Showing posts with label Friends. Show all posts
Showing posts with label Friends. Show all posts

Friday, June 22, 2012

our motiqes

assalamualaikum wbt..
semalam batch seha ada buat berbuka puasa ramai-ramai dan solat hajat untuk imtihan. alhamdulillah, walaupun penat, terasa manisnya bila dapat kumpul ramai-ramai, berbuka puasa bersama. cuma part makanan seha tak dapat habiskan sebab agak pedas sedikit, seha jenis yang tak dapat makan pedas sangat sebab ada gastrik yang agak terukla juga sebenarnya. dan seha kalau tak tahan pedas, seha akan balik balik sebut makanan tu pedas sampai habis makan. hehe.. housemates pun dah tau perangai seha. minta maaf kalau tukang masak terdengar dan terasa.. tak berniat nak menyinggung perasaan kalian yang sudah bersusah-payah masak untuk kami semua. terima kasih.. :)

 ayam sambal hasil usaha satu batch.. :)
dari awal potong memotong sampaila buat sambal semua bersama..

p/s; hari ini hari jumaat.. tinggal 3 jumaat lagi di mesir. dan alhamdulillah, dapat pindahkan sedikit barang ke rumah baru. tinggal sikit lagi nak habis. terima kasih HO.. maaf tak dapat tolong lagi. semoga semua yang kita rancang bersama berjalan lancar atas izinNya.. aminn. may Allah bless! :)

Wednesday, June 20, 2012

sahabat sebenar

assalamualaikum wbt..
alhamdulillah.. syukur sangat sebab hal rumah baru dah hampir selesai. tapi ada sedikit masalah juga. seha cari kawan-kawan untuk minta tolong. masa ni, baru nampak siapa sebenarnya sahabat seha. tak tahula mungkin dorang masih judge seha dengan masa lalu. dan seha tau seha pun bukan kawan yang baik, tapi kalau seha boleh tolong, seha akan usaha kurangkan sedikit beban mereka. seha hanya minta tolong sikit sahaja.. tapi mungkin payah bagi mereka. maaf menyusahkan semua.. :(

seha akan usaha cari alternatif lain pula. sekarang seha dah tau siapa sahabat seha, walaupun baru kenal dorang, tak sampai setahun pun tinggal sama, tapi seha rasa macam dah satu family dengan dorang. sedih nak pisah dah dengan dorang. terima kasih jadi sahabat seha.. :)


p/s; sabar... bila kita redha pada sesuatu yang mengecewakan hati kita, maka percayalah Allah akan menggantikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tak dijangka. semoga semua ini akan memberi seha kekuatan di masa depan. aminn.. may Allah bless! :)

Friday, June 8, 2012

happy moment with girls section 2

assalamualaikum wbt..
jumaat lepas, section seha ada buat makan makan dan tukar tukar hadiah untuk rapatkan lagi ukhuwah kami. kami buat dekat pantai syukban muslimin. hee.. dan tema baju pink :)

 SubhanAllah :)
 pink :)
 baru start..
 pengisian yang best!
 game running woman :P
 my group mates :)
 dah main kat laut dah.. hehe..
 part ni paling best.. :D
 semua makanan sedap sedap..
 dapat hadiah dari iejah.. thank you iejah! :)
colour changing mug..
love bonding between us lasts forever insyaAllah!

seha happy sangat hari tu.. seha rasa semua pun happy. pengisian best, game pun best. tukar tukar hadiah tu pun best, tambah kenal dengan semua. terima kasih semua.. semoga ukhuwah yang terbina ini kekal hingga ke syurgaNya. sayang semua lillahi taala.. :) seha nak minta maaf kalau masa main game ada terkasar atau terkecilkan hati sesiapa. jangan simpan dalam hati k.. erm, dan doakan kami semoga semua dapat jadi doktor muslimah yang berguna untuk agama nanti, insyaAllah. aminn.. may Allah bless!

Sunday, April 15, 2012

sahabat dan cinta


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Demi Tuhanku yang diriku di bawah penguasaan-Nya dan sentiasa dalam pengawasan-Nya, aku tidak menulis melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Nya dan dengan izin-Nya. Sesungguhnya aku menulis dengan penuh kasih sayangku kepadamu sebagai seorang sahabat, sebagai seorang saudara seagamaku. Aku tidak inginkan melainkan kebaikan bagi dirimu dan bagi diriku agar kita sama-sama beroleh syurga yang sangat kita impikan di pengakhiran sebuah perhitungan.

Wahai sahabatku,
Cinta itu letaknya di hati dan hati itu milik Allah. Tidak mungkin kita dapat menyentuh hati seseorang tanpa izin Allah dan jika Allah tidak mengkehendaki. Tidak patut kita serahkan hati kita yang dimiliki Allah itu kepada orang lain untuk dikuasai atau diperintah. Bahkan memang sepatutnya kita serahkan jiwa dan raga kita seluruhnya kepada Allah, yakni pencipta hati kita. Adapun rasa cinta yang lahir sesama manusia itu hanya jalan menuju cinta Allah. Janganlah sekali-kali kita menukarkan tujuan cinta di hati yang sepatutnya untuk Allah kepada manusia hanya kerana kita dapat melihat kecantikan manusia dan kita tidak dapat melihat Allah, kita cuma merasa dan melihat kecantikan segala ciptaan-Nya. Kita lupa dan selalu tidak sedar hakikat segala kecantikan itu adalah milik Allah. Jadikanlah cinta kepada manusia itu sebagai jalan menuju Tuhan, bukan matlamat dan pengakhiran destinasi cinta. Maka engkau akan lebih tenang menerima segala penolakan.

Wahai sahabatku, 
Hati kita meronta untuk mencintai dan dicintai. Alangkah remuk redamnya hati tatkala apa yang kita cintai tidak kita miliki. Alangkah kecewanya jiwa tatkala cinta kita tidak dibalas oleh orang yang kita cintai. Ternyata hati itu bukan milik kita, ia milik Allah. Kita tidak bersalah tatkala cinta itu lahir terhadap seseorang, tetapi kita keterlaluan tatkala kita memaksa ia kepada seseorang. Bukankah sepatutnya kita redha dengan ketentuan Allah yang tidak menumbuhkan cinta terhadap kita di hati orang yang kita cintai? Alangkah zalimnya kita tatkala kita tidak dapat menerima apa yang telah ditetapkan oleh Allah. Sedangkan saban hari kita sering tidak menghargai cinta Allah, kita tidak pula membalas segala anugerah cinta yang Allah berikan kepada kita pada setiap hembusan nafas, pada setiap detik kehidupan yang kita lalui. Bukankah Allah lebih layak untuk murka kepada kita kerana kita tidak membalas-Nya dengan ketaatan yang sepatutnya?
 
Wahai sahabatku,
Allah menjanjikan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Yakinlah akan janji Allah, sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji. Perbaikilah setiap inci kehidupanmu agar engkau termasuk di kalangan orang yang beroleh pasangan yang baik. Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki. Boleh jadi engkau cintakan sesuatu tetapi ia buruk bagimu dan begitu juga sebaliknya. Pada setiap persimpangan kehidupanmu, apakah engkau merasakan bahawa Allah tiada bersamamu? Bahkan Dia sentiasa mendengar dan melihatmu. Persoalannya, apakah engkau sudah merintih pada-Nya, meminta pada-Nya dan memperlihatkan apa yang sepatutnya kepada–Nya? Aku berlindung dengan Allah daripada menjadi hamba yang kufur dan lupa diri.

Wahai sahabatku,
Sungguh cinta itu telah menjadi faktor yang dapat mengubah sesuatu kepada lebih baik atau sebaliknya. Ada manusia biasa yang berubah menjadi wali kerana kuasa cinta, dan ada pula yang bisa menjadi hina kerana dikuasai cinta. Ya, tamadun itu berkembang dan boleh jadi hancur kerana cinta. Tidakkah engkau melihat Taj Mahal yang terbina kerana cinta? Sebaliknya, ada pula yang membunuh kerana cinta. Persoalanku kepadamu, apakah engkau ingin berubah kerana cinta ke arah redha Allah atau mungkin lebih jauh daripada Allah?

Wahai sahabatku,
Aku tidak mengatakan bahawa aku mengetahui segala isi hatimu atau segala kekacauan yang mengisi jiwamu. Aku cuma ingin berpesan agar engkau tidak meletakkan keinginanmu lebih tinggi daripada ketentuan Allah. Aku ingin engkau mengerti bahawa milik Allahlah segala kejadian. Kemudiannya, aku ingin engkau membawa kefahaman tersebut kepada pengamalan dalam kehidupan yang kau lalui agar ia hidup bersamamu di dalam setiap inci kehidupanmu. Janganlah engkau mengatakan bahawa engkau mentaati Allah di saat hidupmu bergelumang dengan jahiliah. Aku juga sepertimu, anak muda yang bergelora jiwanya. Maka aku berpesan kepadamu agar aku juga dipelihara Allah daripada segala penyelewengan dalam memahami hakikat cinta. Aku memohon keampunan kepada Allah atas segala kesalahan yang kuungkapkan dan kumohon kau doakanlah kebahagiaanku di dunia dan di akhirat. Moga kita dipertemukan Allah untuk hidup di syurga yang kekal selama-lamanya.

Wahai sahabatku yang kecewa,
Bersabarlah… Allah tahu yang terbaik untukmu.

p/s; semoga sahabat yang seha sayangi baca post ini.. sungguh diri ini jauh, hanya mampu memujuknya dengan kata-kata dari hati seorang sahabat. yakinlah denganNya, insyaAllah semua baik-baik saja. may Allah bless us all! :) 

Thursday, March 29, 2012

melayari kehidupan sebagai muslimah

Assalamualaikum wbt.. :)
Alhamdulillah.. result dah keluar dan macam biasa, Allah bagi seha apa yang sepatutnya seha dapat. Allah nampak usaha seha dan Dialah yang selayaknya menilainya, bukan manusia lain. seha sangat bersyukur, result biasa-biasa tidak menjadikan seha lemah tapi tambah semangat nak habiskan module GIT ni. hee.. insyaAllah. :)


sekarang seha sedang belajar mengubah diri ke arah yang lebih baik. menutup segala kisah pahit dalam kehidupan remaja seha yang lalu. dalam usaha seha ingin berubah, pelbagai dugaan datang menyapa. hingga terkadang merasa lemah, hingga terkadang membuat khilaf. seha lagha dengan kehidupan seharian. namun, sungguh kasih Allah itu tidak bertepi. tiba saat keinsafan datang, satu rasa menerjah ke dalam hati ini. benarkah seha mahu berubah kerana Allah? benarkah seha ikhlas dalam segenap hal yang seha lakukan?

saat itu hati ini begitu terkesan.. menitis air mata. ya Allah, sungguh aku telah jauh dariMu. ampunkan aku ya Allah.. kasihMu padaku tak pernah padam, tapi kasihku padaMu? aku sedang dan akan mengajar diri ini untuk mencintaiMu dengan segenap ruang di hatiku. aku serik ya Allah.. jika aku mencintai manusia, aku akan merasa sakit apabila tidak dihargai. namun jika aku mencintaiMu, Kau hargai aku. buktinya sangat jelas.. kerana apabila Kau bawa aku padaMu, hatiku tenang bersamaMu..

saat hati sedang bergolak dengan perasaan sedih dan hiba, Allah hantarkan mereka yang tak pernah jemu mengingatkan diri ini.. yang sentiasa memaafkan diri ini walaupun banyak kali menyakiti mereka. maafkan diri ini wahai sahabat.. :(

Wahai pemudi Islam! Fahamilah dakwah dengan betul! Berjalanlah atas manhaj yang benar! Sistem yang berterusan bertunjangkan fikrah Islam yang tulen! Kerana sesungguhnya, Nabi berpesan, selagi tiada Khalifah di atas muka bumi, maka seluruh umat Islam menanggung azab dosa yang berterusan. Siapa yang masih teragak-agak dan berdolak-dalih, tentera Islam akan terus berjalan meninggalkannya tanpa mengira sedikit atau ramai (3 : 126)- ini jalan kamu wahai pemuda: As- Syahid Hassan Al- Banna.. Renungkanlah.. 
Received: 08:33:43 pm, 15/3/12.

HIKMAH: Bagi seorang manusia harta yang paling indah ialah sabar, teman yang paling akrab adalah amal dan pengawal yang paling waspada adalah diam.  
Received: 11:16:39 am, 16/3/12.

Kalau stress, banyak ingat mati.. bila ingat mati tiba-tiba, nak stress pun InsyaAllah jadi redha semuanya sebab ingat umur dah tak panjang.. solatlah, jumpa Allah, mintak penawar pada yang Pemberi stress.. mengadulah semuanya.. Allah bagi masalah supaya kita banyak ingat Dia.. bila senang, manusia mudah lupa Pencipta. Fitrah manusia. So kena berbaik sangka pada Allah, okay dear? ;> 
Received: 9:01:38 pm, 20/3/12.

InsyaAllah jodoh ni boleh datang bila-bila dan memang tepat pada masanya.. InsyaAllah Allah bagi kita yang memang sekufu dengan kita.. banyak lelaki soleh tetapi kita tak berada dalam kalangan mereka.. doa jangan putus asa dipertemukan dengan lelaki yang lebih kuat iman dari kita, lebih segalanya kerana kecenderungan perempuan ikut lelaki sangat tinggi.. amalkan doa pengasih, supaya Allah temukan dengan lelaki yang mencintai Allah lebih dari segalanya.. tahukan doa tu? Soal jodoh jangan risau, berdoa je. Akak start doa sejak zaman sekolah.. ustazah pesan. Alhamdulillah suami akak seorang yang tak pernah couple dan sangat keras dengan perempuan.. mak mertua selalu cerita zaman muda suami akak macam mana... dia bukan hebat, tapi akak suka cara dia amal dengan ilmu yang dia ada walaupun sikit. So... kena doa dan terus berdoa. sayang seha lillahi ta'ala.. ;> 
Received: 3:59:32 pm, 23/4/11.
 
Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. :')

muslimah solehah itu sentiasa berusaha mendekatkan diri pada Ilahi, cintanya pada insani kerana Ilahi. segala yang dilakukan jua kerana Allah. melupuskan rasa benci, menyemai rasa cinta, buat insan-insan yang disayangi. berusaha memperbaiki diri, sentiasa merintih diampunkan dosa kerana sentiasa merasa diri khilaf dan berdosa. dan cintanya hanya untuk Adam yang ditakdirkan untuknya. dia akan berusaha menjaga hatinya walaupun payah. menepis segala rasa cinta sehingga tiba detik itu. sungguh diri ini merasakan payahnya menjaga hati saat ini..

doa sentiasa dipohon agar diri ini berjaya dalam pembentukkan diri sebagai seorang muslimah. ya, seha akan terus berdoa.. restu mama dan abah, mak dan ayah, sentiasa dipohon kerana redha Allah itu terletak pada redha mereka. buat sahabat seha pohon doanya, moga segala cabaran dan dugaan dapat ditempuh, dan sahabat semua sentiasa disisi.. kerana tak mungkin seha mampu sekuat ini tanpa kalian. Alhamdulillah.. semoga diri ini mampu tersenyum sebagai seorang muslimah.. may Allah bless! :)


Tuesday, March 6, 2012

realiti result exam

Assalamualaikum..
macam biasa, bila dah habis exam, result pula yang ditunggu.. dan seha ada satu sindrom yang tak best, selalu mimpi pasal result dah keluar. lagi-lagi kalau rasa tak buat yang terbaik masa exam hari tu. cuak yang seha rasa lebih cuak dari cuak masa nak masuk dewan exam.

fikir-fikir balik, kadang diri ni cepat lupa. bukan dah puas dengan apa yang dah dapat tapi fikiran positif tu harus jadi majoriti dalam diri. supaya sentiasa bersyukur, bersyukur dan sentiasa azam untuk melakukan yang lebih baik.

mungkin seha tak dapat yang terbaik, seperti orang lain. sahabat lain. tapi apa yang seha dapat selalunya memang yang terbaik untuk seha. mungkin benda yang baik untuk orang lain itu tak baik untuk seha kan.. seha berlawan dengan diri sendiri dan seha cukup bersyukur kalau seha dapat lebih dari apa yang seha sangkakan. walau minimum sangat seha letak goal tu.


bila kegembiraan tu seha dapat, seha terus dapat ucap kalimah Allah dan terus melulu ke kaum keluarga dan sahabat, dan saat itu adalah sangat indah. tak tahu, tapi Allah tu cukup penyayang.. :') Dia juga berikan seha insan-insan yang sangat baik, selalu mengingatkan seha untuk berusaha dan ingat tujuan datang ke sini. Allah.. sangat banyak nikmatMu yang aku terlepas pandang.
:(

pasal result.
. tak, seha tak dapat mumtaz mahupun semua A. tapi seha tetap rasa gembira, walaupun result seha tak sehebat dan sebaik orang lain, tapi itu adalah usaha seha. itu yang seha usaha dan mampu buat. seha letak keputusan di tangan Allah, biar Allah yang decide nak beri apa untuk seha.

terima kasih mereka yang usaha buat program AID (Academy of Intelligent Doctors), sangat bermanfaat untuk kami yang akan masuk clinical year tahun depan, insyaAllah. batch kami sangat rajin, banyak buat program yang best dan berguna macam ni. seha akan datang jika tiada hal lain. :)

seha bersyukur Allah tak jadikan seha ni cepat putus asa. seha takut seha akan down sangat bila dapat result yang kurang baik. tapi Alhamdulillah, Allah itu Maha Adil. result seha sekarang selalu melebihi apa yang seha harapkan. mungkin bukan saja usaha seha yang jadi penyebab, doa ibu bapa dan berkat datang kuliah dan praktikal juga faktor yang kita tak pernah sangka.



teringat waktu dapat result time summer, waktu tu tengah cuti dan di rumah dekat sabah. tau tau je result, terus peluk mama. sujud syukur. pass tu cukup anugerah yang besar bagi seha. mama dan abah hanya senyum, mereka sendiri faham seha dah berikan yang terbaik, mungkin buat silap awal-awal dulu tak nak struggle tapi seha sempat sedar dan berusaha. ambil iktibar, setiap kesilapan mengajar kita untuk berubah ke arah yang baik. hidup harus sentiasa bersyukur dan menjadikan segalanya pengajaran. sama-sama doakan yang terbaik untuk result sem 5 kita nanti ya kawan-kawan.. may Allah bless! :)

sincerely,
 

bahagia untuk mereka

Assalamualaikum..
6 Mac, date yang tercatat saat manis bagi seorang sahabat yang telah pun bergelar seorang isteri. dah setahun mereka bersama. semoga kekal hingga ke syurgaNya, aminn.. dan date ni juga hari lahir kepada adik seha, Shuhaila. sweet 20th. semoga menjadi muslimah solehah, jadi doktor yang berguna serta berjaya dunia dan akhirat. love you dek.. always :')

be a good girl okay? :)
 heart youuuu...
so sweet kann.. >,<
Alhamdulillah.. happy for them :)

mereka happy, seha happy juga. sebab mereka adalah antara insan yang seha sayang. Allah is the greatest . for loving me, for giving me people to love and for making me feel loved too.. :')  tiada lain yang indah di dunia selain cinta sejati yang dikurniakan Tuhan dalam setiap hati lembut manusia.

cerita pasal seha, sekarang seha rasa hidup seha sangat bahagia.. i just can't describe it. every bad times i had really, Allah datangkan seribu macam kebaikan lepas tu :) oh my, have no reason not to worship Allah.. :) even susah macam mana pun hidup ni, seha promise akan lalui dengan sungguh-sungguh. lagipun Allah dah janji kan, setiap kesusahan yang kita tempuhi itu takkan sia-sia, pasti ada ganjarannya. so everyday i say to myself , "for whatever I might be facing today,  I believe Allah is with me and insyaAllah everything is gonna be fine".  till next update, may Allah bless you all. :)

Friday, February 24, 2012

buat sahabat teristimewa..

Ya Allah...
Andai sahabatku resah, tenangkanlah hatinya dengan teduhan ma'firahMu,
Andai dirinya terancam, lindungilah jasadnya dengan kebesaranMu,
Andai tubuhnya kedinginan, selimutkanlah ia dengan kasih sayangMu,

Andai dirinya merindu, rindukanlah jiwanya dengan saat bertemu denganMu...


Ya Allah...

Jangan Kau biarkan hati, jiwa dan jasadnya terpesong dengan duniawi,

Khusyukkan jiwanya dalam rukuk dan sujud ketika menghadapMu,

Berikanlah kepadanya kejayaan di dunia dan akhirat, 

Semoga dirinya sahabatku selamanya...


Ku pohon ya Allah.. Semoga ukhwah kami teguh selamanya kerana dia sahabatku...

Kerana pada jalanMU kami bertemu.. Kerana hati kami bertaut ketika
memadu kasih dan sayangMu..
Ku pohon lindungilah dia dengan maghfirahMu..

Agar kekuatannya terletak pada taqwa dan iman bukan pada nafsu..

Agar jiwanya tidak mudah dimamah bisikan syaitan..Agar tidak dipahat jamuan hiasan duniawi yang pastinya palsu dan merugikan..

Ku pohon agar hatinya bersarang rindu untuk bertemu denganMu..

Sehingga kami dipertemukan disana nanti..

Amin Ya Rabbal Alamin..

Tuesday, January 3, 2012

bubye 2011.. hello 2012..

2012.. hope you will be nice to me.. as nice as 2011.. :)

2011.. i had a lot of sweet and bitter memories, that i can't forget throughout my life..
even there are also bad memories in you, but still you are one of a blissful year for me.

why i said so? hmm..

1) first of all, i got to know him.. actually at first, he is only one of my best friend, till one day.. tett.. can't continue the story.. hehe..
pipi tembam.. :P

2) experienced riot in egypt.. then we have to go back to malaysia a.s.a.p. unexpected right?
 
dapat masuk newspaper.. hehe :)

3) got a chance to meet my new family.. know them by heart. love them so much. :)
now i have two dads and two moms..
plus two sisters and one little brother..
and two big brothers too.. :D

4) family holiday! so sweet of abah, for planning this holiday for us.. even i know abah are always busy. thank you abah. ilyvm.. :')

5) got new section mates! they are so nice and clever.. and i love being in this group. :)
 my lovely section mates! hidup section 2! :D

6) i got new housemates too.. and i love to stay with them.

7) go to kursus kahwin.. during Ramadhan. another one step passed! alhamdulillah.. :)
my certificate.. :)

8) got to go to best seminar ever.. alhamdulillah :)
  khusyuk dengar seminar.. :P

9) splendiferous night and 'hatiku milik siapa?'.. events organized by my batch. abang kudin said, my batch is really hardworking. first time in perubatan's history there are three partners in one smart circle. hehe.. proud to be in this batch. :)
 thanks to all ajk.. only Allah can pay your hard works for us :)

10) become kakak SC.. they are cool and sporting. i love them! partner with Farah Adiba and kak Amalina. :)

11) lastly, my best memory ever is.. i'm engaged to him. alhamdulillah.. :) may Allah bless this relationship. aminn..
i love this ring so much.. :')

how beautiful my life is.. because He planned it very well. even some of my plans are not done, but still i feel grateful to have this beautiful life planned by Him. He is always the Best Planner of all. :')

dear myself, do remember this: whatever that you do, what ever that you got, it is Him who decides. To Him we beg for mercy, to Him we rekindle our sincere thanks and to Him we surrender our life and soul. May Allah bless us all, guide us all and protect us all. Aminn.. :')

the bless is beyond words. Alhamdulillah ya Allah.. You give me more than what i deserved, may i become a better muslimah come 2012.

happy 2012 everyone! may Allah bless.. assalamualaikum :)

Tuesday, December 20, 2011

kisah dua orang sahabat dan pohon kurma

"A good Muslim is one who doesn't let his errors DEFINE who he is, but use them to REDEFINE who he is" 

Pernah suatu hari, telah dikhabarkan kisah dua orang sahabat yang sangat indah.
Semenjak keduanya bersahabat, mereka tidak pernah bergaduh, masing-masing amat menjaga hati masing-masing. Indahnya lukisan kehidupan mereka, jika hendak dikhabarkan 1001 kisah cinta, langsung tak tertanding dengan kisah persahabatan mereka.

Allah menaungi ukhwah kedua-dua sahabat ini, langsung tak terusik oleh syaitan & iblis. Mereka berkongsi kisah suka & duka, tawa & tangis bersama, susah & senang, sakit & sihat bersama & segala sesuatu mereka sandarkan kepada Allah SWT. Hinggalah pada suatu hari, di tepian pantai, sedang keduanya asyik bercerita kisah hidup masing-masing, maka sahabat pertama bertanya kepada sahabat kedua;
“Semoga Allah memberkatimu wahai sahabatku sehati sejiwa. Persaudaraan kita bukan suatu kebanggaan, bukanlah suatu keseronokan. Orang ramai mendoakan kita. Tumbuh-tumbuhan & segala jenis makhluk tunduk sujud kepada kita. Sehingga ke hari ini, apakah kamu masih mengaku aku sebagai sahabat seperjuanganmu?”

Sahabat kedua menjawab, “Semoga Allah memberkati mu jua. Tanpa Allah siapalah aku, aku bersyukur dengan nikmat pemberian Allah yang tak ternilai di hadapan mataku ini. Dia utuskan kamu untuk menyinari hidupku, memadam kesan-kesan hitam dalam hidupku, menyiram aku dengan curahan air cinta kepada Yang Satu. Masakan tidak aku mengaku kau sebagai sahabat seperjuanganku. Inilah tekadku, aku amat bersyukur ke hadrat Allah kerana dikurniakan sahabat sepertimu..”

“Sesungguhnya iblis & syaitan amat benci pada kita. Mereka benci kerana kita berkasih sayang kerana Allah. Sampai sekarang, mereka masih gagal. Namun mereka tak pernah berputus asa. Jarum kedengkian, hasad, fitnah, tuduh-menuduh, riya’ & takbur serta ‘ujub akan mereka cucuk supaya dapat memisahkan persaudaraan kita. Apakah kau tidak takut wahai sahabatku?” Tanya sahabat pertama.

Dengan tenang, sahabat kedua menjawab, “InsyaAllah, aku yakin dengan peliharaan Allah SWT kepada kita hingga ke hari akhirat nanti. Semoga ditetapkan hati kita tidak lain hanya kerana Allah SWT, serta dijauhi dari sifat-sifat tersebut. Na’uzubillah…”
Maka kedua-dua sahabat itu pun berdoa bersama-sama. Memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT. Segala penduduk langit & bumi mendoakan kebahagiaan mereka berdua.

Ditakdirkan pada suatu hari, sedang kedua-dua sahabat itu bersiar-siar di sebuah taman, sambil bertasbih memuji Allah SWT, mengagungkan kebesaran Allah SWT, tiba-tiba mereka terlihat sebuah pohon kurma yang lebat buahnya. Telah diketahui bahawa taman itu adalah taman yang tidak bertuan milik & pengunjung bebas memetik buah-buahan di situ.
Maka sahabat kedua memohon izin kepada sahabat pertama untuk pergi memetik buah kurma tersebut. Maka dipetiknya beberapa biji sahaja, sekadar mengisi perut yang lapar.

Maka keduanya menikmati buah kurma tersebut dengan penuh kesyukuran. Tiba-tiba sahabat pertama bersuara, “Maafkan aku sahabatku. Baru sahaja aku teringat bahawasanya pohon ini bertuan milik. Kita telah makan buah kurma milik orang lain. Adalah suatu dosa bagi kita memakan sesuatu yang bukan halal bagi kita tanpa kita meminta izin terlebih dahulu. Salah aku kerana terlambat memberitahumu.”
 
“Benarkah? Jikalau begitu, kita telah dikira mencuri. Astaghfirullahal'azim, aku merasa bersalah kerana memetik buah itu. Apa harus kita buat? Patutkah kita memberitahu tuan punya milik pohon tersebut akan kesalahan kita?” Sahabat kedua bertanya.“Tidak, aku tak mampu memikirkan jalan penyelesaian buat masa sekarang. Hakikatnya memang salah aku. Aku merasa berdosa yang teramat sangat.” Keluh sahabat pertama.

“Jangan risau sahabatku fillah. Allah bersama orang-orang yang benar. Kita harus berlaku jujur. Mari kita berjumpa dengan tuan pemilik pohon ini. Mudah-mudahan Allah mengampuni dosa kita. Moga tuan milik pohon ini menghalalkan kita kerana memakan buahnya. Aku rela bekerja seumur hidup jika disuruhnya begitu, demi menghalalkan apa yang telahku makan ini. Aku lebih takutkan seksaan Allah SWT.” Sahabat kedua memujuk sahabat pertama.

Namun, sahabat pertama enggan menurut sahabat kedua.
Dia berasa amat bersalah kerana gagal memberitahu perkara sebenar tentang pohon tersebut.

“Bagaimana jika tuan pemilik pohon ini enggan menghalalkan buah yang telah kita makan ini?”, tanya sahabat pertama.

Sahabat kedua termenung seketika. Dia mulai ragu-ragu.

“Aku mencadangkan kita tak perlu berjumpa dengan tuan pemilik pohon ini. Aku khuatir dia enggan memaafkan kita. Maka seluruh darah & daging kita tidak halal di sisi Allah.” Sahabat pertama memberi cadangan.

“Kalau begitu, sama sahajalah pengakhirannya. Lebih dahsyat lagi Allah murka atas perbuatan kita. Dia melihat perbuatan kita, Dia tahu yang kita telah melakukan maksiat dan cuba menyembunyikannya. Aku amat takut. Seeloknya aku mencadangkan kita berjumpa tuan pemilik pohon ini. InsyaAllah dengan rahmat Allah, tuan pemilik pohon ini memaafkan & menghalalkan apa yang telah kita makan. Aku tak mahu tergolong dalam kalangan orang yang dilaknat oleh Allah SWT di akhirat kelak nanti.” Sahabat kedua meyakinkan sahabat pertama.

“Kalau begitu, engkau pergi seoranglah. Aku tidak mahu. Sebagai sahabatku, harap kau jangan laporkan kepadanya yang aku turut sama makan buah kurma itu ya.
InsyaAllah suatu hari nanti aku akan cuba bertaubat kepada Allah SWT atas kesalahanku ini. Mudah-mudahan Dia mengampuni aku. Aku belum cukup kuat berjumpa dengannya,”
kata sahabat pertama.

Sahabat kedua amat terkejut dengan pendirian sahabat pertama. Lalu dia berkata,
“Astaghfirullah, bukan dengan cara begini, Allah akan ampunkan dosa kita wahai sahabatku. Kelak akan dipersaksikan di akhirat kelak akan perbuatan terkutuk kita!”

“Ya aku faham. Tapi aku merasakan inilah jalan penyelesaian terbaik. Kita bertaubat sahaja. Allah akan mengampuni dosa kita. Pintu taubatnya sentiasa terbuka bagi hambaNya yang bertaubat kepadaNya.” Sahabat pertama masih enggan.

“Wahai sahabatku, janganlah kita dihina di hadapan Allah kelak atas perbuatan kita ini. Aku sebagai sahabatmu tidak sanggup melihat sahabatku ini menjadi penghuni neraka hanya kerana hal yang kecil sebegini. Islam mengajar kita supaya berlaku jujur!” tegas sahabat kedua.

“Ah, pedulikan! Aku tidak mahu berjumpa dengan tuan pemilik pohon ini. Lagipun sama sahaja kalau dia enggan menghalalkan apa yang telah kita lakukan ini.
Kau mahu pergi, kau pergilah, aku tetap dengan pendirianku! Biarkan aku! Kalau kau rasakan aku tidak layak menjadi sahabatmu kerana ‘dosa’ku pada pandanganmu, maka biarkan aku!”
Pengakuan sahabat pertama ini membuatkan sahabat kedua terkejut.
Dia tidak menyangka bahawa kata-kata tersebut akan keluar dari mulut sahabatnya itu.


Tiba-tiba sahabat kedua menangis. Maka dengan perlahan dia berkata kepada sahabat pertama, “Sungguh aku tak sangka dengan pendirianmu ini. Kau telah berubah, astaghfirullah, syaitan benar-benar telah mempengaruhimu. Aku masih ingat kau pernah bertanya kepadaku suatu ketika dahulu, apakah aku tidak takut akan jarum-jarum syaitan yang akan memisahkan persaudaraan kita? Aku meyakinkanmu dengan jawapanku. Aku yakin dengan peliharaan Allah. Tapi, memang benar apa yang dikatakanmu. Kau telah berubah. Jarum syaitan telah menusuki tubuhmu. Aku sangat kecewa dengan perubahan dalam dirimu.”

“Kau sudah tidak memahamiku lagi. Kau benar-benar bukan sahabatku. Maka terpulanglah, pergilah kau kepada tuan si pemilik pohon. Aku dengan pendirianku ini. Mulai hari ini, kita bukanlah sahabat sejati,” kata sahabat pertama.

“Baiklah, pergilah engkau dengan sikap engkau itu. Aku benar-benar kecewa. Jika benar kau membenciku, maka tinggalkanlah aku di sini. Aku tak sanggup melihatmu dengan pendirianmu ini. Aku tak rela sahabatku berubah jadi begini. Kau telah mendustai kata-katamu suatu ketika dahulu. Mulai hari ini, aku terima permintaanmu, kita bukan lagi sahabat. Pergilah engkau bertaubat, semoga Allah mengampuni engkau,”
maka sahabat kedua menangis. Lalu sahabat pertama beredar dari situ. Kebencian merajai segenap hatinya….

Di dalam sebuah gua, terdengar tangisan teresak-esak seorang lelaki. Suara laksana orang sedang berdoa.
“Ya Allah, memang benar apa yang aku alami. Sahabatku benar-benar membenciku kerana kejahatanku. Dia benar-benar sudah tidak mengakuiku sebagai sahabatnya. Apabila aku berlagak seperti seorang pengkhianat dan aku berlakon seperti seolah-olah aku menafikannya sebagai sahabatku, maka memang benar dia menolakku. Sudah ku duga bahawa dia mengakui aku sebagai sahabatnya hanya kerana kebaikan yang ada padaku. Apabila aku jahat, maka aku bukan lagi sahabatnya. Dia tidak berusaha mendapatkanku. Ku harapkan dia mengejarku, namun dia menghukum aku sebagai pendusta pula. Ya Allah, namun begitu, aku menghalalkan apa yang telah dimakannya, akulah pemilik pohon kurma itu, ampunilah dosa sahabatku ini.”

Sahabat pertama tunduk sujud dan menangis dalam gua yang gelap gelita itu.

Jangan benci orangnya, tapi bencilah dosa yang dilakukannya. 
Kelak dia mungkin bertaubat dan jadi lebih baik dari kita :)

Monday, December 19, 2011

rindu dan bahagia

rasa rindu sangat dengan rumah..
tak tahu kenapa.. takkan nak balik pulak winter break ni, kata nak saving.
harap semua sihat di rumah.. :')
 mereka buah hati pengarang jantung saya..

rindu mama dengan abah..
rasa lama lagi nak tunggu summer break, nak balik rumah..
nak peluk mama dengan abah.. rindunyaaa... T.T
rindu nak berkebun dengan mama..

takpa, seha kena kuat.. kena tabah..
Allah tak biar seha sorang-sorang..
alhamdulillah, seha rasa sangat bahagia sekarang..
sebab Allah kurniakan insan-insan yang terbaik di sekeliling seha..
semua care dan support seha.. terharu.. :')
seha ada dia yang selalu support seha..
 thank you bagi lampu belajar ni..
dia teman seha study tiap malam..
 and thank you for the sweet notes.. :')

seha juga ada housemates yang selalu buat seha terhibur..
dengar seha membebel, walaupun kadang-kadang tiada kaitan dengan dorang, sorry ya..
dorang jugala yang bantu seha shopping sebab seha tak pandai shopping.. hee..
masyeh korang.. :')
they always cheer me up.. :D

dan bila seha rasa rindu dengan family sangat, seha call adik seha kat zaqaziq..
borak-borak dengan dia kadang-kadang sampai sejam tak cukup.. hehe..
dua-dua sibuk dengan study, bila dapat borak, lamala jadinya..
alhamdulillah.. kurang sikit rasa rindu dengan family.. :)
 
study baik-baik dekat sana..
kasi dapat mumtaz next time ok? :)

sekarang sangat sejuk.. selalu masuk lihaf balut satu badan..
erm, seha rindu summer bila tengok gambar ni..
yaa.. alex memang cantik! (tiba-tiba..) :)

rindu juga nak makan nasi hadramaut.. kat hadramaut sporting tak sedap, kat miami lagi sedap. tapi jauh pulak nak pegi sana.. plus, sangat busy sekarang. T.T

untuk anak buah tersayang di kampung.. semoga membesar dengan baik dan jadi anak-anak yang soleh dan pintar. lambat wish, sorry.. :)
adam, asyraf dan abqari..
mereka kembar 3!

yup.. family belah mama seha ada kembar-kembar ni.
harap-harap seha pun dapat anak kembar nanti.. aminn.. :)
lastly, untuk semua insan-insan terbaik disekeliling seha.. this is for you all!
thank you for everything.. sayang kamu semua sangat-sangat! :)
hee.. till next update then! may Allah bless.. :)

may this love will lead us to His jannah..
insyaAllah..