Showing posts with label Cats. Show all posts
Showing posts with label Cats. Show all posts

Sunday, July 3, 2011

tanda-tanda stress

Anda Menghadapi Masalah STRESS?
Apakah Tanda-Tandanya..?

Pertama: Anda sentiasa menghadapi masalah untuk bangun tidur.

Huuaaargh..! (Astaghfirullah..) Malehnyo nak poie kojo..!

Kedua: Tengkuk anda sentiasa merasa sakit dan susah untuk memusingkan kepala.

Akukah yang pening.. Atau kamu yang pening.. Atau peningkah kamu kerana kepeningan ku..?

Ketiga: Rambut anda sentiasa kusut masai setelah mandi dan menggunakan syampu terbaik.

Tak konang budi punya syampoo.. Den dah boli ekau, ekau conteng arang yo..!  

Keempat: Kepala anda sentiasa merasa pening dan seperti berada di awang-awangan.

Mak aaaiihh.. Power bangak ike pating masok gulai ase poyok.. Slurp..

Kelima: Berat badan anda terus meningkat dengan mendadak walau pun telah berusaha keras untuk mengurangkan berat. Senam robiklah.

Hadoi lah..!! Salesman tu kata.. makan ubat slim tu konfem bergetah..
Ni bukan bergetah..!
Ini 'bergedel' a.k.a 'bergedik' a.k.a 'bergedempol'..!!
Kalo salesman tu datang.. Aku terkam atas dia sampai pensan..!! Hish..!!
 


Keenam: Anda sentiasa merasa letih yang amat sangat dan sentiasa mengeliat.

Yaaarkh..! Bahawasanya..
Saya berjanji..

akan terus cemerlang..
gemilang..
dan ter.. ter.. ter..
ZzZzZz qroooh..!


Ketujuh: Anda sentiasa merasa fikiran anda terlalu sempit.

Gua akan telus bedili di sini..
Sehingge masyuk waktu bebuke buase bagi kawasan Antartika dan yang same waktu dengannya..!!
Gua akan telus besaba.. Saba .. Dan saba..
Gua pasti bejaya..!! Huh.!


Kelapan: Anda sentiasa merasa diri anda terlalu kecil dan selalu dipermainkan.

You be careful haa..
I know la who are you..! How dare you..!!
How dare you jump on my head.. I know who you are..!
You Smelly Siput!!


Kesembilan: Boss sentiasa marah dengan anda.

Cis..!!! Najis sungguh lah dia ni.. Mentang-mentang nama dia boh..

Kesepuluh: Anda sentiasa basah kuyup ketika keluar makan tengahari walaupun berpayung.

Hampeh punya payung.. Rege je RM25..
Tapi low class..!!


Kesebelas: Anda sentiasa dan selalu merasa penat yang amat sangat.

Tongkat Ali tak jalan..
Kacip Fatimah pun tak jalan... Apa nama daun herba satu lagi yea..
Mas.. Co. .
Mas.. Ca...
Mas.. Ci.. Apa la nama daun tu yerk..
Haa.. Mas Idayu...
 

Keduabelas: Anda sentiasa merasa kehadiran tetamu asing.

Saya sebenarnya adalah seekor ayam.. Tak percaya.. Tanya anak-anak ayam saya nih..!

Ketigabelas: Anda sentiasa merasa seperti hendak demam dan selsema serta kepala berasa panas.

Uwekk..!!
Hai.. Teruk betullah bini aku mengidam kali nih..

Aku pulak yang teruk muntah-muntah.. Huwek..!


Keempatbelas dan akhir:
ANDA SENTIASA BERASA...KESEORANGAN DAN MERASA AMAT TAKUT.
SEPERTI ADA SESEORANG BERADA DI DALAM RUMAH...

Kali ni.. Konfem takde orang boleh nampakk.. Diam-diam tau.. Syshh..!  

p/s; sangat comel, sangat suka kucing. cute kan.. hehe. :)

Tuesday, May 24, 2011

Rasulullah dan kucingnya

Diceritakan dalam suatu kisah, Nabi Muhammad SAW memiliki seekor kucing yang diberi nama Muezza.

Suatu ketika, dikala Nabi hendak mengambil jubahnya, di temuinya Muezza sedang terlelap tidur dengan santai diatas jubahnya. Kerana tidak mahu mengganggu haiwan kesayangannya itu, Nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza dari jubahnya.

Ketika Nabi kembali ke rumah, Muezza bangun dan tunduk sujud kepada tuannya.
 
Sebagai balasan, Nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengusap lembut ke badan kucing baginda itu sebanyak 3 kali.

Dalam peristiwa lain, setiap kali Nabi menerima tetamu di rumahnya, Nabi selalu menggendong Muezza dan diriba di atas pahanya.

Salah satu sifat Muezza yang Nabi sukai ialah dia selalu mengeow ketika mendengar azan, dan seolah-olah suaranya terdengar seperti mengikuti lantunan suara azan.

Kepada para sahabat, Nabi selalu berpesan untuk menyayangi kucing peliharaan, seperti menyayangi keluarga sendiri.

Hukuman bagi mereka yang menyakiti haiwan manja ini sangatlah berat, dalam sebuah hadis sahih Al Bukhari, dikisahkan tentang seorang wanita yang tidak pernah memberi makan kepada kucingnya dan tidak pula melepaskan kucingnya untuk mencari makanan sendiri.

Nabi SAW pun menjelaskan bahawa hukuman bagi wanita ini adalah seksaan neraka.

Tidak hanya Nabi, isteri Nabi sendiri, Aisyah binti Abu Bakar As-Siddiq pun amat menyukai kucing, dan merasa amat kehilangan apabila kucingnya mati.

Seorang sahabat yang juga ahli hadis, Abdurrahman bin Sakhr Al Azdi diberi jolokan nama Abu Hurairah (bapa kucing jantan), kerana kegemarannya dalam merawat dan memelihara banyak kucing jantan dirumahnya.

p/s; saya pun sukaaa sangat ngan kucing. kamu semua suka kucing juga? :) sunnah Nabi ni.. hee.. may Allah bless :')