Saturday, November 5, 2011

men vs women

assalamualaikum wbt..
alhamdulillah, kita masih diberi kesempatan untuk hidup pada hari ini. mungkin Allah mahu memberi kita peluang untuk menambahkan amalan, mungkin juga Allah memberi kita peluang untuk bertaubat dan berubah. everyday is a gift from Him.. alhamdulillah. :)

ermm.. untuk entry kali ni, seha mau berkongsi ilmu yang seha dapat dari Lady's Garden atau taffaquh akhawat pagi tadi. kak Nor Syafiqah bentang buku 'Men from Venus, Women from Mars'. dari taffaquh ni, seha dapat faham belajar banyak benda pasal diri sendiri dan lelaki. why women act like this and why men act like that, why women feel that way and why men do that thing when he is stressed on something. secara jujurnya, seha dengar kak Nor explain baru seha faham maksud yang buku tu mau sampaikan. alhamdulillah.. :)

tapi jangan salah faham pula okay.. kita belajar memahami lelaki bukan hanya untuk persediaan berumah tangga nanti. dengan buku ni juga, kita dapat faham abah kita, abang kita, adik lelaki kita, orang yang kita perlu jumpa di tempat kerja contohnya pesakit seha nanti pun bukan perempuan saja mesti ada lelaki juga kan. so, buku ni sebenarnya sangat membantu kita memperbaiki communication skill dan cara kita berinteraksi dengan lelaki.
dalam buku ni ada 10 chapters dan insyaAllah seha akan cerita sedikit sebanyak apa yang seha dapat dari majlis ilmu tu lepas kak Nor sudah explain. tapi untuk entry kali ni, seha hanya cerita sikit saja. yang selebihnya kalau rajin, bacalah buku tu. :) seha gabung chapter 1 (tajuk buku) dan chapter 2, Mr Fix-It and the Home Improvement Committee.

first sekali, cara perempuan cope with stress tidak sama dengan cara lelaki handle their stress. kalau perempuan, dorang mau rasa diberi perhatian dan didengar. bila ada masalah atau stress, dorang mau luah dan didengar. dorang akan rasa happy dan lega lepas luah even lepas luahkan, masalah tu still belum selesai. tapi lelaki selalunya tidak faham. bila dengar perempuan luahkan masalah, lelaki akan try bagi solution. tapi sebenarnya perempuan tidak mahukan solution, dia hanya mahu didengar dan diberi perhatian. perempuan akan rasa sangat lega lepas luah, mungkin juga dia luahkan dengan menangis. depends dengan masalah yang dia hadapi.

perempuan juga akan melepaskan geram atau marah dorang dengan membebel, marah-marah. pernah tengok mak kita marah sebab rumah berselerak? bila mak kita marah macam tu, apa yang patut kita buat ialah diam dan dengar. jangan menjawab atau balas balik apa yang mak kita cakap. selalunya mak kita akan marah sambil tangan dia bergerak mengemas rumah. kita patut buat apa? duduk diam tengok mak kita mengemas? no no noo.. wrong! kita pun sambil dengar sambil lah tolong dia kemas sekali. lepas tu, percayalah, mak kita akan okay balik. mungkin siap masak makan malam special lagi.. hehe.. :D

hah.. ni lelaki pula, cara dorang cope with stress sangat berbeza. dorang tidak bising-bising macam perempuan. dorang akan diam, tapi otak dorang akan try fikir solution kepada masalah dorang. bagi lelaki, bila dorang luahkan masalah dorang dengan orang lain, dorang akan nampak lemah. lelaki tidak suka bila kita keep on asking him what's the problem sebab selagi masalah tu dia rasa dia boleh handle, dia akan buat sendiri. sebenarnya, lelaki mahu kita percaya dan yakin yang dia boleh handle family dengan usaha dia sendiri. so, let them be our heroes! :)
lagi satu, perasanka lelaki suka tengok berita, tengok perlawanan bola atau main game after kerja or study? tau kenapa dorang suka buat begitu? sebenarnya, lelaki akan cuba lupakan masalah kerja yang belum selesai dalam kepala dorang dengan cuba fokus kepada berita di tv. dalam fikiran dorang, dorang try bagi pendapat dan fikir solution untuk masalah negara, ekonomi, politik walaupun sebenarnya dorang tidak involve secara direct dengan benda tu. lelaki juga akan pergi main bola, main badminton atau apa-apa saja yang dapat buat dorang lupa sekejap masalah dorang di tempat kerja. contohnya, lepas main bola, group bola dia menang, lepas tu dia akan lebih bersemangat untuk sambung balik settlekan masalah di tempat kerja tadi. begitulah cara lelaki cope dengan stress dorang.

second point, perempuan adalah otak multi-tasking. perempuan boleh buat banyak benda dalam satu masa. contohnya, time masak, perempuan boleh lari kejap pergi jemur kain, lepas tu lari lagi pergi tengok anak dia, sambung masak balik, sempat lagi buat susu untuk anak dia. even sambil driving, perempuan boleh make up. trust me! sungguh lasak perempuan kan.. itulah kurniaan Allah pada perempuan, supaya perempuan dapat urus rumah tangganya dengan teratur. sebab tu ada perempuan dapat jadi suri rumah dan berkerjaya dalam satu masa.
okay.. now you trust me kan. :D
lelaki pula, otak dia hanya dapat fokus kepada satu benda. kalau time tu dia tengah kerja, dia akan fokus dan akan ignore kita. kalau dia study, dia akan study dan tumpu pada study dia tanpa buat benda lain. pernah dengar ayat, kalau lelaki stop main Dota hanya untuk reply mesej kamu, means lelaki tu betul-betul suka kamu. kenapa timbul ayat tu? sebab ni la, lelaki sebenarnya tidak dapat buat banyak benda dalam satu masa. kalau dia try buat lebih dalam satu masa pun, dia akan jadi confuse, pening dan mungkin jadi pemarah.

seha dapat kongsi setakat ini saja. semua tau, lelaki dan perempuan sangat berbeza. luaran sudah jelas berbeza, apa lagi dalaman. tapi bila gaduh, kenapa mesti menyalahkan antara satu sama lain sedangkan tahu pasangan kita itu jelas berbeza dengan kita. apa yang sama ialah rasa sayang. argue is not the solution.
 see.. we are different in every way that possible.

ermm.. apa yang seha dapat simpulkan ialah, try to accept the differences and respect each other. quote dari buku, 'when men and women are able to respect and understand their differences, then love has a chance to blossom'. semoga dapat memberi manfaat kepada kita insyaAllah. may Allah bless! :)