Sunday, November 20, 2011

read this, and be neutral..

assalamualaikum wbt..

dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, Yang Maha Pengasihani.
salam serta selawat ke atas Rasulullah s.a.w., ahli keluarga baginda, serta salam kepada para sahabat yang berjuang menegakkan Islam di muka bumi ini.

erm.. read this and be neutral. kenapa? sebab seha nda mau ada sesiapa yang terasa. ini hanya untuk diri sendiri dan sesiapa yang mau mengambil pengajaran.

kita kena buat apa yang kita suruh orang lain buat. sebab orang lain akan melihat perbuatan yang kita suruh orang buat.

kalau tiada rasa risau, tiada rasa cemburu, maka tiada lagi cinta di hati.

kadang-kadang kita cuma mau orang sedar, betapa kita sayangkan orang tu, tanpa kita sedar, orang lain pun harapkan kita sedar mereka menyayangi kita.

kita takkan mahu orang lain mengadili kita, seperti mana orang lain tidak mahu kita mengadili mereka.

bersama tak bererti untuk selamanya. tiada yang kekal selain Dia.

mencari yang cantik itu, umpama mencari kaca  yang bersinar, tetapi tidak sedar ketajamannya.
mencari yang solehah itu umpama mencari permata yang berkilau, di antara kaca yang tajam.

penantian itu suatu ujian, disertai pena kesabaran, di atas kertas doa, diserah dengan tawakal, diperiksa oleh-Nya, dan di akhir nanti, kemanisan hasil.

kalau ada cara yang dilarang, pasti ada cara alternatif.

jangan mengata orang lain, selagi diri tak sempurna.

jangan memandang rendah orang lain, walau hebat mana pun kita.

belajar berkata sesuatu dengan lembut, agar tidak menghiris hati sesiapa dan mudah diterima.

belajar untuk memberi, dan juga menerima.

belajar menunaikan harapan, bukan setakat memberi harapan.

belajar menggembirakan hati, bukan menyakitkan hati.

kadang-kadang kita sendiri lemas dalam atmosfera yang kita sendiri bina. mungkin terkadang kita perlu sedar, atmosfera yang di sekeliling kita ini, lebih berguna dari atmosfera yang kita bina itu.


salam sayang. may Allah bless! :)