Assalamualaikum wbt.. :)
Alhamdulillah.. result dah keluar dan macam biasa, Allah bagi seha apa yang sepatutnya seha dapat. Allah nampak usaha seha dan Dialah yang selayaknya menilainya, bukan manusia lain. seha sangat bersyukur, result biasa-biasa tidak menjadikan seha lemah tapi tambah semangat nak habiskan module GIT ni. hee.. insyaAllah. :)
sekarang seha sedang belajar mengubah diri ke arah yang lebih baik. menutup segala kisah pahit dalam kehidupan remaja seha yang lalu. dalam usaha seha ingin berubah, pelbagai dugaan datang menyapa. hingga terkadang merasa lemah, hingga terkadang membuat khilaf. seha lagha dengan kehidupan seharian. namun, sungguh kasih Allah itu tidak bertepi. tiba saat keinsafan datang, satu rasa menerjah ke dalam hati ini. benarkah seha mahu berubah kerana Allah? benarkah seha ikhlas dalam segenap hal yang seha lakukan?
saat itu hati ini begitu terkesan.. menitis air mata. ya Allah, sungguh aku telah jauh dariMu. ampunkan aku ya Allah.. kasihMu padaku tak pernah padam, tapi kasihku padaMu? aku sedang dan akan mengajar diri ini untuk mencintaiMu dengan segenap ruang di hatiku. aku serik ya Allah.. jika aku mencintai manusia, aku akan merasa sakit apabila tidak dihargai. namun jika aku mencintaiMu, Kau hargai aku. buktinya sangat jelas.. kerana apabila Kau bawa aku padaMu, hatiku tenang bersamaMu..
saat hati sedang bergolak dengan perasaan sedih dan hiba, Allah hantarkan mereka yang tak pernah jemu mengingatkan diri ini.. yang sentiasa memaafkan diri ini walaupun banyak kali menyakiti mereka. maafkan diri ini wahai sahabat.. :(
Wahai
pemudi Islam! Fahamilah dakwah dengan betul! Berjalanlah atas manhaj
yang benar! Sistem yang berterusan bertunjangkan fikrah Islam yang
tulen! Kerana sesungguhnya, Nabi berpesan, selagi tiada Khalifah di atas
muka bumi, maka seluruh umat Islam menanggung azab dosa yang
berterusan. Siapa yang masih teragak-agak dan berdolak-dalih, tentera
Islam akan terus berjalan meninggalkannya tanpa mengira sedikit atau
ramai (3 : 126)- ini jalan kamu wahai pemuda: As- Syahid Hassan Al-
Banna.. Renungkanlah..
Received: 08:33:43 pm, 15/3/12.
HIKMAH: Bagi seorang manusia harta yang paling indah ialah sabar, teman yang paling akrab adalah amal dan pengawal yang paling waspada adalah diam.
HIKMAH: Bagi seorang manusia harta yang paling indah ialah sabar, teman yang paling akrab adalah amal dan pengawal yang paling waspada adalah diam.
Received: 11:16:39 am, 16/3/12.
Kalau stress, banyak ingat mati.. bila ingat mati tiba-tiba, nak stress pun InsyaAllah jadi redha semuanya sebab ingat umur dah tak panjang.. solatlah, jumpa Allah, mintak penawar pada yang Pemberi stress.. mengadulah semuanya.. Allah bagi masalah supaya kita banyak ingat Dia.. bila senang, manusia mudah lupa Pencipta. Fitrah manusia. So kena berbaik sangka pada Allah, okay dear? ;>
Kalau stress, banyak ingat mati.. bila ingat mati tiba-tiba, nak stress pun InsyaAllah jadi redha semuanya sebab ingat umur dah tak panjang.. solatlah, jumpa Allah, mintak penawar pada yang Pemberi stress.. mengadulah semuanya.. Allah bagi masalah supaya kita banyak ingat Dia.. bila senang, manusia mudah lupa Pencipta. Fitrah manusia. So kena berbaik sangka pada Allah, okay dear? ;>
Received: 9:01:38 pm, 20/3/12.
InsyaAllah jodoh ni boleh datang bila-bila dan memang tepat pada masanya..
InsyaAllah Allah bagi kita yang memang sekufu dengan kita.. banyak
lelaki soleh tetapi kita tak berada dalam kalangan mereka.. doa jangan
putus asa dipertemukan dengan lelaki yang lebih kuat iman dari kita,
lebih segalanya kerana kecenderungan perempuan ikut lelaki sangat
tinggi.. amalkan doa pengasih, supaya Allah temukan dengan lelaki yang
mencintai Allah lebih dari segalanya.. tahukan doa tu? Soal jodoh jangan
risau, berdoa je. Akak start doa sejak zaman sekolah.. ustazah pesan.
Alhamdulillah suami akak seorang yang tak pernah couple dan sangat keras
dengan perempuan.. mak mertua selalu cerita zaman muda suami akak
macam mana... dia bukan hebat, tapi akak suka cara dia amal dengan
ilmu yang dia ada walaupun sikit. So... kena doa dan terus berdoa. sayang seha lillahi ta'ala..
;>
Received: 3:59:32 pm, 23/4/11.
Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. :')
muslimah solehah itu sentiasa berusaha mendekatkan diri pada Ilahi, cintanya pada insani kerana Ilahi. segala yang dilakukan jua kerana Allah. melupuskan rasa benci, menyemai rasa cinta, buat insan-insan yang disayangi. berusaha memperbaiki diri, sentiasa merintih diampunkan dosa kerana sentiasa merasa diri khilaf dan berdosa. dan cintanya hanya untuk Adam yang ditakdirkan untuknya. dia akan berusaha menjaga hatinya walaupun payah. menepis segala rasa cinta sehingga tiba detik itu. sungguh diri ini merasakan payahnya menjaga hati saat ini..
doa sentiasa dipohon agar diri ini berjaya dalam pembentukkan diri sebagai seorang muslimah. ya, seha akan terus berdoa.. restu mama dan abah, mak dan ayah, sentiasa dipohon kerana redha Allah itu terletak pada redha mereka. buat sahabat seha pohon doanya, moga segala cabaran dan dugaan dapat ditempuh, dan sahabat semua sentiasa disisi.. kerana tak mungkin seha mampu sekuat ini tanpa kalian. Alhamdulillah.. semoga diri ini mampu tersenyum sebagai seorang muslimah.. may Allah bless! :)


