assalamualaikum wbt..
tajuk post buat suspen ja kan.. hee. :) seha saja tulis post ni sekadar perkongsian dengan sahabat semua. seha tau ramai yang berhasrat untuk kahwin. alhamdulillah, niat yang baik. cuma bila waktunya dan dengan siapa, itu semua rahsia Allah. hak kita hanyalah untuk berusaha cari yang terbaik. insyaAllah..
berbalik pada tittle post ni, seha tengok ramai sahabat seha terutamanya pelajar di mesir ni yang cerita soal ni. tak kisahlah di facebook ataupun blog, topik ni memang hangat. lebih-lebih lagi time cuti summer.. ye tak? :D ramai juga sahabat yang bertanya.. contoh soalan yang paling kerap ialah, 'dulu seha ada buat istikharah tak?' dan 'macam mana kamu kenal? bila kenal?' dan 'bestkah ada orang ajak kahwin?'.. soalan bertubi-tubi seha terima. hehe.. semangat kawan-kawan bila bicara soal ini. :)
tapi ada juga yang cakap, 'takyahlah kahwin dulu. enjoy the freedom..!'. dalam hati seha, eh kalau dah kahwin, tak boleh enjoy dah ke? sebenarnya, itu semua depends dengan kita punya definisi 'enjoy'. mungkin ada orang rasa enjoy itu bila dapat lepak dengan kawan-kawan. mungkin juga ada orang rasa enjoy itu bila dapat jalan dengan family. lain orang, lain definisinya.
tapi sebenarnya, benda ni bukan main-main bukan hanya untuk enjoy. dan ini adalah pilihan seumur hidup kita, maksud seha kita akan hidup dengan dia kalau boleh sampai Allah tarik nyawa salah seorang dari kita atau pasangan kita. banyak nasihat yang seha dapat dari orang-orang yang dulu makan garam dari seha, dan nasihat itu semua seha simpan kemas-kemas dalam hati. sangat berguna. contohnya, abah seha pernah pesan macam ni..
"seha, abah minta maaf sebab ndak buat besar-besar sangat majlis seha nanti. bukan abah ndak mau raikan anak pertama abah kahwin. abah gembira. tapi abah ndak mau buat besar-besar sampai membazir. sederhana saja sudah cukup. majlis kahwin ni orang selalu buat besar-besar. tapi tak bertahan. nauzubillah. ada yang sebulan dua karam tengah jalan. kenapa jadi begitu? sebab kita ni, manusia ni, hanya merancang untuk majlis kahwin tu saja. tapi lupa merancang perjalanan hidup sepanjang berumahtangga. kalau mau bahagia sehari, rancang untuk sehari. tapi kalau mau bahagia untuk selamanya, kena timba ilmu agama sebanyak mungkin. dekatkan diri pada Allah. banyakkan berdoa. sebab hanya Allah yang kekal, dan jika kita bersandar hanya pada Dia, Allah akan jaga keharmonian rumahtangga kita. abah harap anak abah ni faham dan bahagia nanti.."
sedih.. :'( rindu abah.. ermm, perkahwinan memang bukanlah semudah yang disangka. bukan sekadar meneruskan cinta yang ada, tapi juga menunaikan tanggungjawab dan komitmen yang siap sedia untuk dipikul. sekarang ramai yang bercinta, tapi tiada matlamat untuk bernikah. akhirnya, putus tengah jalan, rugi masa dan tenaga, hanya mengumpul dosa. ada pula yang bercita-cita untuk bersama dan bernikah, tapi tidak pernah berusaha menjadi yang lebih baik. dan ada juga yang tidak pernah peduli dengan pasangan yang masih jahil tentang agama.
kadang-kadang seha terlupa, perkahwinan juga adalah salah satu medan dakwah. seha tidak warak. seha juga tidaklah alim yakni berilmu tinggi. seha cuma mau menyampaikan ilmu yang seha tau, yang seha pernah pelajari. bertudung labuh tidak semestinya kuat agama, tapi itulah hakikatnya pandangan di mata masyarakat sekarang. dan seha mesti menjaga agama yang seha tunjukkan dengan tudung dan baju labuh seha ini. seha tau kadang-kadang seha lalai. semoga Allah tidak biarkan seha terus leka.. aminn.. :')
seha galakkan sahabat-sahabat yang lain untuk percepatkan nikah. tapi sekiranya masih belum mampu, fokuslah pada yang ada dulu. kahwin tu memang best. lagi-lagi bila kahwin dengan orang yang kita sayang. tapi biarlah diiringi dengan berkat dan redha Ilahi. tanpa redhaNya, cinta yang disemai adalah sia-sia. semua orang sudah ditentukan jodohnya di Luh Mahfuz. hanya tunggu masa yang sesuai untuk bertemu, dan kita jangan putus asa mencari dengan cara yang betul dan diredhai. kalau sudah jumpa, salurkan pada jalan yang betul. jangan berhenti untuk jadi yang lebih baik. untuk pasangan, untuk masa depan, untuk diri sendiri dan yang paling penting, untuk pandangan Allah.
dan sekarang, seha tengah berusaha untuk menjadi lebih baik. dan seha tau dia pun berusaha juga.. doakan kami ya. :')
Alhamdulillah for every single person that ever came in my life.
Alhamdulillah.. for Allah had given me a chance to meet you.
Alhamdulillah.. for Allah had given me a chance to meet you.
oh ya, jangan lupa jemput seha ke walimah kamu nanti. seha? seha sudah kata, tunggu saja pengumumannya nanti. insyaAllah.. sama-sama doakan yang terbaik. may Allah bless! :)


