Tuesday, May 24, 2011

wahai adam yang memimpin

Wahai adam,

Hawa itu tercipta indah dari rusukmu

Terlindung 1001 hikmah disebalik keindahan itu

Janganlah engkau sengaja mematahkan ia..

Sebaliknya luruskannya dengan penuh hikmah dan kasih sayang..
 

Wanita akalnya senipis rambutnya..

Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita..

Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah..

Masih mencari walau ada segalanya..

Apa yang tiada dalam syurga? 
Namun Adam tetap rindukan Hawa..



Dijadikan wanita daripada tulang rusuk lelaki yang bengkok..

Untuk diluruskan oleh lelaki..
Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus..

Mana mungkin kayu yang bengkok,

Menghasilkan bayang yang lurus ..



Kenalkan mereka kepada Allah, Zat yang kekal..

Di situlah punca kekuatan dunia..

Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu..

Hati serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman…

Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak mulia..

Ingatlah perananmu wahai lelaki bergelar pemimpin..
 

Suburkanlah dia kerana dari situlah nantinya..

Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rabbi..

Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan..

Ia bukan diskriminasi Allah… 
Sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah kepadanya..



Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjukNya..

Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa..
Penuh kelembutan dan kasih sayang..

Didiklah mereka dengan panduan dariNya..

Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta..

Kerana nantinya mereka semakin liar..

Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan..
Kerana nantinya mereka semakin lalai..


Bila wanita menjadi derhaka..

Pasti dunia lelaki akan menjadi huru hara…

Lelaki pula jangan mengharapkan ketaatan semata-mata..

Tapi binalah kepimpinan..

Pastikan sebelum wanita menuju Ilahi, pimpinlah diri sendiri dulu dekat kepadaNya..

Jinakkan diri sendiri dengan Allah..

Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu.. insyaAllah..
 

Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra..

Seandainya dirimu tidak sehebat Saidina Ali karamallahuwajhah…

Bukankah kamu lelaki punya peranan besar terhadap Hawa?

Lindungilah hawa itu..

Jadilah pemimpin imamnya yang terbaik..

Lindungilah hawa itu..

Lunakkan telinganya dan ajarinya nafas alunan suci Quran…



Wanita yang lupa hakikat kejadiannya..

Pasti tidak akan terhibur, dan tidak akan menghiburkan..

Tanpa iman, ilmu dan akhlak.. mereka tidak akan lurus..

Bahkan akan semakin membengkok..

Alangkah bertuahnya berada di bawah Nur Islam,

Di mana segala kesusahan, kesakitan, kesedihan, kerinduan, kegelisahan yang dihadapi
dapat diharungi bersama dengan sabar dan redha..

Kafarahkan dosa-dosa kecil..


Wahai lelaki… wahai Adam..

Lindungilah Hawa selagi kamu mampu, bukan menyakitinya..

Bimbingilah Hawa di jalanNya, bukan menyesatkannya..

Wangikanlah mulutmu dengan nasihat hikmah kepadanya, bukan meracuninya..

Jadilah pemimpin imam yang terbaik buatnya, bukan meninggalkannya..

Hilangkanlah egomu kerana itu api yang membenamkan nur kebahagiaan

Ingatlah wahai lelaki.. ♥
 

Wahai lelaki yang punya peranan besar..

Jika benar kau mencintainya, maka cintailah dia sepenuh hatimu.. jika benar kau kasih dan cintakan wanita itu, jagalah dia dengan sebaiknya, kasihanilah dia, lindungilah dia, berilah kasih sayang padanya, nasihatilah dia, bawa dia ke jalan Allah, perbetulkan kesilapannya, bersabar dengannya, terimalah kekurangannya, jadi imam kepadanya dan redhalah padanya..

Moga dia menunggumu di syurga sebagai bidadarimu... insyaAllah :')