assalamualaikum wbt..
alhamdulillah.. dah masuk bulan disember. terasa cepatnya masa berlalu. rasa macam baru ja semalam datang mesir. rasa macam baru semalam seha jadi first year. rasa macam baru semalam ja seha homesick nangis-nangis rindu rumah.. :')
erm, bagi seha belajar GU system sangat best sebenarnya.. walaupun terasa sedikit berat. tapi bila fikir-fikir balik, sedangkan kita yang belajar pasal manusia, pasal diri sendiri ni pun sudah rasa susah, betapa hebat dan kuasanya Allah yang ciptakan kita ni. Allah tidak rasa susah pun malah lagi hebat sebab Allah dapat atur semua benda dalam tubuh setiap manusia tanpa rasa beban langsung. Subhanallah.. :')
seha rasa sangat bersyukur dan bertuah dapat jadi pelajar perubatan. dapat belajar ciptaan Allah yang paling hebat. Allah sendiri mention dalam Quran bahawa kita ni, yakni manusia adalah His best creation. Allah juga ada berfirman bahawa kita telah diciptakan olehNya dalam bentuk yang terbaik. dalam surah at-Tin, ayat 4;
لَقَدْ خَلَقْنَا الإنْسَانَ فِي أَحْسَنِ تَقْوِيمٍ
Maksud: "Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya."
seha ada terbaca post sorang budak medic tahun 2, dia kata ada orang cakap kebanyakan yang kami belajar masa 3 tahun pertama ni tidak banyak apply pun dalam practical year nanti. itu seha tidak pasti sebab seha sendiri dalam tahun akhir pre-clinical year, belum masuk clinical year lagi. tapi kalau kita sudah set macam tu dalam kepala, macam mana mau niat study sebab Allah? study ini pun boleh jadi ibadah kalau kita niatkan sebab Allah. dan semestinya kita study ni for the sake of our future patients. doctors deal dengan nyawa manusia, so kena study betul-betul. seha mengingatkan diri sendiri juga.. insyaAllah. :)
sebenarnya kalau kita mau rasa betapa hebatnya Allah dan betapa kerdil dan hinanya diri kita, kita lihat saja pada diri kita sendiri. tak perlu pergi jauh mau tengok laut, tengok gunung, tengok diri sendiri sudah lebih dari cukup. Allah cipta macam-macam benda dalam tubuh kita, hormon-hormon dan organ-organ yang kita sendiri tak dapat kawal kerjanya, hanya Allah yang mampu. hebat sungguh kuasa Allah, sesungguhnya tiada Tuhan lain melainkan Dia.. :)
alhamdulillah.. Allah permudahkan seha dan kawan-kawan untuk belajar module GU system ni. ICDL dan elective courses kena tangguh. sungguh aturan Allah itu sangat indah dan teratur.. dan kita tak pernah sedar hikmahnya. :')
jadi bila Allah dah atur secantik ini, seha tidak mau sia-siakan peluang yang Allah bagi. seha mau kuat dan lebihkan usaha, belajar kerana mau dapat ilmuNya dan bukan semata-mata sebab exam. kalau belajar sebab exam, lepas keluar exam mesti lupa. nanti bila sudah jadi doktor, mana boleh macam tu. pesakit percaya dengan kita, kita pula tak study betul-betul. mana boleh kan kawan-kawan? :) jadi, doakan seha dan kawan-kawan seha semuanya jadi doktor mukmin dan mukminah yang berguna nanti, insyaAllah.. :)
so lepas ni, selalu tajdid niat.. study sebab mau dapat ilmu Allah dan bukan semata-mata kerana exam. may Allah bless! :D

