Assalamualaikum wbt..
winter break adalah waktu yang sangat ditunggu-tunggu oleh pelajar mesir.. hee. sebab apa? sebab time tu la semua akan melancong ke luar mesir ataupun balik ke malaysia bagi mereka yang rindukan rumah atau rindukan makanan malaysia yang tiada dijual di mesir. hehe.. tapi ada juga yang tak ke mana-mana, hanya duduk berehat di rumah. terpulang sama ada berehat sepenuhnya atau sibuk mengikuti mana-mana kelas agama.
winter break kami berdua kali ni lebih kurang sama dengan tahun lepas.. tak ke mana-mana. yang bezanya, kami berdua dah kahwin tahun ni. hehe.. jadi banyak masa kami kongsi bersama waktu cuti ni. tahun lepas tak boleh sebab masih dalam tempoh bertunang.
sebab utama kami tak ke mana-mana cuti ni ialah.. kami mahu membersihkan rumah sepenuhnya dan belajar juga sebab lepas cuti ni final exam semakin menghampiri. :0
berbalik kepada niat nak membersihkan rumah, sebab utama kami nak sangat rumah kembali bersih ialah ini..!
kulat dah tumbuh bukan saja dekat dinding rumah kami, tapi dah naik dekat perabot kami seperti rak buku dan katil. mungkin sebab keadaan musim sejuk yang lembap membuatkan rumah kami dibanjiri kulat-kulat ni. ada dua sebab kami harus membersihkan rumah ialah satu, rumah dah tak cantik sebab kulat-kulat ni menghiasi dinding rumah kami, dua, ia juga tidak baik untuk kesihatan sebab kulat-kulat ni boleh tumbuh dalam liang rongga pernafasan kita yang juga sentiasa lembap.
doakan kami bersabar dengan dugaan Allah bagi ni.. dugaan yang nampak kecil tapi sebenarnya agak memeningkan kepala juga sebab final exam dah nak dekat, rumah pula belum siap kemas. hari ini inshaAllah akan ke kedai Jotun untuk beli cat.
aktiviti lain masa musim cuti ni selain kemas rumah ialah dating.. sebab sebelum kahwin dulu tak boleh. hehe..
my mee jawa! :)
nanti kalau rajin akan letak resepi dalam blog inshaAllah
nanti kalau rajin akan letak resepi dalam blog inshaAllah
alhamdulillah.. hidup selepas berdua ni lebih baik dan teratur jika dibandingkan dengan masa zaman bujang dulu. doakan juga kami dapat buat umrah tahun depan.. antara sebab tak jalan winter break ni ialah nak kumpul duit pergi umrah inshaAllah. lepas tu, baru rasa tenang dan happy nak round tempat lain pula. hee.. update yang super simple saja. terima kasih sudi baca. may Allah bless us all! :)
































