Daripada Abu Darda’ radiallahuanhu berkata: Aku mendengar Rasulullah
bersabda: Barangsiapa yang menyusuri jalan untuk menuntut ilmu, maka
Allah akan permudahkan baginya jalan untuk ke syurga. Sesungguhnya Malaikat meletakkan sayapnya untuk menaungi penuntut ilmu kerana redha atas apa yang dilakukannya.
Sesungguhnya seorang alim itu akan diminta ampun baginya makhluk yang
di langit dan di bumi hinggakan ikan-ikan di laut. Kelebihan seorang
alim berbanding seorang ahli ibadah ialah ibarat rembulan kepada
bintang-bintang yang lain. Sesungguhnya para ulama ialah pewaris
nabi-nabi, dan sesungguhnya nabi tidak mewariskan dinar atau dirham,
tetapi mereka mewariskan ilmu, barangsiapa yang mendapatkannya maka dia
telah mendapat satu keuntungan yang besar.
{HR Abu Daud dan At-TIrmizi}
{HR Abu Daud dan At-TIrmizi}
