Showing posts with label Medic. Show all posts
Showing posts with label Medic. Show all posts

Friday, June 15, 2012

burning the midnight oil!

this is my current desktop background

this is my last pre-clinical exam.. it is almost at the end now. and as you all can see, the picture above is my exam's date which will start next week on monday. it means; i have to marry my module books..
this one..

 and not forget this module too..
i have to say that this year is a very hard year for me.. but at the end of my struggle, i can still feel the sweetness. alhamdulillah.. :) there is always a blessing in every test He gave.

malaysia; 1 month to go..
ramadhan; 1 month ++ to go.. am i already prepared myself for it?
married; 3 months ++ to go.. will be update here after my exam, okay? :)

do pray for my success.. and for my friends too. we all really want to graduate together on the next three years, insyaAllah. i hope everything will go all fine and dandy. till next update then! may Allah bless.. :)

Thursday, May 31, 2012

usaha yang kurang

seha rasa result mcq hari tu tak okay..
dan memang betul tak okay..
seha memang tak buat yang terbaik..
banyak distraction juga masa tu..
takpala, redha ja.. 
itu usaha seha..
tak kisahla orang lain nak cakap apa sebab sememangnya manusia cuma lihat pada result.
Allah saja yang lihat pada usaha..
buat sehabis baik pula untuk final nanti, insyaAllah..
pathobiology kena fokus dari sekarang..
may Allah bless! :')

Tuesday, May 8, 2012

blood types

Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah.. exam end of module untuk GIT dah lepas. next module pathobiology. komen pasal exam.. bagi seha, exam hari tu sangat susah. ini baru exam dunia, tak tahu macam mana exam akhirat pula kan. tapi apa pun seha dapat nanti, seha redha dan akan usaha sebaik mungkin untuk final paper nanti. insyaAllah.. balik balik rumah masa tu, ramai kawan-kawan sebatch update status akhirnya menjadi penembak terhandal. seha ingatkan seha sorang jadi penembak walaupun tak pernah berlatih sebelum ni. :P erm.. apa pun, seha harap seha dan kawan-kawan sebatch dapat result yang terbaik untuk last sem tahun 3 ni.. aminn :)

back to main topic.. darah seha jenis AB. abah seha darah A, mama seha pula darah B. so seha ni dapat half dari abah seha dan half dari mama seha la kan. kawan-kawan selalu cakap darah jenis AB ni kedekut sebab darah AB hanya boleh bagi kat darah AB je. darah O, A dan B tak dapat terima darah jenis AB. darah AB juga paling sikit kalau nak dibandingkan dengan darah jenis lain. erm.. yang uniknya, jenis darah ni ada kaitan dengan personaliti diri kita. ini adalah kajian daripada salah sebuah institut di Jepun. okay, jom layan komik pasal blood types dari facebook ni.. it's cute and so true! how bout your blood type? :)

*klik gambar untuk tumbesaran 

ANGER MANAGEMENT
THE EFFICIENT WAY TO STUDY

DRIVING
SMART PHONE 
INNER WORLD
 OVERVIEW
TYPE B
 TYPE A
 TYPE O
TYPE AB
  
Bagaimana Allah mampu menciptakan manusia itu berbeza personaliti, rupa dan bangsa, begitu juga Allah mampu beri kebahagiaan yang berbeza pada setiap manusia..

p/s: setiap yang Allah jadikan ada hikmahnya.. kita tak tahu dan tak nampak, tapi bila diteliti dengan naluri, pasti akan bertemu jawapan yang dicari. insyaAllah.. may Allah bless us all! :)

Saturday, March 10, 2012

our digestive system

one of my friend, Bell had shared this video in our batch group, i-Mumtaz..
it is really interesting.. :)
and i really enjoyed watching this video, with all of the cute cartoons walking around the intestine make me smile alone here. hehe.. :)
i guess, it's a nice way of learning GIT..
this video shows some functions of our digestive system, from digestion till protection from any foreign bodies like Salmonella.. :D
just watch it! you'll gain something insyaAllah..
and it will make you praise Allah more for giving us this perfect body..
Alhamdulillah.. may Allah bless! :)

Tuesday, March 6, 2012

realiti result exam

Assalamualaikum..
macam biasa, bila dah habis exam, result pula yang ditunggu.. dan seha ada satu sindrom yang tak best, selalu mimpi pasal result dah keluar. lagi-lagi kalau rasa tak buat yang terbaik masa exam hari tu. cuak yang seha rasa lebih cuak dari cuak masa nak masuk dewan exam.

fikir-fikir balik, kadang diri ni cepat lupa. bukan dah puas dengan apa yang dah dapat tapi fikiran positif tu harus jadi majoriti dalam diri. supaya sentiasa bersyukur, bersyukur dan sentiasa azam untuk melakukan yang lebih baik.

mungkin seha tak dapat yang terbaik, seperti orang lain. sahabat lain. tapi apa yang seha dapat selalunya memang yang terbaik untuk seha. mungkin benda yang baik untuk orang lain itu tak baik untuk seha kan.. seha berlawan dengan diri sendiri dan seha cukup bersyukur kalau seha dapat lebih dari apa yang seha sangkakan. walau minimum sangat seha letak goal tu.


bila kegembiraan tu seha dapat, seha terus dapat ucap kalimah Allah dan terus melulu ke kaum keluarga dan sahabat, dan saat itu adalah sangat indah. tak tahu, tapi Allah tu cukup penyayang.. :') Dia juga berikan seha insan-insan yang sangat baik, selalu mengingatkan seha untuk berusaha dan ingat tujuan datang ke sini. Allah.. sangat banyak nikmatMu yang aku terlepas pandang.
:(

pasal result.
. tak, seha tak dapat mumtaz mahupun semua A. tapi seha tetap rasa gembira, walaupun result seha tak sehebat dan sebaik orang lain, tapi itu adalah usaha seha. itu yang seha usaha dan mampu buat. seha letak keputusan di tangan Allah, biar Allah yang decide nak beri apa untuk seha.

terima kasih mereka yang usaha buat program AID (Academy of Intelligent Doctors), sangat bermanfaat untuk kami yang akan masuk clinical year tahun depan, insyaAllah. batch kami sangat rajin, banyak buat program yang best dan berguna macam ni. seha akan datang jika tiada hal lain. :)

seha bersyukur Allah tak jadikan seha ni cepat putus asa. seha takut seha akan down sangat bila dapat result yang kurang baik. tapi Alhamdulillah, Allah itu Maha Adil. result seha sekarang selalu melebihi apa yang seha harapkan. mungkin bukan saja usaha seha yang jadi penyebab, doa ibu bapa dan berkat datang kuliah dan praktikal juga faktor yang kita tak pernah sangka.



teringat waktu dapat result time summer, waktu tu tengah cuti dan di rumah dekat sabah. tau tau je result, terus peluk mama. sujud syukur. pass tu cukup anugerah yang besar bagi seha. mama dan abah hanya senyum, mereka sendiri faham seha dah berikan yang terbaik, mungkin buat silap awal-awal dulu tak nak struggle tapi seha sempat sedar dan berusaha. ambil iktibar, setiap kesilapan mengajar kita untuk berubah ke arah yang baik. hidup harus sentiasa bersyukur dan menjadikan segalanya pengajaran. sama-sama doakan yang terbaik untuk result sem 5 kita nanti ya kawan-kawan.. may Allah bless! :)

sincerely,
 

Saturday, February 25, 2012

penghujung semakin hampir

semester 6.. ini semester akhir untuk tahun 3.. semoga dapat buat yang terbaik kali ni.
-tempoh module GIT ni adalah 8 minggu
-EXAM: pada minggu ke-9
-LAST CLASS: 26 april 2012 (revision class)
-PRACTICAL EXAM: 28-29 april 2012 (gap 2 hari dengan last class)
-STUDY LEAVE: 30-2 may 2012 (3 hari je..O.o)
-END MODULE EXAM: 3 may 2012
SR dah pesan jangan ponteng kuliah atau tak pergi practical.. agak speechless juga bila tengok jadual kuliah. erm, semoga Allah permudahkan kami semua dalam menyerap ilmu GIT system ni. kita tak perlu takut.. Allah tidak pernah berjanji bahawa hidup ini mudah kerana asas kehidupan adalah dugaan dan cabaran TAPI Allah berjanji bahawa Dia akan bersama-sama kita menempuhi kehidupan ini.. selagi kita yakin padaNya, insyaAllah semua baik-baik saja. :')
usaha semampu yang boleh.. biar Allah nilai dan bagi apa yang sepatutnya kita dapat. after all, He always knows what best for us. :') may Allah bless..

Friday, December 2, 2011

belajar lillahitaala

assalamualaikum wbt..
alhamdulillah.. dah masuk bulan disember. terasa cepatnya masa berlalu. rasa macam baru ja semalam datang mesir. rasa macam baru semalam seha jadi first year. rasa macam baru semalam ja seha homesick nangis-nangis rindu rumah.. :')
erm, bagi seha belajar GU system sangat best sebenarnya.. walaupun terasa sedikit berat. tapi bila fikir-fikir balik, sedangkan kita yang belajar pasal manusia, pasal diri sendiri ni pun sudah rasa susah, betapa hebat dan kuasanya Allah yang ciptakan kita ni. Allah tidak rasa susah pun malah lagi hebat sebab Allah dapat atur semua benda dalam tubuh setiap manusia tanpa rasa beban langsung. Subhanallah.. :') 

seha rasa sangat bersyukur dan bertuah dapat jadi pelajar perubatan. dapat belajar ciptaan Allah yang paling hebat. Allah sendiri mention dalam Quran bahawa kita ni, yakni manusia adalah His best creation. Allah juga ada berfirman bahawa kita telah diciptakan olehNya dalam bentuk yang terbaik. dalam surah at-Tin, ayat 4;
لَقَدْ خَلَقْنَا الإنْسَانَ فِي أَحْسَنِ تَقْوِيمٍ
Maksud: "Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya."

seha ada terbaca post sorang budak medic tahun 2, dia kata ada orang cakap kebanyakan yang kami belajar masa 3 tahun pertama ni tidak banyak apply pun dalam practical year nanti. itu seha tidak pasti sebab seha sendiri dalam tahun akhir pre-clinical year, belum masuk clinical year lagi. tapi kalau kita sudah set macam tu dalam kepala, macam mana mau niat study sebab Allah? study ini pun boleh jadi ibadah kalau kita niatkan sebab Allah. dan semestinya kita study ni for the sake of our future patients. doctors deal dengan nyawa manusia, so kena study betul-betul. seha mengingatkan diri sendiri juga.. insyaAllah. :)

sebenarnya kalau kita mau rasa betapa hebatnya Allah dan betapa kerdil dan hinanya diri kita, kita lihat saja pada diri kita sendiri. tak perlu pergi jauh mau tengok laut, tengok gunung, tengok diri sendiri sudah lebih dari cukup. Allah cipta macam-macam benda dalam tubuh kita, hormon-hormon dan organ-organ yang kita sendiri tak dapat kawal kerjanya, hanya Allah yang mampu. hebat sungguh kuasa Allah, sesungguhnya tiada Tuhan lain melainkan Dia.. :)

alhamdulillah.. Allah permudahkan seha dan kawan-kawan untuk belajar module GU system ni. ICDL dan elective courses kena tangguh. sungguh aturan Allah itu sangat indah dan teratur.. dan kita tak pernah sedar hikmahnya. :')

jadi bila Allah dah atur secantik ini, seha tidak mau sia-siakan peluang yang Allah bagi. seha mau kuat dan lebihkan usaha, belajar kerana mau dapat ilmuNya dan bukan semata-mata sebab exam. kalau belajar sebab exam, lepas keluar exam mesti lupa. nanti bila sudah jadi doktor, mana boleh macam tu. pesakit percaya dengan kita, kita pula tak study betul-betul. mana boleh kan kawan-kawan? :) jadi, doakan seha dan kawan-kawan seha semuanya jadi doktor mukmin dan mukminah yang berguna nanti, insyaAllah.. :)
 
so lepas ni, selalu tajdid niat.. study sebab mau dapat ilmu Allah dan bukan semata-mata kerana exam. may Allah bless! :D

Sunday, November 27, 2011

welcome new module!

our new module 16..
another new system, genitourinary system..
have 2 parts, and this is part 1. 
both books cost LE140.
part 1 = 243 pages
part 2 = 255 pages
total = 498 pages! :O

this new module really frighten me..
hope me and my friends will pass this module, aminn..
pray for us, okay? :) 

like i said before, my new 'azam' is to appreciate my time, handle the schedule wisely and always know my priority. :)
sooo... there will be less update here.
maybe once a week, i guess.
i hope everything will go all fine and dandy.. :)
till next update then!
may Allah bless.. :)

Tuesday, November 8, 2011

3rd fiqh medical seminar day is the best!

assalamualaikum wbt..
alhamdulillah.. 5-6 nov yang lepas seha pergi seminar dengan housemates. sangat bermanfaat dan banyak ilmu yang kami dapat dalam seminar tu. dan itu juga pertama kali seha masuk opera house alexandria, sangat besar dan cantik. :)

semoga cuti raya haji ni terisi dengan benda-benda bermanfaat lagi lepas ni, insyaAllah.. :)

jom tengok gambar!
opera house yang sangat awesome!
red carpet :D
pembentang kertas kerja 1; Ustaz Akli Ahmad
pembentang kertas kerja 2; Ustaz Muhammad Noorazam
pembentang kertas kerja 3; Ustaz Mohd Ariffuddin
during the seminar..
pika notty girl aa.. :D
 dali enjoy her time here.. :D
 i know we are cute.. :P
lastly, this is me and my lovely housemates! :)

sumber foto: facebook PCI n pika

i hope to go to another one next time, insyaAllah.. :)
may Allah bless!

Wednesday, October 12, 2011

fiqh medical seminar

rasa macam mau join..
jom join ramai-ramai! :)

Friday, October 7, 2011

ahlan wa sahlan adik-adik baru alex!

enjoy the show..
may Allah bless! :)

Wednesday, September 7, 2011

result

syukur alhamdulillah..
like always, aturanNya sangat indah n tak terduga.

ayat dari mumtazbazz;
"manusia merancang dengan cita-cita, sedang Allah merancang dengan cinta. bertenanglah, redhalah dan bersyukurlah walau secara kasarnya akal kau tak mampu meneka apa hikmahnya. kerja Allah banyak rahsianya."

Tuesday, September 6, 2011

for those yang tengah cari semangat mau jadi doktor

terutamanya untuk adik-adik yang bakal ke Mesir bulan ni n bulan depan..
semoga Allah kuatkan semangat kamu semua.
aminn.. may Allah bless! :)

Friday, August 19, 2011

beza perasaan di Mesir dan Malaysia..

Assalamualaikum wbt.. :)
Alhamdulillah.. kita semua dah sampai 19 Ramadhan. nda lama lagi akan tiba fasa ketiga, iaitu fasa pelepasan dari azab api neraka dan fasa yang di dalamnya terdapat malam yang lebih baik dari seribu bulan, iaitu malam Lailatul Qadr. kita akan bertemu dengannya jika kita menghidupkan 10 malam terakhir ini, insyaAllah.. :)

balik kepada tajuk.. apa beza perasaan bila berada di Mesir dan Malaysia?
kawan-kawan yang belajar di Mesir mesti tahu apa bezanya.. tapi mungkin nda sama dengan apa yang saya rasa. :)

di Malaysia, banyak budaya lepak.. kebanyakan remaja suka buang masa, pusing-pusing bandar. nda tau apa yang dorang dapat jalan-jalan tiada hala tuju. beza dengan di Mesir, kebanyakan remajanya rajin menghafal Quran, belajar pun kebanyakannya dapat mumtaz. 

pernah satu petang, saya berjalan sekitar area Ibrahimiah (area kebanyakan budak Malaysia tinggal sebab dekat dengan fakulti kami). time tu mau beli ayam untuk masak makan malam. rasa malas pula mau pergi pasar dekat Mandarah..
ana: assalamualaikum ya ammu. 

ammu: waalaikumussalam warahmatullah..  

ana: ya ammu, kilo firagh bikem? (pak cik, berapa harga 1 kilo ayam?)

ammu: erm, kilo taman tasyar genih. (erm, sekilo ayam 18 genih)

ana: aiza kilo ya ammu.. mumkin? (saya mau sekilo ayam pak cik.. boleh?)

ammu: mumkin mumkin.. gild barrah?  (boleh boleh.. mau buang kulit?)

ana: aiwah, gild barrah.. wa aiza tamaniah qita'ah. (ya, buang kulit.. dan saya mau potong lapan.)

ammu: meshi, istanna. tafadhol.. (baik, sekejap ya. silakan.. pak cik tu bagi saya duduk di kerusi untuk tunggu. terbaik!)

saya pun duduk menunggu pak cik tu pilih pilih ayam pastu sembelih ayam tu.. fresh kan. :) masa pak cik tu buat kerja tu semua, bibirnya basah dengan ayat-ayat surah al-Kahfi.. sedap bacaannya.. terdiam, dalam hati rasa cemburu tengok pak cik tu hafal ayat-ayat Quran dengan lancar. terbit juga rasa menyesal sebab nda manfaatkan masa kecil dulu menghafaz surah-surah dalam Quran..

ammu: khallas.. Alhamdulillah. ( siap.. syukur kepada Allah.)

ammu tu bagi plastik berisi ayam tu dengan saya.. pastu ammu tu cakap..

ammu: terima kasih.. sama-sama.. (ntah budak Malaysia mana ajar dia cakap melayu.. :D )

ana: sengih ja sebab dia sendiri sudah jawab 'sama-sama' tadi.. :D

erm.. sebenarnya bukan mau cerita pasal beli ayam di Mesir, bukan mau cerita pasal pak cik jual ayam yang pandai cakap bahasa melayu. tapi mau cerita budaya menghafaz Quran yang dorang ada sampai time kerja pun dorang nda lupa sama Yang Maha Memberi Rezeki. kan bagus kalau kita pun sama macam tu.. :')

dan saya mau kalau boleh before masuk tahun 4 dapat cakap bahasa arab ammiyah sikit.. sebab tahun 4 nanti dah masuk hospital, kena cakap dengan patient arab yang kebanyakannya nda pandai cakap english. :O jadi, saya la yang kena belajar bahasa dorang. tapi nda apa.. sebab 'lughatul arabiah lughatul jannah' (bahasa arab itu bahasa syurga).. :) okay.. itu ja bezanya yang saya mau cerita. :) may Allah bless!

Tuesday, August 16, 2011

did you know? #6

human lungs are about
100 times easier to inflate than balloons.

Tuesday, August 9, 2011

did you know? #5

holding your breath to stop hiccups works because
the build-up of carbon dioxide in your lungs can stop your diaphragm from contracting, the cause of your discomfort.

Saturday, August 6, 2011

did you know? #4

a woman's sense of smell is most accurate 
during ovulation. 

Tuesday, August 2, 2011

did you know? #3

once a human reaches the age of 35,
he or she will start losing approximately 7000 brain cells
a day which will never be replaced.

did you know? #2

smokers are likely to die on average six and a half years earlier than non-smokers.

Saturday, July 30, 2011

before we die..

This is someone dying while having an MRI scan. Before you die, your brain releases tons and tons of endorphins that make you feel a range of emotions. This is why when people die, they see things like “a light” and they feel so euphoric.