Friday, August 3, 2012

another step towards marriage life

assalamualaikum wbt..
lama sangat rasanya tak menulis di sini.. sangat sibuk di malaysia. banyak benda nak buat dan uruskan dalam waktu yang singkat. ni pun mungkin hanya short update.. tapi seha still akan update sikit-sikit walaupun mungkin tiada orang baca, ini kenangan seha yang seha nak letak dalam blog. :)

ini wedding checklist seha..
ada yang dah siap dan ada yang belum. tapi seha tak nak rush, kalau ada yang tak lengkap lagi mungkin akan pergi KK lepas raya dengan mama seha untuk lengkapkan semua. insyaAllah..seha banyak dapat idea untuk hias bilik dan pelamin dari majalah Pengantin. :)

dan mama seha bagi hadiah buku masakan untuk seha belajar lagi banyak resepi baru. sangat suka buku ni.. terima kasih mama! :')
 
kursus kahwin dah setel dari tahun lepas lagi. so masa sampai malaysia hari tu, kami pergi buat HIV test. kena set appointment dulu baru boleh buat dan mesti buat kat klinik atau hospital kerajaan, swasta tak boleh. alhamdulillah resultnya negative. pegawai perubatan kat klinik tu ucap 'selamat pengantin baru' masa bagi kami result masing-masing. hehe.. :)

next step ialah pihak lelaki hantar semua dokumen dan borang nikah dekat negeri sendiri. disebabkan seha dan bakal suami tak sama negeri, mungkin agak makan masa sikit sebab kena dapatkan kelulusan dari negeri pihak lelaki dulu pastu baru boleh bawa semua dokumen pergi belah seha. tapi semuanya lancar saja dan alhamdulillah.. permohonan berkahwin pun dah diluluskan. :)

setakat ni semuanya going smoothly as we planned it.. kawan-kawan semua doakanlah semua urusan kami dipermudahkanNya dan berjalan lancar. terima kasih semua yang mendoakan.. dan semoga Ramadhan kita kali ni adalah yang lebih baik dari sebelumnya. sama-sama usaha khatamkan Quran okay? insyaAllah.. may Allah bless! :)