Showing posts with label Sad. Show all posts
Showing posts with label Sad. Show all posts

Wednesday, June 20, 2012

sahabat sebenar

assalamualaikum wbt..
alhamdulillah.. syukur sangat sebab hal rumah baru dah hampir selesai. tapi ada sedikit masalah juga. seha cari kawan-kawan untuk minta tolong. masa ni, baru nampak siapa sebenarnya sahabat seha. tak tahula mungkin dorang masih judge seha dengan masa lalu. dan seha tau seha pun bukan kawan yang baik, tapi kalau seha boleh tolong, seha akan usaha kurangkan sedikit beban mereka. seha hanya minta tolong sikit sahaja.. tapi mungkin payah bagi mereka. maaf menyusahkan semua.. :(

seha akan usaha cari alternatif lain pula. sekarang seha dah tau siapa sahabat seha, walaupun baru kenal dorang, tak sampai setahun pun tinggal sama, tapi seha rasa macam dah satu family dengan dorang. sedih nak pisah dah dengan dorang. terima kasih jadi sahabat seha.. :)


p/s; sabar... bila kita redha pada sesuatu yang mengecewakan hati kita, maka percayalah Allah akan menggantikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tak dijangka. semoga semua ini akan memberi seha kekuatan di masa depan. aminn.. may Allah bless! :)

Thursday, May 31, 2012

usaha yang kurang

seha rasa result mcq hari tu tak okay..
dan memang betul tak okay..
seha memang tak buat yang terbaik..
banyak distraction juga masa tu..
takpala, redha ja.. 
itu usaha seha..
tak kisahla orang lain nak cakap apa sebab sememangnya manusia cuma lihat pada result.
Allah saja yang lihat pada usaha..
buat sehabis baik pula untuk final nanti, insyaAllah..
pathobiology kena fokus dari sekarang..
may Allah bless! :')

Friday, May 18, 2012

when i feel sad..


when i feel sad, besides praying to Allah, i'll listen to this song. it's a beautiful song indeed. SubhanAllah! :')

i don't know why lately i've been crying too much.. crying alone. after prayed, during my du'a, before sleep and sometimes when i do my revision. maybe it's because what i'd planned before is not going smoothly. i know i'd make others disappointed with me. i'm so sorry.. but i promise you all that i will try my best, do my best this time. it's been a very hard journey for me. deep inside my heart, i really hope that all the wishes will come true. aminn ya Allah.. yet, i believe everything happen for a reason. i keep reminding myself that Allah is The Best Planner and His plans are always the best, because it is what i need eventhough it is not exactly like what i want.. :)

i wanna tell you something.. everytime i feel sad, i will try to find His words in His love letter to calm my heart. and in that everytime, i will find one. i only opened the Quran randomly. SubhanAllah.. He really knows how to cure my heart. like i said before, i felt a little bit down.. then i opened my Quran, and i found this sweet words;

2:153  

O you who have believed, seek help through patience and prayer. Indeed, Allah is with the patient. [al-Baqarah verse 153]


alhamdulillah.. alhamdulillah.. alhamdulillah.. it's enough for only one verse to make me calm. SubhanAllah.. i know i need to be patient if i want Him to be with me along my way. like others said, a man without Allah is nothing. and i don't wanna be nothing, but i want to be someone, who i (myself) can be proud of. who when one day i turned around and look back at myself, i can proudly say; "that's me. i wouldn't want to be anybody else. i just want to be her." so, no matter which road i'm taking, i'm going to give my very best! dear Allah, please be with me.. :')
p/s; for those who feel hard because of His trials, just have faith in Him. put some effort. keep on praying, praying and praying. if Allah wills it, it will happen. insyaAllah.. may Allah bless! :)

Tuesday, April 17, 2012

coretan buat permata hatiku

Assalamualaikum wbt..
coretan kali ini buat permata hati seha.. seha teramat menyayangi mereka. kasih sayang yang mereka curahkan sentiasa buat seha tersenyum bahagia. mereka adalah mama dan abah seha.. :)

 
alhamdulillah.. seha dilahirkan dalam keluarga yang sederhana. seha bersyukur walaupun kami tidaklah sesenang orang lain tapi entah, kami adik-beradik tak pernah rasa susah..

"kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang waktu"

jasa dan pengorbanan keduanya takkan mampu seha balas walau ada harta berjuta pun. kini, seha sedang menuntut ilmu jauh dari keluarga. nak balik ke rumah selalu itu memang dalam mimpi saja. sesekali rindu datang mengetuk hati. hanya gambar saja yang dapat ditatap, hanya suara mereka yang dapat didengar dan air mata menjadi peneman paling setia.

mama.. memang tak pernah lelah mendidik dan mengasuh kami. abah pula, jarang bersuara. namun sekali abah bersuara, penuh dengan nasihat. mama dan abah mementingkan soal agama, lagi-lagi soal solat dan aurat. bila dah baligh, kena solat dan tutup aurat. sebab abah ada 4 orang anak perempuan, lelaki 2 orang saja itupun masih kecil.

mama tak pernah jemu bagi nasihat.. abah pun sama. dari kecil asuh kami adik-beradik untuk pakai tudung. sampaikan adik perempuan seha yang paling kecil tu pun waktu belum baligh, ikut pakai tudung sama. syukur sangat..

dan seha sebagai kakak, tugas seha mengawasi adik-adik. yalah, kadang-kadang tak tetap sebab masih budak-budak lagi. satu yang seha selalu cakap dengan adik-adik seha;
"sayang abah tak? nak abah masuk neraka? kesianlah dekat abah.. abah usaha buat kebaikan tapi anak-anak dia sendiri yang humbankan dia pergi neraka." 

alhamdulillah.. adik-adik seha mengerti. tapi sekarang seha tiada di rumah. jadi agak susah nak tegur adik-adik sekarang. jadi kebiasaanya seha akan berpesan dekat adik-adik seha sebelum terbang ke mesir.. dengan muka serius, seha berpesan;
"jangan susahkan mama.. tolong kemas rumah kalau bersepah, kalau ada baju tolong jemur dan lipat. jangan peningkan abah kalau abah baru pulang kerja, jangan bising-bising. kalau abah dah iqamat, ikut jemaah dengan abah."

seha hanya mampu berdoa dari sini.. semoga mama dan abah terus diberikan kesihatan. kalau mama sakit, mama tak bagitahu pun tapi dengar suara mama seha tau mama sedang sakit. abah pun selalu sakit, seha risau sangat. abah kerja keras demi kami. dan mereka tak harapkan wang ringgit sebagai balasan. hanya kejayaan dari kami adik-beradik. kakak sayang sangat mama dan abah.. rindu sangat. semoga Allah merahmati mama dan abah, permata hati seha.. may Allah bless both of you. :')

Thursday, March 29, 2012

melayari kehidupan sebagai muslimah

Assalamualaikum wbt.. :)
Alhamdulillah.. result dah keluar dan macam biasa, Allah bagi seha apa yang sepatutnya seha dapat. Allah nampak usaha seha dan Dialah yang selayaknya menilainya, bukan manusia lain. seha sangat bersyukur, result biasa-biasa tidak menjadikan seha lemah tapi tambah semangat nak habiskan module GIT ni. hee.. insyaAllah. :)


sekarang seha sedang belajar mengubah diri ke arah yang lebih baik. menutup segala kisah pahit dalam kehidupan remaja seha yang lalu. dalam usaha seha ingin berubah, pelbagai dugaan datang menyapa. hingga terkadang merasa lemah, hingga terkadang membuat khilaf. seha lagha dengan kehidupan seharian. namun, sungguh kasih Allah itu tidak bertepi. tiba saat keinsafan datang, satu rasa menerjah ke dalam hati ini. benarkah seha mahu berubah kerana Allah? benarkah seha ikhlas dalam segenap hal yang seha lakukan?

saat itu hati ini begitu terkesan.. menitis air mata. ya Allah, sungguh aku telah jauh dariMu. ampunkan aku ya Allah.. kasihMu padaku tak pernah padam, tapi kasihku padaMu? aku sedang dan akan mengajar diri ini untuk mencintaiMu dengan segenap ruang di hatiku. aku serik ya Allah.. jika aku mencintai manusia, aku akan merasa sakit apabila tidak dihargai. namun jika aku mencintaiMu, Kau hargai aku. buktinya sangat jelas.. kerana apabila Kau bawa aku padaMu, hatiku tenang bersamaMu..

saat hati sedang bergolak dengan perasaan sedih dan hiba, Allah hantarkan mereka yang tak pernah jemu mengingatkan diri ini.. yang sentiasa memaafkan diri ini walaupun banyak kali menyakiti mereka. maafkan diri ini wahai sahabat.. :(

Wahai pemudi Islam! Fahamilah dakwah dengan betul! Berjalanlah atas manhaj yang benar! Sistem yang berterusan bertunjangkan fikrah Islam yang tulen! Kerana sesungguhnya, Nabi berpesan, selagi tiada Khalifah di atas muka bumi, maka seluruh umat Islam menanggung azab dosa yang berterusan. Siapa yang masih teragak-agak dan berdolak-dalih, tentera Islam akan terus berjalan meninggalkannya tanpa mengira sedikit atau ramai (3 : 126)- ini jalan kamu wahai pemuda: As- Syahid Hassan Al- Banna.. Renungkanlah.. 
Received: 08:33:43 pm, 15/3/12.

HIKMAH: Bagi seorang manusia harta yang paling indah ialah sabar, teman yang paling akrab adalah amal dan pengawal yang paling waspada adalah diam.  
Received: 11:16:39 am, 16/3/12.

Kalau stress, banyak ingat mati.. bila ingat mati tiba-tiba, nak stress pun InsyaAllah jadi redha semuanya sebab ingat umur dah tak panjang.. solatlah, jumpa Allah, mintak penawar pada yang Pemberi stress.. mengadulah semuanya.. Allah bagi masalah supaya kita banyak ingat Dia.. bila senang, manusia mudah lupa Pencipta. Fitrah manusia. So kena berbaik sangka pada Allah, okay dear? ;> 
Received: 9:01:38 pm, 20/3/12.

InsyaAllah jodoh ni boleh datang bila-bila dan memang tepat pada masanya.. InsyaAllah Allah bagi kita yang memang sekufu dengan kita.. banyak lelaki soleh tetapi kita tak berada dalam kalangan mereka.. doa jangan putus asa dipertemukan dengan lelaki yang lebih kuat iman dari kita, lebih segalanya kerana kecenderungan perempuan ikut lelaki sangat tinggi.. amalkan doa pengasih, supaya Allah temukan dengan lelaki yang mencintai Allah lebih dari segalanya.. tahukan doa tu? Soal jodoh jangan risau, berdoa je. Akak start doa sejak zaman sekolah.. ustazah pesan. Alhamdulillah suami akak seorang yang tak pernah couple dan sangat keras dengan perempuan.. mak mertua selalu cerita zaman muda suami akak macam mana... dia bukan hebat, tapi akak suka cara dia amal dengan ilmu yang dia ada walaupun sikit. So... kena doa dan terus berdoa. sayang seha lillahi ta'ala.. ;> 
Received: 3:59:32 pm, 23/4/11.
 
Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. :')

muslimah solehah itu sentiasa berusaha mendekatkan diri pada Ilahi, cintanya pada insani kerana Ilahi. segala yang dilakukan jua kerana Allah. melupuskan rasa benci, menyemai rasa cinta, buat insan-insan yang disayangi. berusaha memperbaiki diri, sentiasa merintih diampunkan dosa kerana sentiasa merasa diri khilaf dan berdosa. dan cintanya hanya untuk Adam yang ditakdirkan untuknya. dia akan berusaha menjaga hatinya walaupun payah. menepis segala rasa cinta sehingga tiba detik itu. sungguh diri ini merasakan payahnya menjaga hati saat ini..

doa sentiasa dipohon agar diri ini berjaya dalam pembentukkan diri sebagai seorang muslimah. ya, seha akan terus berdoa.. restu mama dan abah, mak dan ayah, sentiasa dipohon kerana redha Allah itu terletak pada redha mereka. buat sahabat seha pohon doanya, moga segala cabaran dan dugaan dapat ditempuh, dan sahabat semua sentiasa disisi.. kerana tak mungkin seha mampu sekuat ini tanpa kalian. Alhamdulillah.. semoga diri ini mampu tersenyum sebagai seorang muslimah.. may Allah bless! :)


Tuesday, March 13, 2012

air mata perempuan mudah jatuh.. air mata lelaki?

Assalamualaikum wbt..
lelaki ni biasanya dikaitkan dengan ego. ego yang biasanya menghalang diri daripada mengalirkan air mata samada bila bersendirian, apatah lagi di hadapan orang ramai..

tapi, air mata yang dialirkan oleh lelaki yang mempunyai nilai taqwa dan rindu pada Allah dan Rasulullah SAW tersangatlah tinggi harganya... sebab itu lelaki beriman bila dijentik rasa rindu pada Rasul tercinta, tanpa teragak-agak akan menolak ke tepi semua ego dalam diri dan boleh menangis teresak-esak tanpa pedulikan semua orang yang melihatnya..

di sini seha nak kongsikan satu video yang bagi seha sangat menyentuh hati.. ustaz don. kenal kan.. jom sama-sama kita hayati video pendek ni.. 
rindunya pada KekasihMu ya Allah.. T.T

Saturday, March 3, 2012

sungguh.. hati ini rindu..

Rindu itu bertandang lagi
Bersama sejuta kenangan nan indah di hati
Ingin ku lepas rindu itu bersama angin lalu
Namun baru sebentar ia pergi
Ia menerjah kembali

Ya Allah..
Kuatkan aku dari rindu ini
Walaupun kehadirannya sedetik cuma
Namun ia cukup menyiksa
Hatiku kian resah
Langkahku semakin payah
Rinduku semakin dalam
Berdarah di jiwaku
 
Kuatkan aku ya Allah..
Kuatkan aku dari rindu yang tidak halal ini
Rindu yang bisa merosak dan melalai jiwa
Saat aku terleka
Rindu itu datang menyapa
Datangnya menggoyah hati
Bersama titisan air mata ku buang rindu itu pergi
Kerana ku tahu belum masanya rindu itu ku ucap

Ya Allah
Teguhkan langkahku menuju jalan-Mu
Janganlah pernah Engkau palingkan hatiku
Setelah sinar hidayahMu Kau beri padaku
Sesungguhnya aku sangat rindu
Rindu pada keredhaan dan keampunanMu..

Tuesday, December 20, 2011

kisah dua orang sahabat dan pohon kurma

"A good Muslim is one who doesn't let his errors DEFINE who he is, but use them to REDEFINE who he is" 

Pernah suatu hari, telah dikhabarkan kisah dua orang sahabat yang sangat indah.
Semenjak keduanya bersahabat, mereka tidak pernah bergaduh, masing-masing amat menjaga hati masing-masing. Indahnya lukisan kehidupan mereka, jika hendak dikhabarkan 1001 kisah cinta, langsung tak tertanding dengan kisah persahabatan mereka.

Allah menaungi ukhwah kedua-dua sahabat ini, langsung tak terusik oleh syaitan & iblis. Mereka berkongsi kisah suka & duka, tawa & tangis bersama, susah & senang, sakit & sihat bersama & segala sesuatu mereka sandarkan kepada Allah SWT. Hinggalah pada suatu hari, di tepian pantai, sedang keduanya asyik bercerita kisah hidup masing-masing, maka sahabat pertama bertanya kepada sahabat kedua;
“Semoga Allah memberkatimu wahai sahabatku sehati sejiwa. Persaudaraan kita bukan suatu kebanggaan, bukanlah suatu keseronokan. Orang ramai mendoakan kita. Tumbuh-tumbuhan & segala jenis makhluk tunduk sujud kepada kita. Sehingga ke hari ini, apakah kamu masih mengaku aku sebagai sahabat seperjuanganmu?”

Sahabat kedua menjawab, “Semoga Allah memberkati mu jua. Tanpa Allah siapalah aku, aku bersyukur dengan nikmat pemberian Allah yang tak ternilai di hadapan mataku ini. Dia utuskan kamu untuk menyinari hidupku, memadam kesan-kesan hitam dalam hidupku, menyiram aku dengan curahan air cinta kepada Yang Satu. Masakan tidak aku mengaku kau sebagai sahabat seperjuanganku. Inilah tekadku, aku amat bersyukur ke hadrat Allah kerana dikurniakan sahabat sepertimu..”

“Sesungguhnya iblis & syaitan amat benci pada kita. Mereka benci kerana kita berkasih sayang kerana Allah. Sampai sekarang, mereka masih gagal. Namun mereka tak pernah berputus asa. Jarum kedengkian, hasad, fitnah, tuduh-menuduh, riya’ & takbur serta ‘ujub akan mereka cucuk supaya dapat memisahkan persaudaraan kita. Apakah kau tidak takut wahai sahabatku?” Tanya sahabat pertama.

Dengan tenang, sahabat kedua menjawab, “InsyaAllah, aku yakin dengan peliharaan Allah SWT kepada kita hingga ke hari akhirat nanti. Semoga ditetapkan hati kita tidak lain hanya kerana Allah SWT, serta dijauhi dari sifat-sifat tersebut. Na’uzubillah…”
Maka kedua-dua sahabat itu pun berdoa bersama-sama. Memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT. Segala penduduk langit & bumi mendoakan kebahagiaan mereka berdua.

Ditakdirkan pada suatu hari, sedang kedua-dua sahabat itu bersiar-siar di sebuah taman, sambil bertasbih memuji Allah SWT, mengagungkan kebesaran Allah SWT, tiba-tiba mereka terlihat sebuah pohon kurma yang lebat buahnya. Telah diketahui bahawa taman itu adalah taman yang tidak bertuan milik & pengunjung bebas memetik buah-buahan di situ.
Maka sahabat kedua memohon izin kepada sahabat pertama untuk pergi memetik buah kurma tersebut. Maka dipetiknya beberapa biji sahaja, sekadar mengisi perut yang lapar.

Maka keduanya menikmati buah kurma tersebut dengan penuh kesyukuran. Tiba-tiba sahabat pertama bersuara, “Maafkan aku sahabatku. Baru sahaja aku teringat bahawasanya pohon ini bertuan milik. Kita telah makan buah kurma milik orang lain. Adalah suatu dosa bagi kita memakan sesuatu yang bukan halal bagi kita tanpa kita meminta izin terlebih dahulu. Salah aku kerana terlambat memberitahumu.”
 
“Benarkah? Jikalau begitu, kita telah dikira mencuri. Astaghfirullahal'azim, aku merasa bersalah kerana memetik buah itu. Apa harus kita buat? Patutkah kita memberitahu tuan punya milik pohon tersebut akan kesalahan kita?” Sahabat kedua bertanya.“Tidak, aku tak mampu memikirkan jalan penyelesaian buat masa sekarang. Hakikatnya memang salah aku. Aku merasa berdosa yang teramat sangat.” Keluh sahabat pertama.

“Jangan risau sahabatku fillah. Allah bersama orang-orang yang benar. Kita harus berlaku jujur. Mari kita berjumpa dengan tuan pemilik pohon ini. Mudah-mudahan Allah mengampuni dosa kita. Moga tuan milik pohon ini menghalalkan kita kerana memakan buahnya. Aku rela bekerja seumur hidup jika disuruhnya begitu, demi menghalalkan apa yang telahku makan ini. Aku lebih takutkan seksaan Allah SWT.” Sahabat kedua memujuk sahabat pertama.

Namun, sahabat pertama enggan menurut sahabat kedua.
Dia berasa amat bersalah kerana gagal memberitahu perkara sebenar tentang pohon tersebut.

“Bagaimana jika tuan pemilik pohon ini enggan menghalalkan buah yang telah kita makan ini?”, tanya sahabat pertama.

Sahabat kedua termenung seketika. Dia mulai ragu-ragu.

“Aku mencadangkan kita tak perlu berjumpa dengan tuan pemilik pohon ini. Aku khuatir dia enggan memaafkan kita. Maka seluruh darah & daging kita tidak halal di sisi Allah.” Sahabat pertama memberi cadangan.

“Kalau begitu, sama sahajalah pengakhirannya. Lebih dahsyat lagi Allah murka atas perbuatan kita. Dia melihat perbuatan kita, Dia tahu yang kita telah melakukan maksiat dan cuba menyembunyikannya. Aku amat takut. Seeloknya aku mencadangkan kita berjumpa tuan pemilik pohon ini. InsyaAllah dengan rahmat Allah, tuan pemilik pohon ini memaafkan & menghalalkan apa yang telah kita makan. Aku tak mahu tergolong dalam kalangan orang yang dilaknat oleh Allah SWT di akhirat kelak nanti.” Sahabat kedua meyakinkan sahabat pertama.

“Kalau begitu, engkau pergi seoranglah. Aku tidak mahu. Sebagai sahabatku, harap kau jangan laporkan kepadanya yang aku turut sama makan buah kurma itu ya.
InsyaAllah suatu hari nanti aku akan cuba bertaubat kepada Allah SWT atas kesalahanku ini. Mudah-mudahan Dia mengampuni aku. Aku belum cukup kuat berjumpa dengannya,”
kata sahabat pertama.

Sahabat kedua amat terkejut dengan pendirian sahabat pertama. Lalu dia berkata,
“Astaghfirullah, bukan dengan cara begini, Allah akan ampunkan dosa kita wahai sahabatku. Kelak akan dipersaksikan di akhirat kelak akan perbuatan terkutuk kita!”

“Ya aku faham. Tapi aku merasakan inilah jalan penyelesaian terbaik. Kita bertaubat sahaja. Allah akan mengampuni dosa kita. Pintu taubatnya sentiasa terbuka bagi hambaNya yang bertaubat kepadaNya.” Sahabat pertama masih enggan.

“Wahai sahabatku, janganlah kita dihina di hadapan Allah kelak atas perbuatan kita ini. Aku sebagai sahabatmu tidak sanggup melihat sahabatku ini menjadi penghuni neraka hanya kerana hal yang kecil sebegini. Islam mengajar kita supaya berlaku jujur!” tegas sahabat kedua.

“Ah, pedulikan! Aku tidak mahu berjumpa dengan tuan pemilik pohon ini. Lagipun sama sahaja kalau dia enggan menghalalkan apa yang telah kita lakukan ini.
Kau mahu pergi, kau pergilah, aku tetap dengan pendirianku! Biarkan aku! Kalau kau rasakan aku tidak layak menjadi sahabatmu kerana ‘dosa’ku pada pandanganmu, maka biarkan aku!”
Pengakuan sahabat pertama ini membuatkan sahabat kedua terkejut.
Dia tidak menyangka bahawa kata-kata tersebut akan keluar dari mulut sahabatnya itu.


Tiba-tiba sahabat kedua menangis. Maka dengan perlahan dia berkata kepada sahabat pertama, “Sungguh aku tak sangka dengan pendirianmu ini. Kau telah berubah, astaghfirullah, syaitan benar-benar telah mempengaruhimu. Aku masih ingat kau pernah bertanya kepadaku suatu ketika dahulu, apakah aku tidak takut akan jarum-jarum syaitan yang akan memisahkan persaudaraan kita? Aku meyakinkanmu dengan jawapanku. Aku yakin dengan peliharaan Allah. Tapi, memang benar apa yang dikatakanmu. Kau telah berubah. Jarum syaitan telah menusuki tubuhmu. Aku sangat kecewa dengan perubahan dalam dirimu.”

“Kau sudah tidak memahamiku lagi. Kau benar-benar bukan sahabatku. Maka terpulanglah, pergilah kau kepada tuan si pemilik pohon. Aku dengan pendirianku ini. Mulai hari ini, kita bukanlah sahabat sejati,” kata sahabat pertama.

“Baiklah, pergilah engkau dengan sikap engkau itu. Aku benar-benar kecewa. Jika benar kau membenciku, maka tinggalkanlah aku di sini. Aku tak sanggup melihatmu dengan pendirianmu ini. Aku tak rela sahabatku berubah jadi begini. Kau telah mendustai kata-katamu suatu ketika dahulu. Mulai hari ini, aku terima permintaanmu, kita bukan lagi sahabat. Pergilah engkau bertaubat, semoga Allah mengampuni engkau,”
maka sahabat kedua menangis. Lalu sahabat pertama beredar dari situ. Kebencian merajai segenap hatinya….

Di dalam sebuah gua, terdengar tangisan teresak-esak seorang lelaki. Suara laksana orang sedang berdoa.
“Ya Allah, memang benar apa yang aku alami. Sahabatku benar-benar membenciku kerana kejahatanku. Dia benar-benar sudah tidak mengakuiku sebagai sahabatnya. Apabila aku berlagak seperti seorang pengkhianat dan aku berlakon seperti seolah-olah aku menafikannya sebagai sahabatku, maka memang benar dia menolakku. Sudah ku duga bahawa dia mengakui aku sebagai sahabatnya hanya kerana kebaikan yang ada padaku. Apabila aku jahat, maka aku bukan lagi sahabatnya. Dia tidak berusaha mendapatkanku. Ku harapkan dia mengejarku, namun dia menghukum aku sebagai pendusta pula. Ya Allah, namun begitu, aku menghalalkan apa yang telah dimakannya, akulah pemilik pohon kurma itu, ampunilah dosa sahabatku ini.”

Sahabat pertama tunduk sujud dan menangis dalam gua yang gelap gelita itu.

Jangan benci orangnya, tapi bencilah dosa yang dilakukannya. 
Kelak dia mungkin bertaubat dan jadi lebih baik dari kita :)

Tuesday, December 13, 2011

love you dear sis

sorry for everything.. :'(
love you always.. do take care of yourself there.
may Allah bless you always. :')

Monday, November 21, 2011

getting infected by those lovebugs again..

Life's a carousel. every second of it, will have something different to offer. you just need to raise your hand with no fear, and held your head high enough to see the little details. you couldn't always find every facet of the swirl to be as beautiful as what your eyes would like to perceive. but at least you can beautify all the new faces around your circle. and start to feel everyone's warmth. with no obvious secretion of demands. but to just love whatever supply been given.

the beautiful thing about tomorrow is. it's a complete unknown deal. and it leaves you with many good day dreaming guessing. since it goes that way, dress to the nine, talk with complete politeness, walk with the best footprint, compliment-don't always find flaws in everybody, eat right- love your stomach (hee),  and be a good human to everybody and everything. be thankful for the air that still airing your nose and lungs. for all we know, it can be easily made unavailable at any second.

we might never know when is our last minute to do good deeds. and when is the last minute we could spend with our beloved ones.
stop complaining. stop cursing. stop staring. 
the world is filled with many good things and surprises. LIVE IT.

count your blessings. Allah has given you too many, grasp with a genuine thank you. 
 i'm missing home so bad.. :'(

Monday, October 10, 2011

i'm not fine..

really need one.. :'(

Saturday, September 10, 2011

putus cinta..

  • Kita dah tak sehaluan dah
  • Saya dah tiada perasaan dengan awak
  • I have found someone else
  • I can't stand you
  • You don't meet my expectation ( i want someone better)
  • Sebenarnya saya dah ada girlfriend/boyfriend
  • atau pun HILANG begitu sahaja..


frasa-frasa di atas normal diucapkan kalau nak memutuskan sesuatu hubungan..

people face this in many kinds of way, antaranya ialah:
 
Jenis Life must go on

ada yang menghadapi situasi begini dengan cool (saya salute yang ini)... selamba ke tempat kerja, menyibukkan diri, tapi tak dapat dinafi, dalam hati masih berkabung. orang sebegini semacam dalam denial, tidak mahu menerima apa yang disuratkan, lebih rela meneruskan hidup seperti biasa, life must go on. kawan-kawan dan teman menjadi teman pengganti.

Jenis Attack

jika ada orang ketiga menjadi penyebab, apa lagi, peluang harus digunakan sebaik mungkin. baik perempuan, mahupun lelaki, bagi mereka orang ketiga harus dihapuskan. maka terjadilah kes serang menyerang, sama ada secara lisan, fikizal atau mental. selalunya berdasarkan prinsip "kalau aku tak dapat, jangan harap engkau dapat". dengan kewujudan laman-laman web dan blog seperti sekarang, kerja menjadi semakin mudah, malukan sahaja orang ketiga itu setelah segala maklumat dalam tangan. beri tekanan hebat kepada mereka, sehingga orang ketiga rasa tidak berbaloi meneruskan cinta terhalang, akhirnya akur sahaja mengundur diri.

Jenis sedih memanjang

makan tak kenyang atau tak makan langsung, mandi tak basah, atau tak mandi langsung. mata memang tidak lekang daripada tangisan. tidak ubah seperti bola ping pong sudah rupanya.. ada kalanya hilang iman sehingga meracau-racau. kerja berguling sahaja di katil, fikiran merewang entah ke mana, mudah sahaja syaitan merasuk.. apa lagi, menangis sepanjang masa. masa tidak terurus, rupa pakai tidak diendah langsung. hidup terasa tidak bermakna. tiada lain ubatnya, melainkan si dia kembali di sisi.

Jenis self-hurt atau bunuh diri
 
"I can't live, when living is without you.." lantunan lagu Mariah Carey.. perbuatan si dia memang tidak dapat diterima, pendek akal, badan sendiri dicederakan, agar si dia tahu betapa tebalnya sayang kepadanya sehingga sakit sendiri tidak terasa. yalah kan, sakit hati lebih sakit daripada luka yang dilakukan sendiri. biarlah sakit itu, asalkan hati puas. puas membuktikan pada si dia yang dia sangat bererti dalam hidup, dia teratas, dia segala-galanya.

tanpanya, rela mati! maka, nyawa menjadi taruhan, lebih rela tidak menjadi peserta di kalangan umat manusia, rela hidup di alam lain daripada terseksa di dunia..

Jenis merayu dan tak putus asa

cinta takkan berganjak, SMS masih dihantar, telefon masih didial, merayu supaya si dia kembali. beri bunga, beri hadiah agar hati si dia lembut. tidak cukup, muncul di depan rumah, ajak "slow talk". sanggup buat apa sahaja, agar dia kembali. bahasa disusun rapi agar dapat mencairkan hati si dia, masih menaruh harapan agar dapat bersama. kata-kata digubah cantik merayu agar si dia sedar dan kembali ke pangkuan. ada yang berlarutan berbulan-bulan, bertahun-tahun, lebih dahsyat, menjadi andartu atau bujang terlajak sampai ke tua kerana cinta tak kesampaian. betapa hebatnya penangan cinta.

Jenis improve diri

ahhh, bukan dia sahaja kumbang atau bunga di dunia. perkara pertama, ubah penampilan, yang bertudung, lucut tudungnya, yang berambut hitam, perang rambutnya..yang gemuk menjadi kurus, yang dulu baju nya lebar, sekarang sempit pulak, kemudian ditayang pada si dia, padan muka! siapa suruh berlaku curang. pengganti pula lebih hebat, hati puas tak terkata. anggap kejadian yang berlaku sebagai besar hikmahnya. tidak mahu diri bodoh hidup dalam kenangan si dia. I know why we were not meant to be together, because I deserve better! prinsip ini sentiasa diungkap.

Jenis balas dendam

bertahun bersama, masa tersia, tenaga dikerah, duit dibuang, "kau ingat kau dapat lepas begitu sahaja??" habis segala rahsia bersama dibocor.. maruah tertinggal ke belakaaang sekali. asalkan si dia rasa apa yang dia rasa. tidak cukup dengan itu, maki hamun dilempar untuk menempel luka di hati, ditambah dengan doa agar si dia merasa sakit yang lebih hebat.

Jenis redha

mungkin tiada jodoh.. mungkin si dia akan kembali, tidak apa, itu hanya one thing that takes part in life. tiada rasa benci, rasa dendam jauh sekali, malah cinta masih kekal cuma tidak kisah jika tidak dapat memiliki. doa masih terkumat kamit agar si dia dapat yang terbaik biarpun seksanya diperlaku olehnya.


p/s; apa pun, putus cinta memang perkara normal berlaku pada kita, yang tidak normalnya, how we handle it. selagi namanya insan, memang tidak sempurna, tergelincir sini sana. rasa sayang memang sangat subjektif, sesubjektif juga rasa kecewa. tidak ada unit quantitative bagi perasaan ini.. orang kata time heals the wound.. betulka? kenapa ada yang sanggup mengawet mayat pasangan walaupun sudah berpuluh tahun meninggal dunia? kenapa pulak ada yang give up cinta dan rela membujang sampai ke tua?

mengadulah kepada-Nya.. sentiasa ingat , jasad ini bukan milik kita. janganlah mainkan dan sakitinya sesuka hati. kita langsung tiada hak.. menjadikannya cantik dengan mengubah sana sini sudah haram, apatah lagi mencederakan mental, fizikal kita yang molek diberi olehNya. walaupun fitrahnya manusia ini lemah, tetapi sufficient iman dan amal ibadat will guide us through all the agony and turmoil. belajarlah untuk redha, redha itu ubat kesedihan.

Wednesday, July 20, 2011

muhasabah diri

bila terlalu senang,
kita mudah leka kan..
tidak ada rasa syukur langsung.. :(

resah hati..

muhasabah..

resah..
tanda Allah sayang kan?
tanda Allah menyedarkan kan?
tanda Allah masih kisah pasal kita kan?
tanda Allah melihat kita kan?
Alhamdulillah.. :')

kosong sebenarnya..
rasa sedih..
resah..
mau baca buku banyak-banyak lepas exam nanti..
mau topup hati.. T.T

Maka ingatlah kepada-Ku, Aku pun akan ingat kepadamu. Bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu ingkar kepada-Ku
[2:152]

p/s; rindu padaNya.. :')

Saturday, July 2, 2011

terharu..

Assalamualaikum wbt..
kawan-kawan, tauka lagu ni? WHAT ARE WORDS by CHRIS MEDINA..
bawah ni lagu dia.. pasni aku bagitau kenapa lagu ni buat aku terharu sangat.. :')
hayati lagu ni okay..
song lyric;
Anywhere you are, I am near
Anywhere you go, I'll be there
Anytime you whisper my name, you'll see
How every single promise I keep
Cuz what kind of guy would I be
If I was to leave when you need me most

What are words
If you really don't mean them
When you say them
What are words
If they're only for good times
Then they don't
When it's love
Yeah, you say them out loud, those words
They never go away
They live on, even when we're gone

And I know an angel was sent
Just from me and now know I'm meant
To be where I am and I'm gonna be
Standing right beside her tonight 
And I'm gonna be by your side

I would never leave when she needs me most

What are words
If you really don't mean them
When you say them
What are words
If they're only for good times
Then they don't
When it's love
Yeah, you say them out loud, those words
They never go away
They live on, even when we're gone

Anywhere you are, I am near
Anywhere you go, I'll be there
And I'm gonna be here forever more
Every single promise I keep
Cuz what kind of guy would I be
If I was to leave when you need me most

I'm forever keeping my angel close


actually, lagu ni untuk tunang dia. tunang dia tu kena brain damage sebab accident dua bulan sebelum dorang akan berkahwin. sedih sangat kan? happy happy rancang mau kahwin, tup tup bakal isteri kau accident, and end up with brain damage. BRAIN DAMAGE okay.. bukan patah tangan atau patah kaki. sedih..

terharu sangat kan..
he's still there with her when she's sick, when he could totally run away from her finding another healthy girl who could makes him happier. (especially with her condition right now, how on earth could she makes him happy, right?)

terharu kan?
he's still there with her when she's not as pretty as she used to be, when the truth is he can totally run away from her finding another pretty girl who could treat him better. (especially with her condition right now, how could she possibly treats him when she's the one who need to be treated?)

sangat touching..
he's still there with her going through the hard times, when he could totally go his own way moving on and be happy and free, doesn't necessarily with her.

but as you see,
he chooses to be there and stay..
not going to run away, not going to go away, still be there with the woman he truly loves, that woman must means the world to him.. :')

terharu sangat!
that's the man! :')

p/s; happy or sad, i'll be there for you.. come storm or high water, i'll still be there for you. i'll be with you no matter how hard all the tests would be, and i'll wait for you no matter how long time needed for me to be with you.. i promise you HO :')

Sunday, June 19, 2011

maaf mama.. :'(

kakak lama sudah ndak call mama kan..
insyaAllah esok pagi before exam practical kakak call yah :')
miss mama.. miss aba.. miss semua :'(

Tuesday, May 24, 2011

if you think you are unhappy

If you think you are unhappy…
If you think your salary is low…
If you think you don’t have many friends…
 When you feel like giving up …
If you think you suffer in life,
do you suffer as much as he does?

If you complain about your transport system …

If your society is unfair …

Enjoy life, how it is, and as it comes
There are always those who are worse off than we are.
There are many things
in your life that will catch your eye, but..
only a few will catch your heart… pursue those…
 











ALHAMDULILLAH :')

Thursday, May 19, 2011

kenapa aku ditakdirkan sebegini rupa? love letter ada jawapannya :)

KENAPA AKU DIUJI?
Surah Al-Ankabut, ayat 2-3
Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan ( saja ) mengatakan :
“kami telah beriman “,
sedangkan mereka tidak diuji lagi?
Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang sebelum mereka,
maka sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.


KENAPA AKU TIDAK MENDAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?
Surah Al-Baqarah, ayat 216
Boleh jadi kamu membenci sesuatu,
padahal ia amat baik bagimu,
dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu,
Allah mengetahui,
sedangkan kamu tidak mengetahuinya.


KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
Surah Al-Baqarah, ayat 286
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.


RASA KECEWA?
Surah Al-Imran, ayat 139
Janganlah kamu bersikap lemah,
dan janganlah (pula) kamu bersedih hati,
padahal kamulah orang2 yang paling tinggi (darjatnya),
jika kamu orang2 yang beriman.


BAGAIMANA AKU HARUS MENGHADAPINYA?
Surah Al-Imran, ayat 200
Hai orang2 yang beriman,
bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu
dan tetapkanlah bersiap siaga (diperbatasan negerimu)
dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beruntung.

Surah Al-Baqarah, ayat 45
Dan mintalah pertolongan (kepadaAllah) dengan jalan sabar dan solat.
Dan sesungguhnya solat itu amatlah berat,
kecuali bagi orang-orang yang khusyuk.


APA YANG AKU DAPAT DARI SEMUA INI?
Surah At-Taubah, ayat 111
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang2 mukmin,
diri dan harta mereka dan memberikan syurga untuk mereka.

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
Surah At-Taubah, ayat 129
Cukuplah Allah bagiku,
tidak ada Allah selain Dia.
Hanya kepadaNya aku bertawakal.


AKU TIDAK DAPAT BERTAHAN LAGI !!!!!
Surah Yusuf, ayat 37
Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah.
Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah,
melainkan kaum yang kafir.

p/s; Quran itu kalam Allah.. Allah berbicara dengan hambaNya melalui Quran. jika sedih, carilah ayat penyejuk hati di dalamnya. Jangan sesekali biarkan sehari berlalu tanpa membacanya. Itulah hadiah daripada Allah kepada kita. may Allah bless :')