"Jangan hanya inginkan lelaki yang baik selagi kita tidak menjadi baik, tetapi jadilah wanita yang baik sehingga kita diinginkan oleh lelaki yang baik."
dekat-dekat exam ni juga nak timbul cerita macam ni kan. hehe.. tapi hakikatnya, walaupun umur masih muda, dari sekarang ni lah kena persiapkan diri untuk bina keluarga yang sakinah insyaAllah.
bagi si Adam,
tanggungjawab anda selepas berkeluarga sangat besar. anda diberikan
amanah oleh Allah membimbing bukan sahaja isteri tetapi juga anak-anak
yang bakal hidup bersama di jalanNya. jadi, bermula dari usia muda
inilah anda perlu melengkapkan diri dengan ilmu-ilmu fardhu ain, untuk
bekalan bersama hidup di dunia dan untuk mengejar kebahagiaan di akhirat
kelak. selepas kahwin, dosa isteri dan anak-anak semua bergantung di
bahu anda. baik bimbingan anda, insyaAllah ringanlah bahu anda. buruk
bimbingan anda, fikir-fikirlah sendiri.
bagi si Hawa pula, anda juga ada tanggungjawab yang besar! tanggungjawab yang diperlukan sebagai isteri yang patuh kepada suami dan
sebagai ibu yang lembut membelai anak-anaknya. memang tiada dinyatakan
tugas untuk menguruskan kerja rumah adalah tugas wanita, tetapi
persiapkanlah diri dengan ilmu memasak, mengemas rumah, berhias diri
sejajar dengan tugas anda untuk membahagiakan dan meringankan beban
suami anda. kitakan nak jadi penyejuk dan penyenang hati suami kita.. insyaAllah.
kalau kita suka kat
seseorang, sebelum ambil keputusan untuk make a move, apa kata kita solat
istikarah dulu? minta supaya Allah beri petunjuk sama ada dia untuk kita atau bukan, sama ada dia orang yang betul atau tidak. minta pada Allah dekatkan dia dengan kita sekiranya
dia baik untuk kita, agama kita, dunia kita dan juga akhirat kita. kita
juga kena redha dengan apa jua petunjuk yang diberikan Allah kerana
Dialah yang Maha Mengetahui. jika dia bukan untuk kita,
yakinlah bahawa Allah menyediakan yang lebih baik untuk kita. dan jika dia baik untuk kita, mulalah langkah dengan bertaaruf
seperti yang diperintahkan oleh Rasulullah (taaruf adalah kegiatan
bersilaturahim, berkenalan, bertatap muka, atau bertamu ke rumah
seseorang dengan tujuan berkenalan dengan penghuninya), bukan dengan
cara berdating yang hanya mengundang maksiat yang menjadi mancis ke
lembah api perzinaan. jika kita ikhlas niat kerana Allah, insyaAllah
hubungan kita ini akan mendapat redha yang Esa dan kekal hingga ke anak cucu cicit.
apabila kita berkenan atau dirisik oleh seseorang, kita perlu tahu
tentang sikap atau karakter dirinya. sebab itulah Rasulullah saw sendiri
menyuruh kita bertaaruf. sebelum itu, kita juga perlu buat check-list
tentang karakter bagaimana ciri-ciri yang kita mahukan (ingat, kita berkahwin
dengan manusia, bukan malaikat). jika lebih 50% ciri-ciri itu ada pada dirinya,
zasss.. "yes i do" je lah. pernah jumpa tak ayat ni?
sorang kawan post kat group i-Mumtaz, and seha setuju 100% dengan ayat ni..
tetapi awas, sebelum buat apa-apa keputusan besar dalam hidup kita, istikarahlah kepada
Allah terlebih dahulu. pohon kepadaNya supaya keputusan yang bakal kita ambil adalah petunjuk dariNya, bukan atas hawa nafsu mahupun bisikan
syaitan. jika benar dia untuk kita, jangan berhenti untuk memohon
supaya Allah permudahkan jalan itu. insyaAllah, Dia kan maha Mendengar.
seha sangat percaya yang keserasian sangat mudah dicapai apabila
kita di bawah redha Allah. proses mengenali juga lebih mudah, cepat dan
telus selepas diijab qabulkan kerana kita berdua sudah berada di
landasan yang betul. proses mengenali (orang muda-mudi cakap 'mencari
keserasian') sebelum berkahwin lebih menjurus kepada bisikan syaitan.
jika baru bercinta dihasutnya supaya 'lebih mengenali', nak suruh buat maksiat lettew.
jika sudah buat keputusan untuk berkahwin, dihasutnya supaya timbul
salah faham, nak halang kita 'saling mengenali' secara halal lettew. syaitan sangat benci melihat anak Adam berumah tangga kerana periuk nasi utama mereka akan 'basi'.
timbul pula persoalan "kalau tak mengenali, macam mana nak tahu serasi ke
tak?". tanya pula pada diri sendiri, "nak kahwin kerana apa? suka-suka?
nafsu? sebab orang lain kahwin jadi saya pun kena kahwin? atau kerana
Allah?". jika jawapannya adalah kerana Allah, insyaAllah rasa
tanggungjawab dalam diri itu akan menserasikan kita.
bagi seha, suami adalah segala-galanya selepas Allah dan Rasul saw. tidak
utuh seha bazirkan cinta kepada lelaki lain kalau akhirnya nanti yang
bakal sehidup semati,
besusah bersenang dengan seha adalah suami seha? yang lebih berat,
wajarkah seha memberi sedikit cinta seha kepada lelaki lain sedangkan
yang akan menanggung dosa seha nanti adalah suami seha?
semoga kita semua bertemu dengan dia yang telah Allah tetapkan untuk kita.. bertemu dalam redhaNya, dan berpisah untuk bertemuNya. aminn.. may Allah bless! :)
******
"Dan dijadikanNya di antara kamu rasa kasih dan sayang." [30:21]

