Showing posts with label Facts. Show all posts
Showing posts with label Facts. Show all posts

Tuesday, May 8, 2012

blood types

Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah.. exam end of module untuk GIT dah lepas. next module pathobiology. komen pasal exam.. bagi seha, exam hari tu sangat susah. ini baru exam dunia, tak tahu macam mana exam akhirat pula kan. tapi apa pun seha dapat nanti, seha redha dan akan usaha sebaik mungkin untuk final paper nanti. insyaAllah.. balik balik rumah masa tu, ramai kawan-kawan sebatch update status akhirnya menjadi penembak terhandal. seha ingatkan seha sorang jadi penembak walaupun tak pernah berlatih sebelum ni. :P erm.. apa pun, seha harap seha dan kawan-kawan sebatch dapat result yang terbaik untuk last sem tahun 3 ni.. aminn :)

back to main topic.. darah seha jenis AB. abah seha darah A, mama seha pula darah B. so seha ni dapat half dari abah seha dan half dari mama seha la kan. kawan-kawan selalu cakap darah jenis AB ni kedekut sebab darah AB hanya boleh bagi kat darah AB je. darah O, A dan B tak dapat terima darah jenis AB. darah AB juga paling sikit kalau nak dibandingkan dengan darah jenis lain. erm.. yang uniknya, jenis darah ni ada kaitan dengan personaliti diri kita. ini adalah kajian daripada salah sebuah institut di Jepun. okay, jom layan komik pasal blood types dari facebook ni.. it's cute and so true! how bout your blood type? :)

*klik gambar untuk tumbesaran 

ANGER MANAGEMENT
THE EFFICIENT WAY TO STUDY

DRIVING
SMART PHONE 
INNER WORLD
 OVERVIEW
TYPE B
 TYPE A
 TYPE O
TYPE AB
  
Bagaimana Allah mampu menciptakan manusia itu berbeza personaliti, rupa dan bangsa, begitu juga Allah mampu beri kebahagiaan yang berbeza pada setiap manusia..

p/s: setiap yang Allah jadikan ada hikmahnya.. kita tak tahu dan tak nampak, tapi bila diteliti dengan naluri, pasti akan bertemu jawapan yang dicari. insyaAllah.. may Allah bless us all! :)

Wednesday, October 5, 2011

did you know? #7

sleeping on your right side help gas escape easier from your stomach and out your mouth as a burp.

Friday, August 19, 2011

adakah Tuhan itu wujud?

watch this video first :)
Seorang atheist yang juga professor falsafah bercerita dalam kuliahnya mengenai masalah yang dihadapi oleh sains berkenaan dengan Tuhan. Dia meminta seorang pelajarnya bangun dan beliau bertanya…

Prof: Kamu percayakan Tuhan?

Pelajar: Sudah semestinya professor.

Prof: Adakah Tuhan itu baik?

Pelajar: Ya

Prof: Adakah Tuhan itu amat berkuasa?

Pelajar: Ya

Prof: Saudara saya meninggal kerana kanser walaupun dia berdoa kepada Tuhan agar dia boleh sembuh. Kebanyakan kita akan cuba membantu mereka yang sedang sakit tetapi Tuhan tidak. Jadi macamana Tuhan itu baik? Hmmm?

(Pelajar berdiam diri)

Prof: Kamu tidak boleh menjawabnya ya? Mari kita teruskan lagi anak muda. Adakah Tuhan baik?

Pelajar: Ya.

Prof: Adakah syaitan baik?

Pelajar: Tidak.

Prof: Siapa yang mencipta syaitan?

Pelajar: Tuhan.

Prof: Tepat sekali, beritahu saya anak muda, wujudkah kejahatan didunia ini?

Pelajar: Ya.

Prof: Kejahatan ada dimana-mana bukan? Dan Tuhan mencipta semuanya, betul?

Pelajar: Ya.

Prof: Jadi siapa yang mencipta kejahatan?

(Pelajar tidak menjawab)

Prof: Bukankah terdapat penyakit? Keruntuhan moral? Kebencian? Keburukan? Semua perkara yang dasyat ini wujud didunia ini bukan?

Pelajar: Ya professor.

Prof: Siapa yang menciptanya?

(Pelajar tiada jawapan untuknya)

Prof: Science menyatakan yang kamu ada 5 deria untuk mengenalpasti dan melihat dunia disekeliling kamu, beritahu saya anak muda, pernahkah kamu melihat Tuhan?

Student: Tidak pernah professor.

Prof: Sila beritahu jika kamu pernah mendengar akan Tuhan itu?

Pelajar: Tidak pernah professor.

Prof: Pernahkah kamu perasankan akan Tuhan itu? rasaiNya, menghiduNya? Adakah pada kamu itu apa-apa deria yang boleh membuat kamu kenal akan Tuhan itu?

Pelajar: Tiada professor, saya tidak pernah mengalaminya.

Prof: Dan kamu masih percayakan Tuhan itu?

Pelajar: Ya professor.

Prof: Berdasarkan kepada pemerhatian, pada kajian, pada suatu yang boleh didemonstrasikan, sains menyatakan yang Tuhan itu tidak wujud. Apa pendapat kamu mengenainya?

Pelajar: Saya tidak boleh berkata apa-apa professor, saya hanya ada kepercayaan dan keimanan kepada Tuhan itu sendiri.

Prof: Ya.. percaya.. iman, itulah dia masalah yang dihadapi oleh sains.

(Pelajar termenung dan berfikir lantas bersuara..)

Pelajar: Professor, wujudkan apa yang dipanggil panas?

Prof: Ya.

Pelajar: Dan juga apa yang dipanggil sejuk?

Prof: Ya.

Pelajar: Tidak professor, tidak ada sebenarnya apa yang di panggil sejuk itu.

(Semua didalam dewan kuliah terdiam)

Pelajar: Professor, kita boleh ada banyak haba kepanasan, panas yang teramat sangat, yang sedikit atau pun tiada kepanasan. Sebenarnya kita tiada apa yang dipanggil sejuk. Kita boleh mencapai 458 darjah dibawah takat beku tetapi kita tidak boleh pergi rendah daripada itu. Sebenarnya tiada apa yang dipanggil sejuk. Kepanasan itu adalah tenaga, sejuk bukanlah lawan kepada panas, hanya ketiadaan panas itu sendiri.

(Dewan kuliah menjadi sunyi sepi)

Pelajar: Bagaimana pula dengan kegelapan? Adakah wujud apa yang dipanggil gelap itu?

Professor: Apalah malam jika tiada kegelapan?

Pelajar: Sekali lagi professor silap. Kegelapan hanyalah ketiadaan sesuatu. Kita boleh ada cahaya yang malap, cahaya normal, cahaya terang, cahaya berkilau… tetapi jika kita tiada cahaya, itu yang dipanggil kegelapan. Realitinya "gelap" itu tidak wujud. Kita tidak boleh membuatkan gelap itu menjadi semakin bertambah gelap bukan?

Prof: Jadi apa sebenar yang kamu ingin sampaikan disini?

Pelajar: Apa yang saya ingin nyatakan adalah, falsafah professor itu salah.

Prof: Salah? Bolehkah kamu jelaskannya?

Pelajar: Profesor membuat perhitungan menggunakan konsep yang berlawan, antara hidup dan mati, Tuhan yang baik dan tidak. Professor melihat konsep ketuhanan itu pada suatu yang nyata, sesuatu yang boleh kita ukur. Professor, sains masih tidak boleh menjelaskan dari mana datangya "ruh atau nyawa" dan apakah "minda" atau "fikiran" itu sendiri. Sains menggunakan elektrik dan magnetism tetapi ianya suatu yang tidak kelihatan dan nyata, malah kita masih tidak memahaminya secara keseluruhan. Untuk melihat mati itu sebagai lawan kepada kepada hidup adalah sesuatu yang tidak tepat kerana sebenarnya mati tidak wujud sebagai suatu bentuk yang nyata. Mati itu bukan lawan kepada hidup, mati hanyalah ketiadaan apa yang memberi kehidupan itu sendiri iaitu nyawa.

Sekarang beritahu saya professor, adakah kamu mengajar bahawa manusia asalnya dari monyet?

Prof: Jika kamu rujuk kepada proses evolusi semulajadi, ya.

Pelajar: Pernahkah professor melihat evolusi itu sendiri?

(Professor menggeleng kepala dan tersenyum kerana mula merasakan perbincangan ini semakin hebat)

Pelajar: Disebabkan tiada siapa pernah melihat proses evolusi itu sendiri sedang berjalan dan tidak boleh membuktikan yang ianya adalah suatu proses yang berlaku secara berterusan, adakah professor mengajar pendapat professor sahaja? Adakah professor saintis atau penceramah?

(Dewan kuliah menjadi gempar)

Pelajar: Ada tak sesiapa didalam dewan ini pernah melihat otak professor?

(Pelajar lain tertawa)

Pelajar: Ada tak sesiapa yang perasan akan otak professor itu? Rasainya, menghidunya? Saya pasti tiada siapa yang pernah berbuat demikian… jadi berdasarkan kepada pemerhatian, pada kajian, pada suatu yang boleh didemonstrasikan, sains menyatakan yang otak professor tidak wujud. Maaf saya katakan, bagaimana kami semua boleh percayakan kuliah-kuliah professor selama ini?

(Seluruh dewan menjadi senyap.. Professor merenung lama kepada pelajar tersebut)

Prof: Saya rasa kamu semua hanya perlu percayakan kepadanya.

Pelajar: Itulah dia professor, hubungan antara manusia dan Tuhan adalah kepercayaan dan keimanannya dan itulah yang membuatkan kita dan seluruh alam ini hidup dan berfungsi sepertinya..
sumber: iMumtaz

Tuesday, August 16, 2011

did you know? #6

human lungs are about
100 times easier to inflate than balloons.

Tuesday, August 9, 2011

did you know? #5

holding your breath to stop hiccups works because
the build-up of carbon dioxide in your lungs can stop your diaphragm from contracting, the cause of your discomfort.

Saturday, August 6, 2011

did you know? #4

a woman's sense of smell is most accurate 
during ovulation. 

Tuesday, August 2, 2011

did you know? #3

once a human reaches the age of 35,
he or she will start losing approximately 7000 brain cells
a day which will never be replaced.

did you know? #2

smokers are likely to die on average six and a half years earlier than non-smokers.

Saturday, July 30, 2011

did you know? #1

medical evidence shows that approximately 80% of a child's intelligence is acquired from the mother.

Monday, February 28, 2011

natural beauty..

beauty
weyh, everybody want to be beautiful..
nobody wants to be ugly.. agree with me?
but then, how do you define the word beautiful???
it's subjective you know..
people view beauty from different aspects...
your looks, body shape, attitude, inner beauty and etc..
  and as for me,i made lots of definition on beauty...
and here i give you one sentence regarding beauty...


"Kecantikan merupakan satu nikmat yang ALLAH beri tapi boleh jadi juga ia merupakan satu dugaan atau musibah kepada seseorang itu"
 
OKEY GIRLS!
ready for the tips to be BEAUTIFUL!
 
open your eyes and read carefully for whatever i'm going to write, starting by the very next sentence.

1. NEVER LET OTHER PEOPLE INTERFERE YOUR CONFIDENCE. 
one of the prettiest girls is always the confident one. don't believe me? ask the guys. ta kisah la kamu pakai jubah atau purda sekali pun tapi kalau kamu konfiden dengan diri kamu, you'll look sexy. serius ni. girls with high level of confidence are always sexy. berapa ramai sudah orang di dunia ni, walaupun gemuk tapi nampak lawa ja. sebab apa? sebab dorang konfiden.

"self-confidence is the real beauty"

2. TO THOSE YANG CHUBBY; 
siapa cakap chubby tu bida? cuba cakap sepa yang cakap? kamu cili mulut dia tu. certain people ngam chubby. cuba kamu kurus, belum tentu nampak cantik. cuba tengok Hillary Duff, dari comel lote pegi kurus cekeding terus cam nampak tua ni. eih. kalau aku lelaki, nda la aku minat.

BEAR THIS IN MIND- AS LONG AS YOU COULD REMAIN HEALTHY WHILE ENJOYING FOOD AT THE SAME TIME, THERE IS NO REASON TO STOP. apa mo peduli apa orang lain cakap asal kau bahagia. kalau setengah mati diet kuruskan badan tapi nda bahagia buat apa? I'm a food lover so I know how tempting it is looking at exquisite foods. hehee~ tapi agak-agak la juga. kalau sudah obese pastu membahayakan kesihatan, bagus la juga diet tu kan..

3. TO THOSE YANG SKINNY LIKE ME, HAHA; 
so what if we're too skinny? sekurang-kurangnya kita ta payah diet, ta payah risau-risau bila makan. coz we don't get fat. neh! jangan hirau orang cakap-cakap. take that as a compliment. balas dengan senyuman paling bahagia. kalau ada makanan lagi di tangan, kasi jeles lagi dorang. pastu cakap, "I LOOOVE MY SKINNY BODY. I CAN EAT WHATEVER I WANT! NYUM!!" at least be grateful. we're not those pathetic who count their kilos everyday. we don't need weighing scale *wink wink* (^_-)

  p/s; yang cakap-cakap tu dengki.. PHD kan.. Perasaan Hasad Dengki.

4. THE DEFINITON OF BEAUTY KITA YANG CREATE SENDIRI. 
so, jangan jadi bodoh dengan mind setting yang kita sendiri set. di barat, kulit tanned jadi idaman. padahal kalau di Malaysia ni, kulit putih tu la yang di idam-idamkan. di Afrika, dorang rasa perempuan leher panjang cantik, di Malaysia kita rasa pelik. haha. so, tengok diri kamu di cermin, set dalam kepala otak tu yang kamu tu cantik. kenapa? sebab kamu tu ciptaan Allah. semua ciptaan Allah tu cantik sebab Allah sukakan kecantikan. ka kamu mo deny yang ciptaan Allah tu cantik? lu fikir la sendiri.

" beauty... is the shadow of God on the universe"

5. TIDAK LAKU. 
tiada lelaki suka kamu? lelaki cakap kamu bida? peduli apa. time ni la kamu senang mau tau siapa MR RIGHT kamu. who sees you for who you are, who sees you more than what meets the eyes, who sees you through your soul, who sees you for the self you are within. buat apa mo ramai-ramai peminat kalau dorang tu bukan minat kau betul-betul? kan? buang masa ja. bukan boleh buat laki tu macam tu. girls, you don't need someone who fancies you, you need someone who loves you. you don't need another candidate who is going to leave you when you start to have wrinkles, you need a candidate who is willing to grow old and have wrinkles journey together with you. let's grow ugly together yah? haha XD

"in every man's heart, there is a secret nerve that answers to the vibrations of beauty"

6. SIAPA HAKIM PALING UTAMA SEBENARNYA? 
jangan peduli hakim dunia, hakim akhirat yang penting. hakim akhirat nda tengok rupa, tapi tengok iman.


"Allah is the best judge in assessing the beauty of the human heart" 

7. NUR (bukan Nur Kasih ya...) 
cakap pasal iman, orang yang hati dia baik selalu nampak cantik. jadi mari sama sama bersihkan hati. ni tips untuk muka tampak radiant ni. ta perlu Fair & Lovely, Garnier, Clean & Clear, semua semua tu. insyaAllah cahaya keimanan tolong settlekan. konfem muka beseri. tambah tambah lagi kalau rajin ambil wuduk... betul ni... :)

"beauty is not in the face; beauty is a light in the heart"

 
May Allah bless :)

Thursday, December 2, 2010

it's a fact!


When a person cries and the first drop of tears come from the

right eye, its from happiness.

But when the first roll is from the left, it is pain.. -Psychological Fact-

Wednesday, December 1, 2010

kenapa ibumu menangis?


Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya,
"Mengapa engkau menangis?"
"Kerana aku seorang wanita", kata sang ibu kepadanya.
"Aku tidak mengerti", kata anak itu.
Ibunya hanya memeluknya dan berkata,
"Dan kau tak akan pernah mengerti" Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya,
"Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?"
"Semua wanita menangis tanpa alasan", hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.
Anak laki-laki kecil itu pun lalu membesar menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita suka menangis. Akhirnya ia mendapat petunjuk dari Tuhan, Antara bisikan yang didengarinya adalah:
01."Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan "
02."Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "
03."Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh "
04."Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya "
05."Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "
06."Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada di sisi suaminya tanpa ragu "
07."Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan walaupun kadangkala dia tidak memerlukannya."
Tahukah kamu? Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, karena itulah pintu hatinya - tempat dimana cinta itu ada.
hargailah wanita di sisi anda~~

Wednesday, September 1, 2010