Saturday, December 3, 2011

kenali nabi kita

Nabi yang dikenali sebagai Khalil Allah : Nabi Ibrahim.
Nabi yang diberikan kitab Zabur : Nabi Daud.
Nabi yang mempunyai anak bernama Yaakub : Nabi Isyak.
Nabi yang ditelan ikan : Nabi Yunus.
Nabi yang berdakwah kepada kaumnya selama 950 tahun : Nabi Nuh.
Nabi yang mempunyai suara yang indah : Nabi Daud.
Nabi yang bermimpi melihat 11 planet, matahari dan bulan tunduk sujud
kepadanya : Nabi Yusoff.
Nabi yang boleh melembutkan besi : Nabi Daud.
Nabi yang menguasai jin : Nabi Sulaiman.
Nabi yang memahami bahasa binatang : Nabi Sulaiman. ( rujuk 27:18)
Nabi yang mempunyai wajah yang kacak : Nabi Yusoff.
Nabi yang boleh menghidupkan orang mati : Nabi Isa.
Nabi yang diuji dengan penyakit yang dasyat dalam masa yang lama : Nabi Ayub.
Nabi yang cuba disalib oleh kaumnya : Nabi Isa.
Nabi yang menjaga Maryam : Nabi Zakaria.
Nabi yang membunuh seorang kaum Qibti( Coptic) : Nabi Musa.
Nabi yang diutuskan kepada kaum Sodom : Nabi Luth.
Nabi yang diutuskan kepada kaum Ad : Nabi Hud.
Nabi yang diutuskan kepada kaum Thamud : Nabi Salleh.
Nabi yang diutuskan kepada kaum yang suka menipu dalam timbangan
barangan : Nabi Syuaib.
Nabi yang berdakwah kepada kaum Saba’ : Nabi Sulaiman.
Nabi yang berkahwin dengan anak Nabi Syuaib : Nabi Musa.
Nabi yang membunut Jalut : Nabi Daud.
Nabi yang kecewa dengan kaumnya lalu meninggalkan kaumnya tetapi dimarahi oleh Allah : Nabi Yunus.
Nabi yang tinggalkan orang buta kerana mahu melayan orang kaya dan pembesar semasa berdakwah lalu dimarahi oleh Allah : Nabi Muhammad s.a.w
Nabi yang dimarahi oleh Allah kerana mengaku bahawa dia paling pandai diatas dunia ini : Nabi Musa.
Nabi yang sentiasa berpuasa selang sehari : Nabi Daud.
Nabi yang menjadi raja dan memerintah negara Palestine : Nabi Daud dan Nabi Sulaiman