Diceritakan dalam suatu kisah, Nabi Muhammad SAW memiliki seekor kucing yang diberi nama Muezza.
Suatu ketika, dikala Nabi hendak mengambil jubahnya, di temuinya Muezza sedang terlelap tidur dengan santai diatas jubahnya. Kerana tidak mahu mengganggu haiwan kesayangannya itu, Nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza dari jubahnya.
Ketika Nabi kembali ke rumah, Muezza bangun dan tunduk sujud kepada tuannya.
Sebagai balasan, Nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengusap lembut ke badan kucing baginda itu sebanyak 3 kali.
Dalam peristiwa lain, setiap kali Nabi menerima tetamu di rumahnya, Nabi selalu menggendong Muezza dan diriba di atas pahanya.
Salah satu sifat Muezza yang Nabi sukai ialah dia selalu mengeow ketika mendengar azan, dan seolah-olah suaranya terdengar seperti mengikuti lantunan suara azan.
Kepada para sahabat, Nabi selalu berpesan untuk menyayangi kucing peliharaan, seperti menyayangi keluarga sendiri.
Hukuman bagi mereka yang menyakiti haiwan manja ini sangatlah berat, dalam sebuah hadis sahih Al Bukhari, dikisahkan tentang seorang wanita yang tidak pernah memberi makan kepada kucingnya dan tidak pula melepaskan kucingnya untuk mencari makanan sendiri.
Nabi SAW pun menjelaskan bahawa hukuman bagi wanita ini adalah seksaan neraka.
Tidak hanya Nabi, isteri Nabi sendiri, Aisyah binti Abu Bakar As-Siddiq pun amat menyukai kucing, dan merasa amat kehilangan apabila kucingnya mati.
Seorang sahabat yang juga ahli hadis, Abdurrahman bin Sakhr Al Azdi diberi jolokan nama Abu Hurairah (bapa kucing jantan), kerana kegemarannya dalam merawat dan memelihara banyak kucing jantan dirumahnya.
p/s; saya pun sukaaa sangat ngan kucing. kamu semua suka kucing juga? :) sunnah Nabi ni.. hee.. may Allah bless :')

