Showing posts with label Books. Show all posts
Showing posts with label Books. Show all posts

Friday, August 3, 2012

another step towards marriage life

assalamualaikum wbt..
lama sangat rasanya tak menulis di sini.. sangat sibuk di malaysia. banyak benda nak buat dan uruskan dalam waktu yang singkat. ni pun mungkin hanya short update.. tapi seha still akan update sikit-sikit walaupun mungkin tiada orang baca, ini kenangan seha yang seha nak letak dalam blog. :)

ini wedding checklist seha..
ada yang dah siap dan ada yang belum. tapi seha tak nak rush, kalau ada yang tak lengkap lagi mungkin akan pergi KK lepas raya dengan mama seha untuk lengkapkan semua. insyaAllah..seha banyak dapat idea untuk hias bilik dan pelamin dari majalah Pengantin. :)

dan mama seha bagi hadiah buku masakan untuk seha belajar lagi banyak resepi baru. sangat suka buku ni.. terima kasih mama! :')
 
kursus kahwin dah setel dari tahun lepas lagi. so masa sampai malaysia hari tu, kami pergi buat HIV test. kena set appointment dulu baru boleh buat dan mesti buat kat klinik atau hospital kerajaan, swasta tak boleh. alhamdulillah resultnya negative. pegawai perubatan kat klinik tu ucap 'selamat pengantin baru' masa bagi kami result masing-masing. hehe.. :)

next step ialah pihak lelaki hantar semua dokumen dan borang nikah dekat negeri sendiri. disebabkan seha dan bakal suami tak sama negeri, mungkin agak makan masa sikit sebab kena dapatkan kelulusan dari negeri pihak lelaki dulu pastu baru boleh bawa semua dokumen pergi belah seha. tapi semuanya lancar saja dan alhamdulillah.. permohonan berkahwin pun dah diluluskan. :)

setakat ni semuanya going smoothly as we planned it.. kawan-kawan semua doakanlah semua urusan kami dipermudahkanNya dan berjalan lancar. terima kasih semua yang mendoakan.. dan semoga Ramadhan kita kali ni adalah yang lebih baik dari sebelumnya. sama-sama usaha khatamkan Quran okay? insyaAllah.. may Allah bless! :)

Friday, June 15, 2012

burning the midnight oil!

this is my current desktop background

this is my last pre-clinical exam.. it is almost at the end now. and as you all can see, the picture above is my exam's date which will start next week on monday. it means; i have to marry my module books..
this one..

 and not forget this module too..
i have to say that this year is a very hard year for me.. but at the end of my struggle, i can still feel the sweetness. alhamdulillah.. :) there is always a blessing in every test He gave.

malaysia; 1 month to go..
ramadhan; 1 month ++ to go.. am i already prepared myself for it?
married; 3 months ++ to go.. will be update here after my exam, okay? :)

do pray for my success.. and for my friends too. we all really want to graduate together on the next three years, insyaAllah. i hope everything will go all fine and dandy. till next update then! may Allah bless.. :)

Sunday, March 4, 2012

foods for brain and heart

Assalamualaikum..
Everyday in our class here, we used to have 'tazkirah' before we start our lecture or our practical class. One of my section-mate shared something which had made me realize that I don't read enough books.

Now I realized, it's not just how we feed our body. It's how we feed our brain and heart. I realized we have to take care of what we have. Allah s.w.t gave us this body to live in and it's our responsibility to care it as best as we can.

Apart from healthy food for the body, reading books and learning new knowledge everyday is the food for the brain and reading Quran everyday is the food for our heart. Our prophet (pbuh) said:
"Verily in the body there is such a piece that if it remains alright the whole body keep well but if this piece of flesh develops some defect the whole body becomes unhealthy. Behold, - this piece of flesh - it is heart." (Bukhari, Muslim)
I pray that all is well and in the pink of health. Love yourself. Love Allah. may Allah bless.. :)

Saturday, February 25, 2012

penghujung semakin hampir

semester 6.. ini semester akhir untuk tahun 3.. semoga dapat buat yang terbaik kali ni.
-tempoh module GIT ni adalah 8 minggu
-EXAM: pada minggu ke-9
-LAST CLASS: 26 april 2012 (revision class)
-PRACTICAL EXAM: 28-29 april 2012 (gap 2 hari dengan last class)
-STUDY LEAVE: 30-2 may 2012 (3 hari je..O.o)
-END MODULE EXAM: 3 may 2012
SR dah pesan jangan ponteng kuliah atau tak pergi practical.. agak speechless juga bila tengok jadual kuliah. erm, semoga Allah permudahkan kami semua dalam menyerap ilmu GIT system ni. kita tak perlu takut.. Allah tidak pernah berjanji bahawa hidup ini mudah kerana asas kehidupan adalah dugaan dan cabaran TAPI Allah berjanji bahawa Dia akan bersama-sama kita menempuhi kehidupan ini.. selagi kita yakin padaNya, insyaAllah semua baik-baik saja. :')
usaha semampu yang boleh.. biar Allah nilai dan bagi apa yang sepatutnya kita dapat. after all, He always knows what best for us. :') may Allah bless..

Sunday, November 27, 2011

welcome new module!

our new module 16..
another new system, genitourinary system..
have 2 parts, and this is part 1. 
both books cost LE140.
part 1 = 243 pages
part 2 = 255 pages
total = 498 pages! :O

this new module really frighten me..
hope me and my friends will pass this module, aminn..
pray for us, okay? :) 

like i said before, my new 'azam' is to appreciate my time, handle the schedule wisely and always know my priority. :)
sooo... there will be less update here.
maybe once a week, i guess.
i hope everything will go all fine and dandy.. :)
till next update then!
may Allah bless.. :)

Saturday, November 5, 2011

men vs women

assalamualaikum wbt..
alhamdulillah, kita masih diberi kesempatan untuk hidup pada hari ini. mungkin Allah mahu memberi kita peluang untuk menambahkan amalan, mungkin juga Allah memberi kita peluang untuk bertaubat dan berubah. everyday is a gift from Him.. alhamdulillah. :)

ermm.. untuk entry kali ni, seha mau berkongsi ilmu yang seha dapat dari Lady's Garden atau taffaquh akhawat pagi tadi. kak Nor Syafiqah bentang buku 'Men from Venus, Women from Mars'. dari taffaquh ni, seha dapat faham belajar banyak benda pasal diri sendiri dan lelaki. why women act like this and why men act like that, why women feel that way and why men do that thing when he is stressed on something. secara jujurnya, seha dengar kak Nor explain baru seha faham maksud yang buku tu mau sampaikan. alhamdulillah.. :)

tapi jangan salah faham pula okay.. kita belajar memahami lelaki bukan hanya untuk persediaan berumah tangga nanti. dengan buku ni juga, kita dapat faham abah kita, abang kita, adik lelaki kita, orang yang kita perlu jumpa di tempat kerja contohnya pesakit seha nanti pun bukan perempuan saja mesti ada lelaki juga kan. so, buku ni sebenarnya sangat membantu kita memperbaiki communication skill dan cara kita berinteraksi dengan lelaki.
dalam buku ni ada 10 chapters dan insyaAllah seha akan cerita sedikit sebanyak apa yang seha dapat dari majlis ilmu tu lepas kak Nor sudah explain. tapi untuk entry kali ni, seha hanya cerita sikit saja. yang selebihnya kalau rajin, bacalah buku tu. :) seha gabung chapter 1 (tajuk buku) dan chapter 2, Mr Fix-It and the Home Improvement Committee.

first sekali, cara perempuan cope with stress tidak sama dengan cara lelaki handle their stress. kalau perempuan, dorang mau rasa diberi perhatian dan didengar. bila ada masalah atau stress, dorang mau luah dan didengar. dorang akan rasa happy dan lega lepas luah even lepas luahkan, masalah tu still belum selesai. tapi lelaki selalunya tidak faham. bila dengar perempuan luahkan masalah, lelaki akan try bagi solution. tapi sebenarnya perempuan tidak mahukan solution, dia hanya mahu didengar dan diberi perhatian. perempuan akan rasa sangat lega lepas luah, mungkin juga dia luahkan dengan menangis. depends dengan masalah yang dia hadapi.

perempuan juga akan melepaskan geram atau marah dorang dengan membebel, marah-marah. pernah tengok mak kita marah sebab rumah berselerak? bila mak kita marah macam tu, apa yang patut kita buat ialah diam dan dengar. jangan menjawab atau balas balik apa yang mak kita cakap. selalunya mak kita akan marah sambil tangan dia bergerak mengemas rumah. kita patut buat apa? duduk diam tengok mak kita mengemas? no no noo.. wrong! kita pun sambil dengar sambil lah tolong dia kemas sekali. lepas tu, percayalah, mak kita akan okay balik. mungkin siap masak makan malam special lagi.. hehe.. :D

hah.. ni lelaki pula, cara dorang cope with stress sangat berbeza. dorang tidak bising-bising macam perempuan. dorang akan diam, tapi otak dorang akan try fikir solution kepada masalah dorang. bagi lelaki, bila dorang luahkan masalah dorang dengan orang lain, dorang akan nampak lemah. lelaki tidak suka bila kita keep on asking him what's the problem sebab selagi masalah tu dia rasa dia boleh handle, dia akan buat sendiri. sebenarnya, lelaki mahu kita percaya dan yakin yang dia boleh handle family dengan usaha dia sendiri. so, let them be our heroes! :)
lagi satu, perasanka lelaki suka tengok berita, tengok perlawanan bola atau main game after kerja or study? tau kenapa dorang suka buat begitu? sebenarnya, lelaki akan cuba lupakan masalah kerja yang belum selesai dalam kepala dorang dengan cuba fokus kepada berita di tv. dalam fikiran dorang, dorang try bagi pendapat dan fikir solution untuk masalah negara, ekonomi, politik walaupun sebenarnya dorang tidak involve secara direct dengan benda tu. lelaki juga akan pergi main bola, main badminton atau apa-apa saja yang dapat buat dorang lupa sekejap masalah dorang di tempat kerja. contohnya, lepas main bola, group bola dia menang, lepas tu dia akan lebih bersemangat untuk sambung balik settlekan masalah di tempat kerja tadi. begitulah cara lelaki cope dengan stress dorang.

second point, perempuan adalah otak multi-tasking. perempuan boleh buat banyak benda dalam satu masa. contohnya, time masak, perempuan boleh lari kejap pergi jemur kain, lepas tu lari lagi pergi tengok anak dia, sambung masak balik, sempat lagi buat susu untuk anak dia. even sambil driving, perempuan boleh make up. trust me! sungguh lasak perempuan kan.. itulah kurniaan Allah pada perempuan, supaya perempuan dapat urus rumah tangganya dengan teratur. sebab tu ada perempuan dapat jadi suri rumah dan berkerjaya dalam satu masa.
okay.. now you trust me kan. :D
lelaki pula, otak dia hanya dapat fokus kepada satu benda. kalau time tu dia tengah kerja, dia akan fokus dan akan ignore kita. kalau dia study, dia akan study dan tumpu pada study dia tanpa buat benda lain. pernah dengar ayat, kalau lelaki stop main Dota hanya untuk reply mesej kamu, means lelaki tu betul-betul suka kamu. kenapa timbul ayat tu? sebab ni la, lelaki sebenarnya tidak dapat buat banyak benda dalam satu masa. kalau dia try buat lebih dalam satu masa pun, dia akan jadi confuse, pening dan mungkin jadi pemarah.

seha dapat kongsi setakat ini saja. semua tau, lelaki dan perempuan sangat berbeza. luaran sudah jelas berbeza, apa lagi dalaman. tapi bila gaduh, kenapa mesti menyalahkan antara satu sama lain sedangkan tahu pasangan kita itu jelas berbeza dengan kita. apa yang sama ialah rasa sayang. argue is not the solution.
 see.. we are different in every way that possible.

ermm.. apa yang seha dapat simpulkan ialah, try to accept the differences and respect each other. quote dari buku, 'when men and women are able to respect and understand their differences, then love has a chance to blossom'. semoga dapat memberi manfaat kepada kita insyaAllah. may Allah bless! :)

Thursday, November 3, 2011

five balls of life

Imagine life is a game in which you are juggling five balls.
The balls are called work, family, health, friends and integrity.
And you’re keeping all of them in the air.
But one day, you finally come to understand that work is a rubber ball.
If you drop it, it will bounce back.
The other four balls - family, health, friends, and integrity - are made of glass.
If you drop one of these, it will be irrevocably scuffed, nicked, perhaps even shattered.
And once you truly understand the lesson of the five balls, you will have the beginnings of balance in your life.
 
They will never be the same. You must understand that and strive for balance in your life. The book suggests 12 ways:
1. Don't undermine your worth by comparing yourself with others. It is because we are different that each of us is special.
2. Don't set your goals by what other people deem important. Only you know what is best for you.
3. Don't take for granted the things closest to your heart. Cling to them as you would your life, for without them, life is meaningless.
4. Don't let your life slip through your fingers by living in the past or for the future. By living your life one day at a time, you live ALL the days of your life.
5. Don't give up when you still have something to give. Nothing is really over until the moment you stop trying.
6. Don't be afraid to admit that you are less than perfect. It is this fragile thread that binds us together.
7. Don't be afraid to encounter risks. It is by taking chances that we learn how to be brave.
8. Don't shut love out of your life by saying it's impossible to find. The quickest way to receive love is to give; the fastest way to lose love is to hold it too tightly; and the best way to keep love is to give it wings.
9. Don't run through life so fast that you forget not only where you've been, but also where you are going.
10. Don't forget that a person's greatest emotional need is to feel appreciated.
11. Don't be afraid to learn. Knowledge is weightless, a treasure you can always carry easily.
12. Don't use time or words carelessly. Neither can be retrieved.


A few great thoughts from the book "Suzanne's Diary to Nicholas" by James Patterson.
may Allah bless! :)

Wednesday, October 12, 2011

harap yang baik, diri sendiri kena jadi baik dulu..

Bismillahirrahmanirrahim..

assalamualaikum wbt.. :)
hmm.. rasanya semua orang mesti impikan dan harapkan someone yang baik dan soleh untuk jaga dan bimbing kita di masa hadapan. siapa yang tidak mahu kan.. someone yang Allah hantar, soleh dan sangat menjaga dirinya, sudah menyediakan dirinya untuk jadi imam dan mendidik kita dan anak-anak kita. someone yang bangun dan solat dengan kita di sepertiga malam. indahnya.. :)

tapi pernahkah kita terfikir, kenapa tidak kita sendiri dulu yang berubah jadi baik sebelum mahukan orang yang baik? seha sendiri sedar yang diri seha banyak sangat khilaf dan kurang. kadang-kadang malu sangat dengan Allah. rasa malu mau minta ampun sebab selalu buat salah. tapi lama-lama seha sedar, kadang-kadang Allah biar diri kita diselubungi dosa supaya akhirnya akan jatuh air mata sebab takutkan azabNya. dan saat itu, kita akan kembali kepadaNya.. memohon ampunanNya. :')

jangan pernah kisah pandangan orang lain dengan kita, sebab bukan dorang yang bagi kita hidup dan rezeki. hakikatnya memang manusia suka judge orang lain tanpa tau hal sebenar. masa yang diberi sepatutnya digunakan untuk menilai diri sendiri, muhasabah diri. ya, kita mungkin ada masa silam namun kita juga masih punya masa hadapan. sebab tu, dalam waktu umur beginilah seha makin sedar yang seha patut banyak berusaha untuk lebihkan yang kurang dan mentarbiah diri. kena lebih banyak menyediakan diri dan bekalan bukan saja untuk masa hadapan tetapi untuk akhirat kelak. insyaAllah.. :)

mari sama-sama kita kongsi cara untuk JADI LEBIH BAIK.. sebenarnya banyak, tapi seha kongsi apa yang seha try usaha buat masa sekarang. insyaAllah..

1) SABAR
seha ni bukanlah nda sabar.. cuma bila ada dugaan, ada masalah sikit, mulalah menangis. lepas tu, susah pulak mau mengadu dengan siapa siapa kecuali dengan orang yang seha rapat dan percaya. bila susah mau luah dengan orang, baik luah dengan Dia. sebab Dia Maha Mendengar. rasa lega lepas luah sebab seha tau Dia faham.. :')

sabar itu sangat indah..walaupun susah untuk dipraktikkan. orang kata, campaklah kita walau dimana pun, kalau kita sabar, semuanya mudah diharungi. itulah kunci utama, kena lebih banyakkan SABAR. :)

"Wahai orang-orang yang beriman! berSABARlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara kebajikan) dan kuatkanlah keSABARanmu (lebih dari pihak musuh di medan perjuangan) dan tetaplah bersiap-siaga (diperbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah agar kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
[Al-Imran:200]
jangan pernah mengeluh dan menyalahkan Allah atas takdir yang menimpa kita. mungkin semua yang terjadi kerana khilaf kita di masa lalu. jangan pernah menuding jari kita pada Allah. sedarkah kita bahawa Dialah sebaik-baik Perancang dan Maha Mengetahui dari kita.. sememangnya kita tidak layak untuk menyalahkan apa lagi untuk bertanya kenapa nasib kita sebegini.

"Tidaklah seorang muslim ditimpa penyakit melainkan Allah akan menggugurkan bersama dosa-dosanya seperti pohon-pohon yang menggugurkan daun-daunnya."
[Hadis Riwayat al-Bukhari]
 
2) TOPUP KNOWLEDGE
makin lama belajar, makin kita akan rasa banyak benda yang kita tidak tahu. dan makin lama kita akan sedar betapa besar kekuasaanNya dan betapa kerdil dan sedikitnya ilmu yang kita ada. orang kata, kita kena ikut macam padi. makin berisi, makin tunduk. makin banyak ilmu kita dapat, makin taat dan patuh pada Allah, makin rasa rendah diri bukan sombong dan tambah jauh dariNya.


jadi, untuk lebih dekat denganNya, kenalah topup ilmu kita yang sedikit ni. macam mana? banyak buku ilmiah yang dijual sekarang ni. pergi MPH, berlambak buku yang ada. tapi bukan dari buku ja kita boleh dapat ilmu. kalau malas beli atau buka buku tapi rajin buka lappy, cari pakai internet. banyak artikel dan video yang bagi pengajaran sekarang ni. banyak ruang yang Dia beri, kenapa kita nda guna sebaiknya kan..? lagipun, bukan perut saja perlu diisi, otak dan hati pun kena isi juga. :)

3) PERGI KELAS ILMU
kelas ilmu ni nda kisah ilmu apa, asalkan kelas tu buat kita tambah dekat dengan Dia. pergi usrah atau SC pun okay. sebab dalam SC mesti kakak SC bagi ilmu yang dorang pernah dapat. seha sangat sayang kakak SC dan ahli-ahli SC seha. bila mau buat SC lagi eh? :)
pinjam gambar dari fb jiji.. masa dinner batch. :)
 
okay, back to the topic. mesti semua sudah tau, kat sini, mudah mau cari guru untuk ajar bahasa arab atau ilmu agama. bila orang ajar kita benda baru dan betul , kita kena terima dengan baik. orang ajar dan tegur kita sebab sayang dan kisah dengan kita, bukan mahu menghina kita. biarpun orang yang menegur dan mengajar kita itu tidak buat apa yang dia tahu, tapi ilmu yang disampaikannya itu adalah benar. jadi jangan terus tolak apa yang kita terima tanpa berfikir. "amatlah rugi orang yang sudah sampai kebenaran padanya namun dia menolak dengan perasaan bongkak dan benci"

seha dengan housemates tengah cari kelas bahasa arab sekarang sebab next year dah masuk clinical year. dan sekarang, tiap hari isnin kami ada kelas belajar Quran dan tafsir. alhamdulillah.. insyaAllah lepas ni mau tambah lagi kelas sementara masih mampu dan belum sibuk dengan study. sama-samalah kita cari ilmu selagi Allah masih bagi masa dan kesihatan kepada kita. :) ilmu rumahtangga tu seha minta dari mama sudah okay rasanya.. hehe. plus ilmu yang dapat dari kursus kahwin, insyaAllah akan banyak membantu nanti. :)

4) MENCONTOHI WANITA-WANITA SOLEHAH
dalam hidup ni, Allah dah sediakan banyak contoh wanita solehah untuk kita teladani. Siti Khadijah, Siti Aisyah, Fatimah, Sumayyah, Maryam dan ramai lagi.. semua kisah, akhlak dan amalan mereka dapat jadi pengajaran buat kita.

thank you dila for the book.. really useful for me. :)

untuk jadi ibu yang baik pula, seha jadikan mama dan bakal mak mertua sebagai contoh.. sebab mereka contoh terdekat dan terbaik bagi seha. mau belajar urus rumah, boleh perhati cara dorang uruskan rumah. mau belajar resepi baru, boleh ikut masak sekali.. kan senang, boleh praktikkan terus. :)

5) BANYAKKAN BERDOA
Allah suka umatnya yang selalu berdoa, mengadu dan meminta padaNya. berdoa ni macam satu penghubung antara kita dengan Allah. so, create the link please.. :)

"berdoalah kepadaKu nescaya Aku (Allah) akan perkenankan"
[surah Ghafir 40:60]

'Kenalilah Allah di waktu lapang, nescaya Dia mengenalimu di saat sulit.'
[Riwayat selain Imam at-Tirmidzi]
 
doa tiap kali lepas solat, doa di setiap sujud terakhir solat kita, walau bila-bila masa pun boleh berdoa.. minta dengan Dia, untuk jadikan kita umatNya yang baik dan solehah. minta dengan Dia, hadirkan someone yang dapat bimbing kita ke jalanNya dan dapat sama-sama mencari cintaNya. insyaAllah.. :')

takdir kita semua dalam tanganNya. kita adalah hak mutlak Dia. setiap skrip kehidupan kita, Dialah penulisnya. kita yang merancang, tapi Dialah penentunya. lepas berdoa, yakin dengan apa yang Dia berikan.. sesungguhnya setiap apa yang Dia beri adalah yang terbaik untuk kita. teruskan berdoa.. dan jangan terpedaya dengan mainan dunia, memang yang haram itu semuanya nampak indah. tapi pengakhirannya derita dan seksa. kenapa seha cakap semua ni? entahlah, untuk peringatan buat diri sendiri yang sering terlupa. sering perlu diingatkan. betapa jauhnya kita dengan Allah, sedangkan Allah sentiasa melihat kita. sentiasa..

p/s; semoga dengan entry ni seha dapat kongsi serba sedikit usaha untuk membaiki diri.. jom sama-sama berubah. :') semoga Allah mendengar rintihan hati kita yang ingin berubah dan lebih dekat denganNya. walaupun setitis embun hidayah yang mengalir, ianya cukup indah kerana fitrah untuk kembali kepada Allah itu tetap ada. dan semoga Allah menerimanya, insyaAllah.. 'mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis'. may Allah bless! :)   

new start, new sem, new module!

bismillahirrahmannirrahim..
assalamualaikum wbt.. mama aba.. kaka sudah start sem 5 3rd year. alhamdulillah. :)

rasa macam nda percaya ja kaka sudah 3rd year. rasa macam baru semalam datang sini dan jadi first year. tengok tengok sudah 3rd year. cepatnya masa berlalu.. harap-harap tahun ni pun berlalu tanpa sedar. oh ya.. module baru untuk sem ni, endocrine system. :)
mama aba doakan ya kaka dan adek di sini..  semoga Allah sentiasa bantu dan kuatkan kami di sini. sebab kadang-kadang ada satu waktu yang seha rasa macam mau give up. seha rasa macam susah sangat mau kuat bila jauh dari keluarga, dengan keadaan yang berbeza dari biasa, dengan macam-macam dugaan lagilah.. tapi seha harap sangat Allah nda biar seha sorang sorang lalui dugaan ni. sebab seha tau, Allah hantar ramai orang disekeliling seha, yang kuatkan seha bila seha lemah, yang ingatkan seha bila seha lupa, dan yang bangunkan seha bila seha jatuh. orang-orang yang sayang seha.. dan seha pun sayang dorang.. kerana Allah.. :')

semoga kami lulus semua exam dan dapat naik tahun dengan happy tahun depan, insyaAllah. ya Allah, permudahkanlah jalan kami dalam mencari ilmu dan redhaMu di sini.. aminn. :)

mama aba jaga kesihatan yaa.. jaga diri.. tunggu kaka dan adek balik tahun depan. mau tengok mama aba tersenyum lagi dengan result kami tahun ni, insyaAllah. mama aba, kaka love you.. always and forever.. :')

untuk adek.. study rajin-rajin di zagazig tu. jangan enjoy ja. enjoy-enjoy juga, solat dan belajar jangan lupa. itukan pesan mama before fly.. kaka tau, kaka pun dapat reminder yang sama. kasi naik dari jayyid jiddan pegi mumtaz terus okay? mau hadiah nda? hehe.. jaga lilo gumuk tu baik-baik. take care.. kirim salam sama ummu dengan pak cik ah loy aa. hehe.. :D

untuk adik-adik kaka di malaysia pulak.. study rajin-rajin. jangan nakal-nakal. tolong mama aba di rumah. waya, semoga dapat 8A PMR. banyakkan tawakal, sudah usaha kan. kaka tau waya boleh punya. heee.. si umai pulak, kasi dapat nombor 1 bha di kelas. jangan sudah berfacebook tu sangat okay? piee dengan wawan, kaka doa moga makin besar makin jadi budak yang baik dan dengar cakap mama aba. kaka sayang adik-adik kaka.. take care. :')
rindu budak dua ni.. T.T
lots of love from Alex,
shakila seha

Sunday, May 29, 2011

i'm in love with books..

i'm not genius, not even gifted, that's why i have to be hardworking.
always tajdid your niat.. :)
may Allah bless.. 

Sunday, May 22, 2011

currently..

 sekarang tengah study module nii.. :)
respiratory system..
module ni sangat bekait dengan module kami sebelum ni..
n lagi tebal n banyakk..
ni pulak module sebelum ni..
module 1st untuk sem4 ni.. CVS..
module ni sangat best.. sebab banyak physio, sukaa physio sangat sangat :D
exam aritu alhamdulillah.. walaupun ada jugak kantoi 3 4 soalan.. heee :P

ermm.. kena study baik baik sem ni..
mau pass semua module ni insyaAllah..
pray for me n my friends yaa.. thanks :')
may Allah bless..

Monday, March 7, 2011

i must now fall in love with..

my books :D

well.. it's now time to get back to Egypt.
place where i have to focus on my study..
and as inform by our 2nd year SR (student representative), CVS is waiting for me!

owh CVS.. please be nice to me..
pretty pleaseeeee.. >,<'

and i miss my room..
my study table :')
wait for me, i'll be back soon! :-*
promisee..
i'll love my medic books :-*


wonder.. kenapa sem 1 teda semangat macam sem 2? =.='

Sunday, February 27, 2011

currently reading this..

Alhamdulillah.. masa cuti ni tedala tebuang ja sebab ada buku-buku sebagai peneman. :)
sekarang tengah baca buku ni.. BEST! :D

Di Mana DIA Di Hatiku?

selak selak buku tu, baru baca beberapa rangkap.. hati aku mula berkolam.. mata aku mula bergenang.. memang sangat sangat menyentuh perasaan.. 

basically buku nie cerita tentang monolog monolog dalam hati kita.. bicara hati kita pada yang Maha Esa.. selalu kita abaikan hati kecil kita tu.. hati yang sentiasa inginkan diri kita melakukan kebaikan.. hati tu jugala yang sentiasa membisikkan iman dalam hati kita.. hati tu yang meronta-ronta bila pemiliknya melakukan dosa.. tapi kita selalu abaikan hati iu. so, sentiasala dengar kata hati kecil kita ni.. sebab dia sentiasa ingin taat pada Pencipta nya... may God bless~ :)

ALLAH ITU AMAT HAMPIR..
TAPI, KENAPA AKU MASIH MEMINGGIR?
AKALKU ALPA BERFIKIR, HATIKU LUPA BERZIKIR..

kamuu.. jaga buku TENTANG CINTA tu baik baik.
sayang buku tu :)

Thursday, January 6, 2011

mood; exam fever..

now, everyone is in EXAM FEVER
assignment presentation; 11/1/11 (12-1 p.m.)
practical exam; 13/1/11 (8-9 a.m.)
final exam module 9&10 (MCQ + essay );
24/1/11 (12.30-3.30 p.m.)
final exam module 8 (MCQ + essay ) + human psychology;
27/1/11 ( not sure yet )

moga Allah permudahkan segala urusan. aminn ya Rab~

Tuesday, December 7, 2010

buku sebagai peneman setia

assalamualaikum semua...
post ni saja ja untuk ceritakan satu lagi hariku yang biasa...
bangun pagi, kak zira (my housemate) teda...
dia ada kelas tambahan dmarkas...
so, aku pun studyla... coz 3 minggu lagi exam!
pas study, bila otak rasa rasa mau jammed suda, aku pun dengarla lagu...
maher zain, kau jugakla peneman paling setia... heee~
petang ni lepas zohor aku mau pegi kedai buku dMandarah...
best best buku djual dsitu...
semalam aku ada beli sikit... ta cukup tangan mau bawa sebab tu beli sikit...
ni buku buku aku beli semalam....
 SENJATA MU'MIN
buku ni aku sda ada, tapi tetinggal dMalaysia masa balik sini...
so aku bagi aba aku la buku tu... aku beli baru... :)
 ISTILAH PERUBATAN TIGA BAHASA
ni kira macam kamusla yang bagi aku sangat sangat membantu kami budak budak medic
kalau kawan kawan lain mau pesan, bagitau seja...
aku bole tolong belikan sebab al maklumla ruma kamu jauh dari mandarah...
murah seja, L.E 13 :)
 ADAB-ADAB ISLAM DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN JILID 1
buku ni sangat sangat best... banyak ajar adab-adab...
adab menuntut ilmu, adab makan minum, sampaila adab menguap n bersin ada dalam buku ni... rugila kalau ta beli... :)
 ADAB-ADAB ISLAM DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN JILID 2
ni pulak sambungan jilid 1 tadi... 
yang bestnya dsini ada adab walimah... hehe...
banyakla lagi yang beguna. contoh adab wanita keluar rumah.
 KHILAF PRINSIP DAN DISIPLIN
buku ni pun best, dia bagitau semua mazhab imam imam...
and banyakla lagi buku ni bincang sal khilaf khilaf....

insyaAllah aku mau beli lagi buku petang ni...
aku suda aim satu buku ni, CEBISAN HATI MANUSIA...
just mau pesan kalau ada apa apa yang ta paham lagi lagi pasal agama, tanya orang yang lebi arif atau cari guru untuk belajar lebi dalam, jangan belajar ikut fahaman n anggapan sendiri sebab nanti kita begurukan syaitan... tambah sesat...
insyaAllah sama sama kita mencari redha Allah...
may Allah bless :)

Thursday, December 2, 2010

exam 3 minggu lagi!!

 exam ta lama lagi... 3 minggu lagi...
lepas tu ada study leave 2 minggu, then FINAL SEM 1! 
seram sejuk sebab banyak lagi lum cover...
module CNS ni ada dua part, part 1 pun belum khatam...
apalagi part 2 yang baru beli last last week...
takutla pulak...
ish, ta bole ta bole macam ni...
mesti semangat...
seha, berusaha!!!!!
(motivate diri sendiri)
ingat seha,
usaha itu tangga kejayaan...

orang yang kalah sebelum mencuba = REAL LOSER


dann Allah paling nda suka orang yang mengaku kalah sebelum berjuang. umpamanya sama la macam melarikan diri dari medan peperangan. dosa tau..
.
.
.
.
.
.
.
.
so..

FIGHTING semua!! ;)
may Allah bless

Sunday, October 24, 2010

new module!

new module is already start! and it's hard you know...
me and my friends will learn bout our BRAIN...
the main function of all body systems...
MODULE 9 & 10 ( CENTRAL NERVOUS SYSTEM & SPECIAL SENSES )
i'd already studied on the special senses when i'm still studying in UMS...
but i think this time we will study more deeper than before...
before; i mean the one that i've already studied in UMS...
and the bad news is, this module is full with PHARMACOLOGY...huwaaa :O
it's sokay... i will be more persistent and struggle for this module... promise!
because it will take 2 months for us to finish this module as it is a thick module and full of knowledge; this is what my lecturer had told us on the orientation lecture...
hmm, what else huh?
nothing i guess... please pray for me and my friends yah!
love ya'll sooo muchy... thanks and salam.