Showing posts with label Me. Show all posts
Showing posts with label Me. Show all posts

Tuesday, February 5, 2013

our winter break

Assalamualaikum wbt..
winter break adalah waktu yang sangat ditunggu-tunggu oleh pelajar mesir.. hee. sebab apa? sebab time tu la semua akan melancong ke luar mesir ataupun balik ke malaysia bagi mereka yang rindukan rumah atau rindukan makanan malaysia yang tiada dijual di mesir. hehe.. tapi ada juga yang tak ke mana-mana, hanya duduk berehat di rumah. terpulang sama ada berehat sepenuhnya atau sibuk mengikuti mana-mana kelas agama.

winter break kami berdua kali ni lebih kurang sama dengan tahun lepas.. tak ke mana-mana. yang bezanya, kami berdua dah kahwin tahun ni. hehe.. jadi banyak masa kami kongsi bersama waktu cuti ni. tahun lepas tak boleh sebab masih dalam tempoh bertunang.

sebab utama kami tak ke mana-mana cuti ni ialah.. kami mahu membersihkan rumah sepenuhnya dan belajar juga sebab lepas cuti ni final exam semakin menghampiri. :0

berbalik kepada niat nak membersihkan rumah, sebab utama kami nak sangat rumah kembali bersih ialah ini..!



kulat dah tumbuh bukan saja dekat dinding rumah kami, tapi dah naik dekat perabot kami seperti rak buku dan katil. mungkin sebab keadaan musim sejuk yang lembap membuatkan rumah kami dibanjiri kulat-kulat ni. ada dua sebab kami harus membersihkan rumah ialah satu, rumah dah tak cantik sebab kulat-kulat ni menghiasi dinding rumah kami, dua, ia juga tidak baik untuk kesihatan sebab kulat-kulat ni boleh tumbuh dalam liang rongga pernafasan kita yang juga sentiasa lembap.

doakan kami bersabar dengan dugaan Allah bagi ni.. dugaan yang nampak kecil tapi sebenarnya agak memeningkan kepala juga sebab final exam dah nak dekat, rumah pula belum siap kemas. hari ini inshaAllah akan ke kedai Jotun untuk beli cat.

aktiviti lain masa musim cuti ni selain kemas rumah ialah dating.. sebab sebelum kahwin dulu tak boleh. hehe.. 
my mee jawa! :)
nanti kalau rajin akan letak resepi dalam blog inshaAllah

alhamdulillah.. hidup selepas berdua ni lebih baik dan teratur jika dibandingkan dengan masa zaman bujang dulu. doakan juga kami dapat buat umrah tahun depan.. antara sebab tak jalan winter break ni ialah nak kumpul duit pergi umrah inshaAllah. lepas tu, baru rasa tenang dan happy nak round tempat lain pula. hee.. update yang super simple saja. terima kasih sudi baca. may Allah bless us all! :)  

Saturday, December 22, 2012

When my LOVES come to Egypt..

Assalamualaikum wbt..
minggu lepas adalah hari-hari yang sangat mengembirakan hati seha dan suami.. sebab? sebab family kami datang tempat kami belajar.. seha rasa macam mimpi bila dapat jalan jalan dan shopping dengan mak seha dan family-in-law kat sini.. :')

kami jalan 2 hari dengan dorang dekat cairo.. happy moments, nice memories! :)

DAY 1
ready to go!

singgah kejap dekat jambatan sungai Nil..

pyramid Giza.. :O

the sphinx, penjaga pyramid.. :O

diorang naik unta.. seha tak naik, sebab pakai long skirt :D

lepas tu pergi beli kertas papyrus, kertas tertua di dunia.
kitorang tak beli this one, tapi the one yang ada ayat Quran.. :)

lepas pergi Kampung Firaun, kitorang naik cruise pula..
1st time naik cruise..
rasa nak buat pose titanic dengan suami pun ada. hehe.. :D
atas cruise..
   dalam cruise, ada pak cik menari putar-putar..
 pening tengok, tapi best! :D 

DAY 2
  awal awal pergi university al-azhar dulu :)

  then pergi kubu Anwar Sadad, presiden Mesir yang ke3..

masjid Ali Pasha.. dalam kubu Salehuddin..

dalam masjid.. SubhanAllah, cantikkan. semua dibuat dari marmar! :)
 dekat atas dinding ada tulis nama 4 khalifah yang memerintah selepas Nabi Muhammad wafat.

lepas lunch, kitorang pergi Khan al-Khalili.. atau pun lebih dikenali oleh pelajar Malaysia sebagai Hussien, sebab dekat dengan masjid Imam Hussien (cucu Nabi Muhammad). kat Hussien tak gambar sebab semua busy shopping, nak beli souvenirs.. :)

esoknya pula, seha dan suami balik Alex naik train.. mama seha ikut sekali. :)
 mama kata ni 1st time dia naik train :)
mama seha dalam lif bangunan rumah seha.. :)

sepanjang mama duduk dengan seha di Alex, mama masak untuk seha dan tolong seha berbisnes.. hehe. mama masak dan seha jual di kelas, penat tapi best! :D

antara yang seha jual ialah;
nasi lemak
 burger kampung
karipap

dan seha bagi mama hadiah ni..
WE LOVE MAMA
thank you Nusaibah tolong buatkan.. :)
dan 4 hari yang terakhir di sini mama seha pergi zagazig tempat adik seha study.. and then dorang pun balik Malaysia on 16th disember, on the day seha ada exam OSCE. sedih.. :'(
hope to see them again.. insyaAllah :)

p/s; thank you Allah for all the blessings You gave to us.. from then until now :') 

Saturday, November 10, 2012

ujianNya tanda kasih sayangNya

ujian.. semua orang akan diuji. lain orang, lain ujiannya, lain juga penerimaannya. ada orang diuji dengan kegagalan, ada orang diuji dengan kejayaan, ada orang diuji dengan kehilangan, ada orang diuji dengan kesenangan. semua ujian Allah yang tentukan. jadi jangan pernah menilai orang lain atau memandang rendah ujian yang orang itu alami. ujian yang kita rasakan mudah, mungkin payah bagi orang lain. ujian yang kita rasakan payah, mungkin mudah pula bagi orang lain.

 Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta. (Al-Ankabut : 2-3)

kepada sesiapa yang diuji, bersabarlah. jangan pernah putus asa. Allah itu tidak zalim. Allah ambil sesuatu dari kita kerana mahu memberikan sesuatu yang lebih baik untuk kita di masa depan. ujian itu banyak hikmahnya, mematangkan dan mendewasakan.. dan bila diuji begini, pilihan kita adalah untuk jadi lebih dekat denganNya atau semakin jauh dariNya. semoga apa pun ujian yang kita terima, kita semakin dekat denganNya.. insyaAllah :')

p/s; ya Allah, kuatkan dan tabahkan hatiku dan suamiku atas segala ujianMu ke atas kami. sesungguhnya Engkau Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani hamba-hambaMu. aminn.. :') 

Thursday, October 11, 2012

i'm married!

alhamdulillah.. i'm already married to the man that Allah had choose for me. today marks the third weeks of our marriage. no one has ever told me marriage is a phase of exploration and discovery! I learn about commitment, trust, punctuality, patience, taking orders accurately, hardworking, and two. selfishness has to extinct and I have to start to embrace SHARING which never existed in my dictionary before. Marriage is when you love doing something you used to hate because you're doing it for your husband.. :) Guess mine? :P

I don't know other people but my marriage has changed a lot about my life. suddenly I am detached from my parents. it used to be my stuffs within my perimeter. suddenly I have a roommate. it used to be lectures and classes. suddenly i've to give my attention to someone. I feel a new different nature. I do everything with him beside me. and neither would I expect that ordinary activities, could be so much fun if it involves someone you love.. :)

am glad and thankful that he is what I expected, dreamed and wished for, I couldn't ask for more for the time being, thank you for being a great team mate along my transition as your wife. I love you more each day.. and insyaAllah till jannah.. <3

Thursday, August 9, 2012

sebelum melangkah ke alam itu

Assalamualaikum wbt..
seha nak share satu artikel berguna yang disediakan oleh saudara Adlan Khalidi. disini seha copy infografik tentang perkahwinan untuk rujukan sesiapa saja sebagai persediaan masa depan dan untuk rujukan seha sendiri juga. 

erm, siapa cakap kahwin ni senang kan?
alam perkahwinan memang diimpikan setiap insan. tapi kita kena tahu dan sememangnya sudah tahu yang alam itu jugalah yang penuh dengan tanggungjawab. bahu jika belum cukup tegap nak pikul tanggungawab itu, tak usah sibuk mencari calon sekarang. banyak yang perlu kita baiki dalam diri sendiri untuk ke arah itu. sekarang pun seha rasa masih banyak yang perlu seha belajar untuk melangkah ke alam itu. 

seha ada terbaca satu artikel di dalam majalah solusi yang bertajuk "Telah siapkah dirimu menjadi Super Parents?". dan ayat yang mencuit fikiran dari artikel itu berbunyi “Lebihkan menjadi daripada mencari”.. instead sibuk mencari suami/isteri soleh/solehah, kita sendiri kena jadi soleh/solehah dulu. kan pasangan kita itu adalah cermin kepada diri kita sendiri. sama-sama fikirkan sejenak.. :)

selain itu, bacalah post yang Fatin Liyana share. sangat berguna dan terkesan dalam hati.. dan insyaAllah kita sama-sama ambil pengajaran dari pengalaman orang lain. :)

pada yang belum pergi kursus kahwin, pergilah. tak kisahlah kahwin lambat lagi ka apa. lepas seha pergi kursus kahwin tahun lepas, barulah seha sedar. kahwin bukan perkara main-main, bukan untuk seronok seronok. kahwin boleh jadi salah satu jalan pintas ke syurga. tetapi awas, jika tak cukup ilmu, perkahwinan juga membolehkan anda menempah sekeping tiket VVIP ke neraka. fikir-fikirkanlah..

seha doakan semoga kita semua mendapat jodoh yang baik dan hidup yang lebih dekat denganNya setelah bernikah.. insyaAllah. may Allah bless! :)

Friday, August 3, 2012

another step towards marriage life

assalamualaikum wbt..
lama sangat rasanya tak menulis di sini.. sangat sibuk di malaysia. banyak benda nak buat dan uruskan dalam waktu yang singkat. ni pun mungkin hanya short update.. tapi seha still akan update sikit-sikit walaupun mungkin tiada orang baca, ini kenangan seha yang seha nak letak dalam blog. :)

ini wedding checklist seha..
ada yang dah siap dan ada yang belum. tapi seha tak nak rush, kalau ada yang tak lengkap lagi mungkin akan pergi KK lepas raya dengan mama seha untuk lengkapkan semua. insyaAllah..seha banyak dapat idea untuk hias bilik dan pelamin dari majalah Pengantin. :)

dan mama seha bagi hadiah buku masakan untuk seha belajar lagi banyak resepi baru. sangat suka buku ni.. terima kasih mama! :')
 
kursus kahwin dah setel dari tahun lepas lagi. so masa sampai malaysia hari tu, kami pergi buat HIV test. kena set appointment dulu baru boleh buat dan mesti buat kat klinik atau hospital kerajaan, swasta tak boleh. alhamdulillah resultnya negative. pegawai perubatan kat klinik tu ucap 'selamat pengantin baru' masa bagi kami result masing-masing. hehe.. :)

next step ialah pihak lelaki hantar semua dokumen dan borang nikah dekat negeri sendiri. disebabkan seha dan bakal suami tak sama negeri, mungkin agak makan masa sikit sebab kena dapatkan kelulusan dari negeri pihak lelaki dulu pastu baru boleh bawa semua dokumen pergi belah seha. tapi semuanya lancar saja dan alhamdulillah.. permohonan berkahwin pun dah diluluskan. :)

setakat ni semuanya going smoothly as we planned it.. kawan-kawan semua doakanlah semua urusan kami dipermudahkanNya dan berjalan lancar. terima kasih semua yang mendoakan.. dan semoga Ramadhan kita kali ni adalah yang lebih baik dari sebelumnya. sama-sama usaha khatamkan Quran okay? insyaAllah.. may Allah bless! :)

Sunday, June 24, 2012

believe in yourself

"One thing I've learned from the past is to never give up, no matter how bad your result is. Don't let it stop you from achieving your dreams."

In the name of Allah, The Most Beneficent, The Most Merciful.

It's 8.22 in the morning. Yesterday was our last lecture here, as a pre-clinical year students. Honestly, I'm a bit nervous for my coming exams. Now I'm not mentally and physically prepare for it. But despite all of that, my fingers still dance on the keyboard and write this post. I feel a bit guilty for this but I still want to finish this post and to wash away all my negative thoughts. And this post is also for my dearly sister who will be taking her SPM soon, Aliah. This is for you.. :)

I remember those days when I struggled to calm myself down. Those days were the days I lost my appetite to eat and losing interest to have fun with my friends. Those were the days when I spent my day working and the rest of it at home, completing Sudoku. Funny isn't it? I was so scared, terribly scared. But at the end of the day, I said to myself, I have to face it no matter what. Whether it is good or bad, I have to accept it and be grateful to Allah for it. Because Allah knows what's best for me. My result wasn't like what I expected, but Alhamdulillah, I passed all the papers. I am being completely honest; I'm just an ordinary student. But I believe in myself that I can go far beyond my imagination, beyond my expectation. And so do you. Yes you can. I believe the only thing limiting you is your thoughts. Only you have the power to change your thoughts. Look forward and dream of what is possible for your life. With action, anything in life is possible. Yes, we all can do it.

"Whatever the mind can conceive and believe, the mind can achieve."
[Dato' Sheikh Muszaphar Shukor] 

I love the quote. I've been keeping it in my heart and mind ever since I read it in Dato' Sheikh Muszaphar Shukor's book. Life has thrown some rocks in my stream and one of it has helped me to become stronger, to become who I am today. Sometimes struggles and challenges are exactly what we need in our lives. All the challenges are the nature of life which has helped me to grow up and to become more mature. One thing I've learned from the past is to never give up, no matter how bad your result is. Don't let it stop you from achieving your dreams. BELIEVE IN YOURSELF.. :)

A few years ago, I was that girl sitting in her room imagining her dreams, putting her best effort to achieve her dreams. Alhamdulillah, with patient and faith I have in Allah, I've achieved a part of my dreams. The key is faith. Have faith in Allah and have faith in yourself. Take a good care of your relationship with Allah. Never neglect your five times daily prayers because that is the most important thing and the best communication we have with Allah, which is also the only way you can conceive Him that you really want this. Trust me, if you have Allah, you have everything and you lost nothing.

I look forward for adventures in my life. Now that I'm here, pursuing another dream of mine, setting goals and resolutions. I've been planning so many things for the future, insyaAllah. So, in order to achieve all that, I have to work hard and be persistent. Please pray for my success in this world and the Hereafter, to become the best Muslimah Doctor, InsyaAllahu Taala.
Our results will show us the hard work we've put on for the past few years or months. It shows us how much effort we've put on. By the meaning of 'effort', it's not just about burning the midnight oil. It's also about how earnestly you pray to Allah. If you fail to achieve your target, it is not the end of everything. Bear in mind that Allah knows what's best for you. Failing doesn't mean you are a loser. In fact, failure is the best teacher. The reason why Allah make it a bit harder for you is to make you a fighter. He wants you to feel and appreciate the feeling of victory and success. Set your aims and goals, and try harder next time. And if you pass with flying colors, then Alhamdulillah, say Alhamdulillah. Remember, nothing great was ever achieved without Allah's help. And His help is always near to us. May Allah bless us all! :)

Love,

     

Friday, June 22, 2012

our motiqes

assalamualaikum wbt..
semalam batch seha ada buat berbuka puasa ramai-ramai dan solat hajat untuk imtihan. alhamdulillah, walaupun penat, terasa manisnya bila dapat kumpul ramai-ramai, berbuka puasa bersama. cuma part makanan seha tak dapat habiskan sebab agak pedas sedikit, seha jenis yang tak dapat makan pedas sangat sebab ada gastrik yang agak terukla juga sebenarnya. dan seha kalau tak tahan pedas, seha akan balik balik sebut makanan tu pedas sampai habis makan. hehe.. housemates pun dah tau perangai seha. minta maaf kalau tukang masak terdengar dan terasa.. tak berniat nak menyinggung perasaan kalian yang sudah bersusah-payah masak untuk kami semua. terima kasih.. :)

 ayam sambal hasil usaha satu batch.. :)
dari awal potong memotong sampaila buat sambal semua bersama..

p/s; hari ini hari jumaat.. tinggal 3 jumaat lagi di mesir. dan alhamdulillah, dapat pindahkan sedikit barang ke rumah baru. tinggal sikit lagi nak habis. terima kasih HO.. maaf tak dapat tolong lagi. semoga semua yang kita rancang bersama berjalan lancar atas izinNya.. aminn. may Allah bless! :)

Wednesday, June 20, 2012

sahabat sebenar

assalamualaikum wbt..
alhamdulillah.. syukur sangat sebab hal rumah baru dah hampir selesai. tapi ada sedikit masalah juga. seha cari kawan-kawan untuk minta tolong. masa ni, baru nampak siapa sebenarnya sahabat seha. tak tahula mungkin dorang masih judge seha dengan masa lalu. dan seha tau seha pun bukan kawan yang baik, tapi kalau seha boleh tolong, seha akan usaha kurangkan sedikit beban mereka. seha hanya minta tolong sikit sahaja.. tapi mungkin payah bagi mereka. maaf menyusahkan semua.. :(

seha akan usaha cari alternatif lain pula. sekarang seha dah tau siapa sahabat seha, walaupun baru kenal dorang, tak sampai setahun pun tinggal sama, tapi seha rasa macam dah satu family dengan dorang. sedih nak pisah dah dengan dorang. terima kasih jadi sahabat seha.. :)


p/s; sabar... bila kita redha pada sesuatu yang mengecewakan hati kita, maka percayalah Allah akan menggantikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tak dijangka. semoga semua ini akan memberi seha kekuatan di masa depan. aminn.. may Allah bless! :)

Friday, June 15, 2012

burning the midnight oil!

this is my current desktop background

this is my last pre-clinical exam.. it is almost at the end now. and as you all can see, the picture above is my exam's date which will start next week on monday. it means; i have to marry my module books..
this one..

 and not forget this module too..
i have to say that this year is a very hard year for me.. but at the end of my struggle, i can still feel the sweetness. alhamdulillah.. :) there is always a blessing in every test He gave.

malaysia; 1 month to go..
ramadhan; 1 month ++ to go.. am i already prepared myself for it?
married; 3 months ++ to go.. will be update here after my exam, okay? :)

do pray for my success.. and for my friends too. we all really want to graduate together on the next three years, insyaAllah. i hope everything will go all fine and dandy. till next update then! may Allah bless.. :)

Friday, June 8, 2012

happy moment with girls section 2

assalamualaikum wbt..
jumaat lepas, section seha ada buat makan makan dan tukar tukar hadiah untuk rapatkan lagi ukhuwah kami. kami buat dekat pantai syukban muslimin. hee.. dan tema baju pink :)

 SubhanAllah :)
 pink :)
 baru start..
 pengisian yang best!
 game running woman :P
 my group mates :)
 dah main kat laut dah.. hehe..
 part ni paling best.. :D
 semua makanan sedap sedap..
 dapat hadiah dari iejah.. thank you iejah! :)
colour changing mug..
love bonding between us lasts forever insyaAllah!

seha happy sangat hari tu.. seha rasa semua pun happy. pengisian best, game pun best. tukar tukar hadiah tu pun best, tambah kenal dengan semua. terima kasih semua.. semoga ukhuwah yang terbina ini kekal hingga ke syurgaNya. sayang semua lillahi taala.. :) seha nak minta maaf kalau masa main game ada terkasar atau terkecilkan hati sesiapa. jangan simpan dalam hati k.. erm, dan doakan kami semoga semua dapat jadi doktor muslimah yang berguna untuk agama nanti, insyaAllah. aminn.. may Allah bless!