Showing posts with label Quotes. Show all posts
Showing posts with label Quotes. Show all posts

Sunday, June 24, 2012

believe in yourself

"One thing I've learned from the past is to never give up, no matter how bad your result is. Don't let it stop you from achieving your dreams."

In the name of Allah, The Most Beneficent, The Most Merciful.

It's 8.22 in the morning. Yesterday was our last lecture here, as a pre-clinical year students. Honestly, I'm a bit nervous for my coming exams. Now I'm not mentally and physically prepare for it. But despite all of that, my fingers still dance on the keyboard and write this post. I feel a bit guilty for this but I still want to finish this post and to wash away all my negative thoughts. And this post is also for my dearly sister who will be taking her SPM soon, Aliah. This is for you.. :)

I remember those days when I struggled to calm myself down. Those days were the days I lost my appetite to eat and losing interest to have fun with my friends. Those were the days when I spent my day working and the rest of it at home, completing Sudoku. Funny isn't it? I was so scared, terribly scared. But at the end of the day, I said to myself, I have to face it no matter what. Whether it is good or bad, I have to accept it and be grateful to Allah for it. Because Allah knows what's best for me. My result wasn't like what I expected, but Alhamdulillah, I passed all the papers. I am being completely honest; I'm just an ordinary student. But I believe in myself that I can go far beyond my imagination, beyond my expectation. And so do you. Yes you can. I believe the only thing limiting you is your thoughts. Only you have the power to change your thoughts. Look forward and dream of what is possible for your life. With action, anything in life is possible. Yes, we all can do it.

"Whatever the mind can conceive and believe, the mind can achieve."
[Dato' Sheikh Muszaphar Shukor] 

I love the quote. I've been keeping it in my heart and mind ever since I read it in Dato' Sheikh Muszaphar Shukor's book. Life has thrown some rocks in my stream and one of it has helped me to become stronger, to become who I am today. Sometimes struggles and challenges are exactly what we need in our lives. All the challenges are the nature of life which has helped me to grow up and to become more mature. One thing I've learned from the past is to never give up, no matter how bad your result is. Don't let it stop you from achieving your dreams. BELIEVE IN YOURSELF.. :)

A few years ago, I was that girl sitting in her room imagining her dreams, putting her best effort to achieve her dreams. Alhamdulillah, with patient and faith I have in Allah, I've achieved a part of my dreams. The key is faith. Have faith in Allah and have faith in yourself. Take a good care of your relationship with Allah. Never neglect your five times daily prayers because that is the most important thing and the best communication we have with Allah, which is also the only way you can conceive Him that you really want this. Trust me, if you have Allah, you have everything and you lost nothing.

I look forward for adventures in my life. Now that I'm here, pursuing another dream of mine, setting goals and resolutions. I've been planning so many things for the future, insyaAllah. So, in order to achieve all that, I have to work hard and be persistent. Please pray for my success in this world and the Hereafter, to become the best Muslimah Doctor, InsyaAllahu Taala.
Our results will show us the hard work we've put on for the past few years or months. It shows us how much effort we've put on. By the meaning of 'effort', it's not just about burning the midnight oil. It's also about how earnestly you pray to Allah. If you fail to achieve your target, it is not the end of everything. Bear in mind that Allah knows what's best for you. Failing doesn't mean you are a loser. In fact, failure is the best teacher. The reason why Allah make it a bit harder for you is to make you a fighter. He wants you to feel and appreciate the feeling of victory and success. Set your aims and goals, and try harder next time. And if you pass with flying colors, then Alhamdulillah, say Alhamdulillah. Remember, nothing great was ever achieved without Allah's help. And His help is always near to us. May Allah bless us all! :)

Love,

     

Tuesday, May 1, 2012

on forgiveness and fairytale


"Learn to forgive. Forgive everything from the past and forgive anyone from your past. Because on this world, nobody is perfect."

We all make mistakes. And it is always good and noble to forgive someone in your life. In love, teach to forgive the one you love. It doesn't matter how bad or how much it hurt before, learn to forgive them. Even if they are not sorry. The best thing of forgiving someone is you are pleasing Allah Taala. InsyaAllah, only He can cure our hearts. And I also hope anyone that I've hurt will forgive me too. :)

"When you stop searching for a prince and make Allah the King of your heart, He will help you to complete your fairytale. InsyaAllah."

Remember, Allah always has a better plan for each and one of us. Alhamdulillah, I can't tell you how thankful I am to Allah that because of Him, I've learn to improve and see my mistakes in the past.  I've done so many mistakes. Now, all I want to do is to change myself to become a better person. InsyaAllah. I believe in Allah. I believe that He has written something special for me. Special that it takes a lot of patience and prayer. And all I want to do now is to prepare myself for that special person. A special person whom I'll be spending the rest of my life with, through thick and thin, and the most important things - the one who will lead me towards Allah, who will become the Imam for my prayers, the father of my children, the one who will always hold my hands and together helping each other to attain Jannah. InsyaAllah. To me, it's not just about love. It's more than that. It's about responsibility and commitment. It's about the beginning of the journey towards forever in Jannah. And most of all, I want it to be special, to experience it according to what Allah has already planned for me.

InsyaAllah.
I will always be waiting for that day to come.

Dear heart, have faith in Allah.

Love,

Friday, February 24, 2012

maaf

KEMAAFAN mungkin amat BERAT untuk diberikan kepada orang yang pernah melukakan hati kita..tetapi hanya dengan memberi kemaafan sahajalah kita akan dapat MENGUBAT HATI yang telah terluka..KEMAAFAN yang diberi secara IKHLAS dan TULUS dari hati yang nurani, umpama PISAU BEDAH yang boleh membuang segala PARUT LUKA emosi..

p/s : BAHAGIA yang menerpa tidak kekal selamanya..begitu juga dengan DERITA yang sering mengalirkan air mata kita..jangan sesekali kita LUPA, Allah sentiasa ada untuk kita..BE STRONG..♥♥
"SAKIT yang ku rasa biar jadi PENAWAR kepada dosa-dosaku.."

Thursday, January 19, 2012

nak yang soleh, nak cari sehidup semati..

satu ayat yang menjadi topik perbualan dengan sorang sahabat seha..

"Jangan hanya inginkan lelaki yang baik selagi kita tidak menjadi baik, tetapi jadilah wanita yang baik sehingga kita diinginkan oleh lelaki yang baik."

dekat-dekat exam ni juga nak timbul cerita macam ni kan. hehe.. tapi hakikatnya, walaupun umur masih muda, dari sekarang ni lah kena persiapkan diri untuk bina keluarga yang sakinah insyaAllah.

bagi si Adam, tanggungjawab anda selepas berkeluarga sangat besar. anda diberikan amanah oleh Allah membimbing bukan sahaja isteri tetapi juga anak-anak yang bakal hidup bersama di jalanNya. jadi, bermula dari usia muda inilah anda perlu melengkapkan diri dengan ilmu-ilmu fardhu ain, untuk bekalan bersama hidup di dunia dan untuk mengejar kebahagiaan di akhirat kelak. selepas kahwin, dosa isteri dan anak-anak semua bergantung di bahu anda. baik bimbingan anda, insyaAllah ringanlah bahu anda. buruk bimbingan anda, fikir-fikirlah sendiri.

bagi si Hawa pula, anda juga ada tanggungjawab yang besar! tanggungjawab yang diperlukan sebagai isteri yang patuh kepada suami dan sebagai ibu yang lembut membelai anak-anaknya. memang tiada dinyatakan tugas untuk menguruskan kerja rumah adalah tugas wanita, tetapi persiapkanlah diri dengan ilmu memasak, mengemas rumah, berhias diri sejajar dengan tugas anda untuk membahagiakan dan meringankan beban suami anda. kitakan nak jadi penyejuk dan penyenang hati suami kita.. insyaAllah.

kalau kita suka kat seseorang, sebelum ambil keputusan untuk make a move, apa kata kita solat istikarah dulu? minta supaya Allah beri petunjuk sama ada dia untuk kita atau bukan, sama ada dia orang yang betul atau tidak. minta pada Allah dekatkan dia dengan kita sekiranya dia baik untuk kita, agama kita, dunia kita dan juga akhirat kita. kita juga kena redha dengan apa jua petunjuk yang diberikan Allah kerana Dialah yang Maha Mengetahui. jika dia bukan untuk kita, yakinlah bahawa Allah menyediakan yang lebih baik untuk kita. dan jika dia baik untuk kita, mulalah langkah dengan bertaaruf seperti yang diperintahkan oleh Rasulullah (taaruf adalah kegiatan bersilaturahim,  berkenalan, bertatap muka, atau bertamu ke rumah seseorang dengan tujuan berkenalan dengan penghuninya), bukan dengan cara berdating yang hanya mengundang maksiat yang menjadi mancis ke lembah api perzinaan. jika kita ikhlas niat kerana Allah, insyaAllah hubungan kita ini akan mendapat redha yang Esa dan kekal hingga ke anak cucu cicit.

apabila kita berkenan atau dirisik oleh seseorang, kita perlu tahu tentang sikap atau karakter dirinya. sebab itulah Rasulullah saw sendiri menyuruh kita bertaaruf. sebelum itu, kita juga perlu buat check-list tentang karakter bagaimana ciri-ciri yang kita mahukan (ingat, kita berkahwin dengan manusia, bukan malaikat). jika lebih 50% ciri-ciri itu ada pada dirinya, zasss.. "yes i do" je lah. pernah jumpa tak ayat ni? 
seharusnya lelaki tidak harus meletakkan piawaian yang terlalu tinggi untuk calonnya. kerana jika IMANnya hebat, maka dia akan memimpin dengan baik, tidak kira siapa pun yang akan menjadi makmumnya.

yang harus cerewet adalah wanita. kerana dia sedang memilih calon IMAMnya. dan sudah pasti, dia mahukan calon imam yang mampu membimbing dengan baik. kerana memilih bakal imam, lebih penting dari memilih bakal makmum.
sorang kawan post kat group i-Mumtaz, and seha setuju 100% dengan ayat ni.. 

tetapi awas, sebelum buat apa-apa keputusan besar dalam hidup kita, istikarahlah kepada Allah terlebih dahulu. pohon kepadaNya supaya keputusan yang bakal kita ambil adalah petunjuk dariNya, bukan atas hawa nafsu mahupun bisikan syaitan. jika benar dia untuk kita, jangan berhenti untuk memohon supaya Allah permudahkan jalan itu. insyaAllah, Dia kan maha Mendengar.

seha sangat percaya yang keserasian sangat mudah dicapai apabila kita di bawah redha  Allah. proses mengenali juga lebih mudah, cepat dan telus selepas diijab qabulkan kerana kita berdua sudah berada di landasan yang betul. proses mengenali (orang muda-mudi cakap 'mencari keserasian') sebelum berkahwin lebih menjurus kepada bisikan syaitan.

jika baru bercinta dihasutnya supaya 'lebih mengenali', nak suruh buat maksiat lettew. jika sudah buat keputusan untuk berkahwin, dihasutnya supaya timbul salah faham, nak halang kita 'saling mengenali' secara halal lettew. syaitan sangat benci melihat anak Adam berumah tangga kerana periuk nasi utama mereka akan 'basi'.

timbul pula persoalan "kalau tak mengenali, macam mana nak tahu serasi ke tak?". tanya pula pada diri sendiri, "nak kahwin kerana apa? suka-suka? nafsu? sebab orang lain kahwin jadi saya pun kena kahwin? atau kerana Allah?". jika jawapannya adalah kerana Allah, insyaAllah rasa tanggungjawab dalam diri itu akan menserasikan kita.

bagi seha, suami adalah segala-galanya selepas Allah dan Rasul saw. tidak utuh seha bazirkan cinta kepada lelaki lain kalau akhirnya nanti yang bakal sehidup semati, besusah bersenang dengan seha adalah suami seha? yang lebih berat, wajarkah seha memberi sedikit cinta seha kepada lelaki lain sedangkan yang akan menanggung dosa seha nanti adalah suami seha?

semoga kita semua bertemu dengan dia yang telah Allah tetapkan untuk kita.. bertemu dalam redhaNya, dan berpisah untuk bertemuNya. aminn.. may Allah bless! :)

******
"Dan dijadikanNya di antara kamu rasa kasih dan sayang." [30:21]

Tuesday, December 13, 2011

smile

Smile is the best medicine.
A smile is a curve that sets everything straight.
so, keep on smiling :)

Sunday, November 20, 2011

read this, and be neutral..

assalamualaikum wbt..

dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, Yang Maha Pengasihani.
salam serta selawat ke atas Rasulullah s.a.w., ahli keluarga baginda, serta salam kepada para sahabat yang berjuang menegakkan Islam di muka bumi ini.

erm.. read this and be neutral. kenapa? sebab seha nda mau ada sesiapa yang terasa. ini hanya untuk diri sendiri dan sesiapa yang mau mengambil pengajaran.

kita kena buat apa yang kita suruh orang lain buat. sebab orang lain akan melihat perbuatan yang kita suruh orang buat.

kalau tiada rasa risau, tiada rasa cemburu, maka tiada lagi cinta di hati.

kadang-kadang kita cuma mau orang sedar, betapa kita sayangkan orang tu, tanpa kita sedar, orang lain pun harapkan kita sedar mereka menyayangi kita.

kita takkan mahu orang lain mengadili kita, seperti mana orang lain tidak mahu kita mengadili mereka.

bersama tak bererti untuk selamanya. tiada yang kekal selain Dia.

mencari yang cantik itu, umpama mencari kaca  yang bersinar, tetapi tidak sedar ketajamannya.
mencari yang solehah itu umpama mencari permata yang berkilau, di antara kaca yang tajam.

penantian itu suatu ujian, disertai pena kesabaran, di atas kertas doa, diserah dengan tawakal, diperiksa oleh-Nya, dan di akhir nanti, kemanisan hasil.

kalau ada cara yang dilarang, pasti ada cara alternatif.

jangan mengata orang lain, selagi diri tak sempurna.

jangan memandang rendah orang lain, walau hebat mana pun kita.

belajar berkata sesuatu dengan lembut, agar tidak menghiris hati sesiapa dan mudah diterima.

belajar untuk memberi, dan juga menerima.

belajar menunaikan harapan, bukan setakat memberi harapan.

belajar menggembirakan hati, bukan menyakitkan hati.

kadang-kadang kita sendiri lemas dalam atmosfera yang kita sendiri bina. mungkin terkadang kita perlu sedar, atmosfera yang di sekeliling kita ini, lebih berguna dari atmosfera yang kita bina itu.


salam sayang. may Allah bless! :)

Saturday, November 5, 2011

men vs women

assalamualaikum wbt..
alhamdulillah, kita masih diberi kesempatan untuk hidup pada hari ini. mungkin Allah mahu memberi kita peluang untuk menambahkan amalan, mungkin juga Allah memberi kita peluang untuk bertaubat dan berubah. everyday is a gift from Him.. alhamdulillah. :)

ermm.. untuk entry kali ni, seha mau berkongsi ilmu yang seha dapat dari Lady's Garden atau taffaquh akhawat pagi tadi. kak Nor Syafiqah bentang buku 'Men from Venus, Women from Mars'. dari taffaquh ni, seha dapat faham belajar banyak benda pasal diri sendiri dan lelaki. why women act like this and why men act like that, why women feel that way and why men do that thing when he is stressed on something. secara jujurnya, seha dengar kak Nor explain baru seha faham maksud yang buku tu mau sampaikan. alhamdulillah.. :)

tapi jangan salah faham pula okay.. kita belajar memahami lelaki bukan hanya untuk persediaan berumah tangga nanti. dengan buku ni juga, kita dapat faham abah kita, abang kita, adik lelaki kita, orang yang kita perlu jumpa di tempat kerja contohnya pesakit seha nanti pun bukan perempuan saja mesti ada lelaki juga kan. so, buku ni sebenarnya sangat membantu kita memperbaiki communication skill dan cara kita berinteraksi dengan lelaki.
dalam buku ni ada 10 chapters dan insyaAllah seha akan cerita sedikit sebanyak apa yang seha dapat dari majlis ilmu tu lepas kak Nor sudah explain. tapi untuk entry kali ni, seha hanya cerita sikit saja. yang selebihnya kalau rajin, bacalah buku tu. :) seha gabung chapter 1 (tajuk buku) dan chapter 2, Mr Fix-It and the Home Improvement Committee.

first sekali, cara perempuan cope with stress tidak sama dengan cara lelaki handle their stress. kalau perempuan, dorang mau rasa diberi perhatian dan didengar. bila ada masalah atau stress, dorang mau luah dan didengar. dorang akan rasa happy dan lega lepas luah even lepas luahkan, masalah tu still belum selesai. tapi lelaki selalunya tidak faham. bila dengar perempuan luahkan masalah, lelaki akan try bagi solution. tapi sebenarnya perempuan tidak mahukan solution, dia hanya mahu didengar dan diberi perhatian. perempuan akan rasa sangat lega lepas luah, mungkin juga dia luahkan dengan menangis. depends dengan masalah yang dia hadapi.

perempuan juga akan melepaskan geram atau marah dorang dengan membebel, marah-marah. pernah tengok mak kita marah sebab rumah berselerak? bila mak kita marah macam tu, apa yang patut kita buat ialah diam dan dengar. jangan menjawab atau balas balik apa yang mak kita cakap. selalunya mak kita akan marah sambil tangan dia bergerak mengemas rumah. kita patut buat apa? duduk diam tengok mak kita mengemas? no no noo.. wrong! kita pun sambil dengar sambil lah tolong dia kemas sekali. lepas tu, percayalah, mak kita akan okay balik. mungkin siap masak makan malam special lagi.. hehe.. :D

hah.. ni lelaki pula, cara dorang cope with stress sangat berbeza. dorang tidak bising-bising macam perempuan. dorang akan diam, tapi otak dorang akan try fikir solution kepada masalah dorang. bagi lelaki, bila dorang luahkan masalah dorang dengan orang lain, dorang akan nampak lemah. lelaki tidak suka bila kita keep on asking him what's the problem sebab selagi masalah tu dia rasa dia boleh handle, dia akan buat sendiri. sebenarnya, lelaki mahu kita percaya dan yakin yang dia boleh handle family dengan usaha dia sendiri. so, let them be our heroes! :)
lagi satu, perasanka lelaki suka tengok berita, tengok perlawanan bola atau main game after kerja or study? tau kenapa dorang suka buat begitu? sebenarnya, lelaki akan cuba lupakan masalah kerja yang belum selesai dalam kepala dorang dengan cuba fokus kepada berita di tv. dalam fikiran dorang, dorang try bagi pendapat dan fikir solution untuk masalah negara, ekonomi, politik walaupun sebenarnya dorang tidak involve secara direct dengan benda tu. lelaki juga akan pergi main bola, main badminton atau apa-apa saja yang dapat buat dorang lupa sekejap masalah dorang di tempat kerja. contohnya, lepas main bola, group bola dia menang, lepas tu dia akan lebih bersemangat untuk sambung balik settlekan masalah di tempat kerja tadi. begitulah cara lelaki cope dengan stress dorang.

second point, perempuan adalah otak multi-tasking. perempuan boleh buat banyak benda dalam satu masa. contohnya, time masak, perempuan boleh lari kejap pergi jemur kain, lepas tu lari lagi pergi tengok anak dia, sambung masak balik, sempat lagi buat susu untuk anak dia. even sambil driving, perempuan boleh make up. trust me! sungguh lasak perempuan kan.. itulah kurniaan Allah pada perempuan, supaya perempuan dapat urus rumah tangganya dengan teratur. sebab tu ada perempuan dapat jadi suri rumah dan berkerjaya dalam satu masa.
okay.. now you trust me kan. :D
lelaki pula, otak dia hanya dapat fokus kepada satu benda. kalau time tu dia tengah kerja, dia akan fokus dan akan ignore kita. kalau dia study, dia akan study dan tumpu pada study dia tanpa buat benda lain. pernah dengar ayat, kalau lelaki stop main Dota hanya untuk reply mesej kamu, means lelaki tu betul-betul suka kamu. kenapa timbul ayat tu? sebab ni la, lelaki sebenarnya tidak dapat buat banyak benda dalam satu masa. kalau dia try buat lebih dalam satu masa pun, dia akan jadi confuse, pening dan mungkin jadi pemarah.

seha dapat kongsi setakat ini saja. semua tau, lelaki dan perempuan sangat berbeza. luaran sudah jelas berbeza, apa lagi dalaman. tapi bila gaduh, kenapa mesti menyalahkan antara satu sama lain sedangkan tahu pasangan kita itu jelas berbeza dengan kita. apa yang sama ialah rasa sayang. argue is not the solution.
 see.. we are different in every way that possible.

ermm.. apa yang seha dapat simpulkan ialah, try to accept the differences and respect each other. quote dari buku, 'when men and women are able to respect and understand their differences, then love has a chance to blossom'. semoga dapat memberi manfaat kepada kita insyaAllah. may Allah bless! :)

Thursday, November 3, 2011

five balls of life

Imagine life is a game in which you are juggling five balls.
The balls are called work, family, health, friends and integrity.
And you’re keeping all of them in the air.
But one day, you finally come to understand that work is a rubber ball.
If you drop it, it will bounce back.
The other four balls - family, health, friends, and integrity - are made of glass.
If you drop one of these, it will be irrevocably scuffed, nicked, perhaps even shattered.
And once you truly understand the lesson of the five balls, you will have the beginnings of balance in your life.
 
They will never be the same. You must understand that and strive for balance in your life. The book suggests 12 ways:
1. Don't undermine your worth by comparing yourself with others. It is because we are different that each of us is special.
2. Don't set your goals by what other people deem important. Only you know what is best for you.
3. Don't take for granted the things closest to your heart. Cling to them as you would your life, for without them, life is meaningless.
4. Don't let your life slip through your fingers by living in the past or for the future. By living your life one day at a time, you live ALL the days of your life.
5. Don't give up when you still have something to give. Nothing is really over until the moment you stop trying.
6. Don't be afraid to admit that you are less than perfect. It is this fragile thread that binds us together.
7. Don't be afraid to encounter risks. It is by taking chances that we learn how to be brave.
8. Don't shut love out of your life by saying it's impossible to find. The quickest way to receive love is to give; the fastest way to lose love is to hold it too tightly; and the best way to keep love is to give it wings.
9. Don't run through life so fast that you forget not only where you've been, but also where you are going.
10. Don't forget that a person's greatest emotional need is to feel appreciated.
11. Don't be afraid to learn. Knowledge is weightless, a treasure you can always carry easily.
12. Don't use time or words carelessly. Neither can be retrieved.


A few great thoughts from the book "Suzanne's Diary to Nicholas" by James Patterson.
may Allah bless! :)

Wednesday, October 12, 2011

harap yang baik, diri sendiri kena jadi baik dulu..

Bismillahirrahmanirrahim..

assalamualaikum wbt.. :)
hmm.. rasanya semua orang mesti impikan dan harapkan someone yang baik dan soleh untuk jaga dan bimbing kita di masa hadapan. siapa yang tidak mahu kan.. someone yang Allah hantar, soleh dan sangat menjaga dirinya, sudah menyediakan dirinya untuk jadi imam dan mendidik kita dan anak-anak kita. someone yang bangun dan solat dengan kita di sepertiga malam. indahnya.. :)

tapi pernahkah kita terfikir, kenapa tidak kita sendiri dulu yang berubah jadi baik sebelum mahukan orang yang baik? seha sendiri sedar yang diri seha banyak sangat khilaf dan kurang. kadang-kadang malu sangat dengan Allah. rasa malu mau minta ampun sebab selalu buat salah. tapi lama-lama seha sedar, kadang-kadang Allah biar diri kita diselubungi dosa supaya akhirnya akan jatuh air mata sebab takutkan azabNya. dan saat itu, kita akan kembali kepadaNya.. memohon ampunanNya. :')

jangan pernah kisah pandangan orang lain dengan kita, sebab bukan dorang yang bagi kita hidup dan rezeki. hakikatnya memang manusia suka judge orang lain tanpa tau hal sebenar. masa yang diberi sepatutnya digunakan untuk menilai diri sendiri, muhasabah diri. ya, kita mungkin ada masa silam namun kita juga masih punya masa hadapan. sebab tu, dalam waktu umur beginilah seha makin sedar yang seha patut banyak berusaha untuk lebihkan yang kurang dan mentarbiah diri. kena lebih banyak menyediakan diri dan bekalan bukan saja untuk masa hadapan tetapi untuk akhirat kelak. insyaAllah.. :)

mari sama-sama kita kongsi cara untuk JADI LEBIH BAIK.. sebenarnya banyak, tapi seha kongsi apa yang seha try usaha buat masa sekarang. insyaAllah..

1) SABAR
seha ni bukanlah nda sabar.. cuma bila ada dugaan, ada masalah sikit, mulalah menangis. lepas tu, susah pulak mau mengadu dengan siapa siapa kecuali dengan orang yang seha rapat dan percaya. bila susah mau luah dengan orang, baik luah dengan Dia. sebab Dia Maha Mendengar. rasa lega lepas luah sebab seha tau Dia faham.. :')

sabar itu sangat indah..walaupun susah untuk dipraktikkan. orang kata, campaklah kita walau dimana pun, kalau kita sabar, semuanya mudah diharungi. itulah kunci utama, kena lebih banyakkan SABAR. :)

"Wahai orang-orang yang beriman! berSABARlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara kebajikan) dan kuatkanlah keSABARanmu (lebih dari pihak musuh di medan perjuangan) dan tetaplah bersiap-siaga (diperbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah agar kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
[Al-Imran:200]
jangan pernah mengeluh dan menyalahkan Allah atas takdir yang menimpa kita. mungkin semua yang terjadi kerana khilaf kita di masa lalu. jangan pernah menuding jari kita pada Allah. sedarkah kita bahawa Dialah sebaik-baik Perancang dan Maha Mengetahui dari kita.. sememangnya kita tidak layak untuk menyalahkan apa lagi untuk bertanya kenapa nasib kita sebegini.

"Tidaklah seorang muslim ditimpa penyakit melainkan Allah akan menggugurkan bersama dosa-dosanya seperti pohon-pohon yang menggugurkan daun-daunnya."
[Hadis Riwayat al-Bukhari]
 
2) TOPUP KNOWLEDGE
makin lama belajar, makin kita akan rasa banyak benda yang kita tidak tahu. dan makin lama kita akan sedar betapa besar kekuasaanNya dan betapa kerdil dan sedikitnya ilmu yang kita ada. orang kata, kita kena ikut macam padi. makin berisi, makin tunduk. makin banyak ilmu kita dapat, makin taat dan patuh pada Allah, makin rasa rendah diri bukan sombong dan tambah jauh dariNya.


jadi, untuk lebih dekat denganNya, kenalah topup ilmu kita yang sedikit ni. macam mana? banyak buku ilmiah yang dijual sekarang ni. pergi MPH, berlambak buku yang ada. tapi bukan dari buku ja kita boleh dapat ilmu. kalau malas beli atau buka buku tapi rajin buka lappy, cari pakai internet. banyak artikel dan video yang bagi pengajaran sekarang ni. banyak ruang yang Dia beri, kenapa kita nda guna sebaiknya kan..? lagipun, bukan perut saja perlu diisi, otak dan hati pun kena isi juga. :)

3) PERGI KELAS ILMU
kelas ilmu ni nda kisah ilmu apa, asalkan kelas tu buat kita tambah dekat dengan Dia. pergi usrah atau SC pun okay. sebab dalam SC mesti kakak SC bagi ilmu yang dorang pernah dapat. seha sangat sayang kakak SC dan ahli-ahli SC seha. bila mau buat SC lagi eh? :)
pinjam gambar dari fb jiji.. masa dinner batch. :)
 
okay, back to the topic. mesti semua sudah tau, kat sini, mudah mau cari guru untuk ajar bahasa arab atau ilmu agama. bila orang ajar kita benda baru dan betul , kita kena terima dengan baik. orang ajar dan tegur kita sebab sayang dan kisah dengan kita, bukan mahu menghina kita. biarpun orang yang menegur dan mengajar kita itu tidak buat apa yang dia tahu, tapi ilmu yang disampaikannya itu adalah benar. jadi jangan terus tolak apa yang kita terima tanpa berfikir. "amatlah rugi orang yang sudah sampai kebenaran padanya namun dia menolak dengan perasaan bongkak dan benci"

seha dengan housemates tengah cari kelas bahasa arab sekarang sebab next year dah masuk clinical year. dan sekarang, tiap hari isnin kami ada kelas belajar Quran dan tafsir. alhamdulillah.. insyaAllah lepas ni mau tambah lagi kelas sementara masih mampu dan belum sibuk dengan study. sama-samalah kita cari ilmu selagi Allah masih bagi masa dan kesihatan kepada kita. :) ilmu rumahtangga tu seha minta dari mama sudah okay rasanya.. hehe. plus ilmu yang dapat dari kursus kahwin, insyaAllah akan banyak membantu nanti. :)

4) MENCONTOHI WANITA-WANITA SOLEHAH
dalam hidup ni, Allah dah sediakan banyak contoh wanita solehah untuk kita teladani. Siti Khadijah, Siti Aisyah, Fatimah, Sumayyah, Maryam dan ramai lagi.. semua kisah, akhlak dan amalan mereka dapat jadi pengajaran buat kita.

thank you dila for the book.. really useful for me. :)

untuk jadi ibu yang baik pula, seha jadikan mama dan bakal mak mertua sebagai contoh.. sebab mereka contoh terdekat dan terbaik bagi seha. mau belajar urus rumah, boleh perhati cara dorang uruskan rumah. mau belajar resepi baru, boleh ikut masak sekali.. kan senang, boleh praktikkan terus. :)

5) BANYAKKAN BERDOA
Allah suka umatnya yang selalu berdoa, mengadu dan meminta padaNya. berdoa ni macam satu penghubung antara kita dengan Allah. so, create the link please.. :)

"berdoalah kepadaKu nescaya Aku (Allah) akan perkenankan"
[surah Ghafir 40:60]

'Kenalilah Allah di waktu lapang, nescaya Dia mengenalimu di saat sulit.'
[Riwayat selain Imam at-Tirmidzi]
 
doa tiap kali lepas solat, doa di setiap sujud terakhir solat kita, walau bila-bila masa pun boleh berdoa.. minta dengan Dia, untuk jadikan kita umatNya yang baik dan solehah. minta dengan Dia, hadirkan someone yang dapat bimbing kita ke jalanNya dan dapat sama-sama mencari cintaNya. insyaAllah.. :')

takdir kita semua dalam tanganNya. kita adalah hak mutlak Dia. setiap skrip kehidupan kita, Dialah penulisnya. kita yang merancang, tapi Dialah penentunya. lepas berdoa, yakin dengan apa yang Dia berikan.. sesungguhnya setiap apa yang Dia beri adalah yang terbaik untuk kita. teruskan berdoa.. dan jangan terpedaya dengan mainan dunia, memang yang haram itu semuanya nampak indah. tapi pengakhirannya derita dan seksa. kenapa seha cakap semua ni? entahlah, untuk peringatan buat diri sendiri yang sering terlupa. sering perlu diingatkan. betapa jauhnya kita dengan Allah, sedangkan Allah sentiasa melihat kita. sentiasa..

p/s; semoga dengan entry ni seha dapat kongsi serba sedikit usaha untuk membaiki diri.. jom sama-sama berubah. :') semoga Allah mendengar rintihan hati kita yang ingin berubah dan lebih dekat denganNya. walaupun setitis embun hidayah yang mengalir, ianya cukup indah kerana fitrah untuk kembali kepada Allah itu tetap ada. dan semoga Allah menerimanya, insyaAllah.. 'mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis'. may Allah bless! :)   

Jangan kerana SATU KEKURANGAN, kita MELABEL mereka BURUK..selamilah mereka, ketahuilah CARA KEHIDUPAN mereka dan masuklah ke dalam hidup mereka kerana Allah dan pasti Allah akan BERLEMBUT denganmu sebagaimana kau berlembut dengan hamba-hambaNya yang masih dalam LANGKAH untuk mengenaliNya.. jangan menghukum sesuka hati, nanti Allah benci.

Tuesday, October 4, 2011