mampu menciptakan manusia itu berbeza personaliti, rupa dan bangsa, begitu juga Allah mampu beri kebahagiaan yang berbeza pada setiap manusia..

p/s: setiap yang Allah jadikan ada hikmahnya.. kita tak tahu dan tak nampak, tapi bila diteliti dengan naluri, pasti akan bertemu jawapan yang dicari. insyaAllah.. may Allah bless us all! :)

Sunday, October 9, 2011

Friday, September 16, 2011

because i love it so much..

because i love it so much.. im going to requote status of someone, read on facebook.
pinjam status ye dik :D

Refleksi. Lain orang, lain jalan atau laluan yang dilalui. Tapi semua orang boleh berlari. Untuk mendapatkan Dia. Tak kisah, siapa yang lambat atau siapa di hadapan, asalkan KITA sentiasa dalam PELARIAN. -quoted.
"Sungguh, ini adalah peringatan. Maka barangsiapa mengkehendaki (kebaikan untuk dirinya), tentu dia mengambil jalan menuju Tuhannya."
(Al-Insan : 29)

Monday, June 20, 2011

bahagianya tiada fb :D

banyak sangat kebaikan teda fb..
tedala mau sebok sebok hal orang, teda mau sakit sakit ati baca status orang, teda tengok aurat orang lain, teda melagho lama-lama depan lappy, semuala teda bila teda fb..
walaupun ada jugakla beberapa kebaikannya ada fb ni macam dapat update sal family and kawan kawan yang jauh dmalaysia, dapat info n notes dari iMumtaz, but rasanya mumtazbazz pun cukup sudah :)
erm ni pendapat saya jaa.. no offend :)

sekarang ni dalam kepala fikir apa? fikir mau balik jaa.. nda sabar mau puasa n raya dengan family. and this sept will be a memorable month for me insyaAllah :')
pray for me okay? thanks :')

and untuk semua kawan kawan se'batch', good luck exam..
semoga dipermudahkan olehNya segala urusan kita.. aminn :)

"..Kemudian, apabila kamu membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah mencintai orang yang bertawakal." (al-Imran:159)

may Allah bless.. :)

Tuesday, March 8, 2011

pencarian

suatu kisah
kisah benar belaka
seorang lelaki dalam pencarian
mencari pemilik rusuk kirinya
muncullah calon yang entah ke berapa
seperti biasa
diusulkan kepada emak tercinta.

bukan calang-calang calon yang diusulkan
lulusan universiti Timur Tengah
menghormati permintaan si anak
yang mahu pendamping solehah
sejuk mata memandang
bertudung labuh litup
pandai berbahasa Arab
bahasa syurga
pendek kata tip top!

si lelaki mula istikharah
hampir berminggu
setelah meneliti gambar
mula mencari maklumat
sebelum sesi taaruf bermula.

si lelaki menjenguk ke web
laman Facebook kegemaran ramai
satu keajaiban!
si lelaki tidak pernah punya web sedemikian
tiba-tiba tergamam
si gadis masih anggun
bertudung labuh litup
bergambar sakan
aduh!

terkejut bukan kepalang
calon solehah direject tanpa ihsan
bukan menjadi pilihan
hanya kerana gambar ditayang
pemilihan terbatal.

dia pernah berkata
perempuan cantik itu
tidak memandang dan tidak dipandang
perempuan cantik itu
tidak mengenali dan tidak dikenali
perempuan cantik itu
tidak menegur dan tidak ditegur.

akhirnya
solehah kempunan calon soleh
merayu untuk dipertimbangkan
tapi sayang sekali
si lelaki tetap tidak berganjak dengan keputusan.

wahai muslimah
aku dan kamu
mari mempelajari, mencontohi
watak-watak wanita salafussoleh
sifat, pengorbanan dan perjuangan mereka
kerana wanita solehah itu..
lebih baik daripada seribu lelaki yang tidak soleh.

p/s; insyaAllah, sama-sama kita ambil pengajaran.. may Allah bless~ :)

Sunday, January 9, 2011

facebook; source of information for israel..

"Many people no longer have a sense of shame, they talk about all their personals via facebook. Everything is disclosed there. It is true right?"
Information circulating earlier today mentions that ISRAEL has used this famous social networking service to recruit their spies in GAZA STRIP by taking advantage from the difficulties of sosio-economic there.

So indirectly, we are in the wrong side right?

Thursday, December 9, 2010

astaghfirullah..

(klik imej untuk lihat lebih jelas)

ASTAGHFIRULLAH...
janganla tambah dosa d facebook macam ni yah kawan kawan...
nabi s.a.w ada bepesan;
كل أمتي معافى إلا المجاهرين، وإن من المجاهرة أن يعمل الرجل بالليل عملا، ثم يصبح وقد ستره الله عليه، فيقول: يا فلان عملت البارحة كذا وكذا، وقد بات يستره ربه، ويصبح يكشف ستر الله عليه
Ertinya: Setiap umatku (boleh) diampunkan keucali mereka yang mendedahkan (dosanya),ada di kalangan yang mendedahkan ini, melakukan suatu dosa di waktu malam, berpagi-pagi sedang Allah menutup keaiban dosa itu, namun tiba-tiba dia mendedahkan seraya berkata :" Wahai fulan, semalam aku lakukan itu dan ini" maka terhapuslah tutupan Tuhannya dan jadilah ia membuka (rahmat) Allah yang(sebelum ini) menutup keaibannya.
( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)  

 facebook, twitter atau semua semua tu bukan tempat kita meluahkan segalanya...
cerita hidup kita, cerita kita sehari-harian, tidak semua perlu dkongsi...
semua sakit hati, rasa sedih, rasa besyukur, kalau boleh kita kongsi dengan Allah...
insyaAllah Dia sentiasa mendengar...
aku bukan mau cakap apala sebab aku pun kadang kadang luah rasa hati dalam blog...
tapi janganla sampai kita maki maki orang cakap bukan bukan macam d atas tu yah...
ini pun peringatan untuk aku juga...

p/s; insyaAllah sama sama berubah ke arah yang baik... may Allah bless :)

Monday, December 6, 2010

jejaka hot yang bikin panas!

Luca Lucas.

(Klik gambar untuk imej yang lebih jelas) 
bersama komen-komen panas sesedap mulut berkata sepantas jari menaip!

kau paling manangla Luca Lucas! haha. ntah, time first-first baca rasa panas juga hati. tapi sekejap ja la. aku anggap orang-orang sebegini kira macam masyarakat jahiliyah la.. kalau nda pun, masyarakat mentaliti ketiga. bukan lagi kalau tidak, memang pun. THIRD-MENTALITY SOCIETY.

post kali ni bukan la pasal jejaka nda hensem ni semata-mata, tetapi juga kepada seluruh masyarakat mentaliti ketiga.

1. sabah tiada bank taraf international? pegi dekat bangunan sebelah dengan Tong Hing Supermarket. ada tu HSBC. banyak seja pun bukan d KK seja ada, tawau pun ada...

2. memang la kami bangga dengan Pulau Sipadan, Gunung Kinabalu.. sebab di Sabah ja ada. dekat tempat lain ada? teda kan.. Pulau Sipadan- One of The Most Beautiful Island of The World, Gunung Kinabalu- 3rd of The Tallest Mountain in Asia. aku mau tanya, johor ada?

3. dia cakap makanan di Sabah ni nda sedap langsung. yang kau pi makan di Pasar Filipina tu kenapa? =_='.. lagipun citarasa orang kan lain-lain. kau rasa nda sedap, aku rasa sedap. contohnya makanan di KL, aku rasa nda sedap. tapi orang KL makan ja pun. see, citarasa orang lain-lain right? apa yang penting? RESPECT BRO... RESPECT!

4. kami nda perlu shopping complex yang grand-grand, sebab Sabah has a lot more to offer, which is nature. hanya pecinta alam seja yang dapat hargai dan faham erti nature, bukan pecinta JUSCO TESCO macam kamu tu. yang tepaksa korbankan alam sekitar untuk dibina.

5. setiap negeri ada kelebihan masing-masing. melaka dengan bangunan bersejarahnya, KL dengan kemajuan bangunannya, dan Sabah dengan alam semula jadinya. kalau semua pun mau buat sama dengan Johor, semua pun mau developed, cam mana pula dengan pelancong yang sukakan nature? sah, Luca Lucas nda boleh jadi pemimpin.

6. hahahaha traffic jammed is everywhere? for the first time ever, rupanya ada juga orang yang sukakan traffic jammed.. my respond, WOW...

7. JB never sleeps unlike Sabah huh? well Sabahan need their sleep... for good quality of their works in the morning...

8. kami united. nda payah la PM buat kempen 1 Malaysia. memang dari dulu lagi kami 1 Malaysia. cikgu aku waktu di SK. Tawau II, dia bangsa Cina, asal Semenanjung. aku nda ingat apa nama dia, dia nda pernah ajar aku la.. time tu aku saja-saja datang lawat, pastu aku tejumpa dengan cikgu tu, kami pun crita-crita..

Cikgu: saya suka kat Sabah ni.. kalau kat Semenanjung dulu, Cina Melayu India mana ngam.. tapi sini semua pun boleh kawan. kalau sini tengok budak Melayu kawan dengan budak Cina, rasa biasa saje.. tapi kat Semenanjung susah nak jumpa. Cina dengan India lagi la.. langsung tak boleh ngam. India kawan dengan India saja, Cina dengan Cina, Melayu dengan Melayu. mana mau campur..

9. memang la mungkin first time cikgu-cikgu yang kena hantar pegi Sabah, mula-mula dorang dapat tau kalau boleh dorang nda mau datang. kebanyakan orang kan fikir Sabah ni telampau mundur segala. tapi cuba tanya kenapa cikgu-cikgu yang sudah betaun-taun mengajar di Sabah nda mau balik?

ni apa yang cikgu-cikgu yang pernah mengajar aku pernah cakap (bahasa dorang kacuk Semenanjung+Borneo skit);

Cikgu Tuan Iskandar: kat Sabah ni aman.. cikgu suka Sabah. Sabah bagus bahh!! ikan pun murah. hehehe. kalau boleh cikgu tanak kena pindah. biar mengajar sini saje. dulu memang takutla dapat mengajar kat Sabah, tapi bila dah sampai rasa tak nak pulang Semenanjung dah...

Cikgu Razak: sebab pelajar-pelajar sini baik-baik. memang la ada yang nakal.. kalau nakal tu, tu perkara biase la.. tapi stakat itu je la.. tiada la yang kurang ajar sangat. pelajar kat Semenanjung lain.. kebanyakannya kurang ajar, tak hormat cikgu.. 

kurang ajar? opps. bukan aku yang cakap.

10. sori sikit. internet ada bha d Sabah. susah juga kalau NOOB betul ni.

sila selidik hasil ekonomi Malaysia dapat dari mana. balak, di mana banyak? tourism, negeri apa paling banyak menyumbang kepada pengaliran mata wang ke dalam negara dari sudut eko-pelancongan? iklan Tourism Malaysia, negeri apa masuk iklan? ehem. setahu aku, Johor tiada..







P/S: aku bukan mau cari pasal sama orang Johor, tapi apa boleh buat, suda c Luca Lucas ni orang Johor. hmm, kita ni satu negara, tinggal dalam negara yang sama, duduk atas negara yang sama, jadi kenapa mau rendah-rendahkan negeri yang lain? kau kutuk negeri lain, negara kau juga, tanah air tercinta kau juga. 53 tahun sudah Malaysia merdeka, tapi kalau masih lagi ada rakyat yang berfikiran begini, merdeka kah? teda guna bangunan canggih-canggih, kalau mentaliti tidak secanggih bangunan.

may Allah bless.