Sunday, November 20, 2011

ujian tanda Allah masih sayang

alhamdulillah.. seha bersyukur kerana Allah pilih seha untuk menjadi salah seorang hambaNya yang menerima ujian. ujian yang bagi seha berat tapi dalam kesedihan hati, seha mengingatkan kembali diri sendiri bahawa Allah telah menetapkan tiada ujian yang Allah beri itu melebihi kemampuan hambaNya. semua yang Allah beri, akan mampu ditanggung terutamanya mereka yang sabar dan redha dengan ketetapanNya.. insyaAllah :')

sebelum ni rasa hidup tiada ujian, rasa cemburu dengan kawan-kawan yang ada masalah dan ujian. seha rasa sedih, rasa Allah tak ingat dan sayang kat seha. tapi bila seha dapat ujian, seha terkejut. ini yang seha mau sangat sebelum ni. seha cuba kuatkan hati. bersangka baik pada Allah, semua ini mesti ada hikmahnya. tapi tipulah kalau seha kata seha tidak menangis bila terima ujian ni.. namun dalam kesedihan, seha tetap bersyukur sebab seha tau Allah masih sayangkan seha. seha akan lagi sedih bila tiada ujian sebab rasa Allah tu jauh dari seha. dugaan ni betul-betul menguji seha.. :')

selesai jemaah Maghrib dengan housemate, seha mengadu dengan Allah. seha tau Allah akan dengar luahan hati seha. seha minta sungguh-sungguh, minta Allah tabahkan hati seha. minta Allah kuatkan seha. lepas berdoa, baca love letter sementara tunggu Isya' masuk. baca tafsir, hati sangat tersentuh saat membaca tafsir surah al-Baqarah, ayat 155-157.

"Dan kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata inna lillahi wa inna ilaihi raji'un (sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNyalah kami kembali). Mereka itulah yang memperoleh rahmat dari Tuhannya, dan mereka itulah orang yang mendapat petunjuk."

air mata mengalir pantas di pipi.. ya Allah, kalau ujian ini Kau turunkan untuk mendapat rahmat dan ampunanMu, sebagai khafarah untuk dosa-dosaku yang lalu, aku sanggup menanggungnya berapa lama pun yang Kau mahu. ya Allah, andai ujian ini Kau tetapkan untuk aku lebih dekat denganMu, aku terima jika Kau beratkan lagi dugaan ini. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. berulang-ulang kalimah itu di sebut dalam hati. mulut sudah tidak mampu berkata-kata, sesungguhnya aturan Allah itu tetap indah, tiada khilafnya. semoga seha lebih tabah.. insyaAllah. :')
p/s; seha kena usaha lebih lagi lepas ni insyaAllah.. LA TAHZAN, INNALLAHA MA'ANA. doakan seha. moga Allah terus mentarbiah seha dengan ujian-ujian yang lebih kuat di hari mendatang. aminn.. may Allah bless! :')