Saturday, September 10, 2011

putus cinta..

  • Kita dah tak sehaluan dah
  • Saya dah tiada perasaan dengan awak
  • I have found someone else
  • I can't stand you
  • You don't meet my expectation ( i want someone better)
  • Sebenarnya saya dah ada girlfriend/boyfriend
  • atau pun HILANG begitu sahaja..


frasa-frasa di atas normal diucapkan kalau nak memutuskan sesuatu hubungan..

people face this in many kinds of way, antaranya ialah:
 
Jenis Life must go on

ada yang menghadapi situasi begini dengan cool (saya salute yang ini)... selamba ke tempat kerja, menyibukkan diri, tapi tak dapat dinafi, dalam hati masih berkabung. orang sebegini semacam dalam denial, tidak mahu menerima apa yang disuratkan, lebih rela meneruskan hidup seperti biasa, life must go on. kawan-kawan dan teman menjadi teman pengganti.

Jenis Attack

jika ada orang ketiga menjadi penyebab, apa lagi, peluang harus digunakan sebaik mungkin. baik perempuan, mahupun lelaki, bagi mereka orang ketiga harus dihapuskan. maka terjadilah kes serang menyerang, sama ada secara lisan, fikizal atau mental. selalunya berdasarkan prinsip "kalau aku tak dapat, jangan harap engkau dapat". dengan kewujudan laman-laman web dan blog seperti sekarang, kerja menjadi semakin mudah, malukan sahaja orang ketiga itu setelah segala maklumat dalam tangan. beri tekanan hebat kepada mereka, sehingga orang ketiga rasa tidak berbaloi meneruskan cinta terhalang, akhirnya akur sahaja mengundur diri.

Jenis sedih memanjang

makan tak kenyang atau tak makan langsung, mandi tak basah, atau tak mandi langsung. mata memang tidak lekang daripada tangisan. tidak ubah seperti bola ping pong sudah rupanya.. ada kalanya hilang iman sehingga meracau-racau. kerja berguling sahaja di katil, fikiran merewang entah ke mana, mudah sahaja syaitan merasuk.. apa lagi, menangis sepanjang masa. masa tidak terurus, rupa pakai tidak diendah langsung. hidup terasa tidak bermakna. tiada lain ubatnya, melainkan si dia kembali di sisi.

Jenis self-hurt atau bunuh diri
 
"I can't live, when living is without you.." lantunan lagu Mariah Carey.. perbuatan si dia memang tidak dapat diterima, pendek akal, badan sendiri dicederakan, agar si dia tahu betapa tebalnya sayang kepadanya sehingga sakit sendiri tidak terasa. yalah kan, sakit hati lebih sakit daripada luka yang dilakukan sendiri. biarlah sakit itu, asalkan hati puas. puas membuktikan pada si dia yang dia sangat bererti dalam hidup, dia teratas, dia segala-galanya.

tanpanya, rela mati! maka, nyawa menjadi taruhan, lebih rela tidak menjadi peserta di kalangan umat manusia, rela hidup di alam lain daripada terseksa di dunia..

Jenis merayu dan tak putus asa

cinta takkan berganjak, SMS masih dihantar, telefon masih didial, merayu supaya si dia kembali. beri bunga, beri hadiah agar hati si dia lembut. tidak cukup, muncul di depan rumah, ajak "slow talk". sanggup buat apa sahaja, agar dia kembali. bahasa disusun rapi agar dapat mencairkan hati si dia, masih menaruh harapan agar dapat bersama. kata-kata digubah cantik merayu agar si dia sedar dan kembali ke pangkuan. ada yang berlarutan berbulan-bulan, bertahun-tahun, lebih dahsyat, menjadi andartu atau bujang terlajak sampai ke tua kerana cinta tak kesampaian. betapa hebatnya penangan cinta.

Jenis improve diri

ahhh, bukan dia sahaja kumbang atau bunga di dunia. perkara pertama, ubah penampilan, yang bertudung, lucut tudungnya, yang berambut hitam, perang rambutnya..yang gemuk menjadi kurus, yang dulu baju nya lebar, sekarang sempit pulak, kemudian ditayang pada si dia, padan muka! siapa suruh berlaku curang. pengganti pula lebih hebat, hati puas tak terkata. anggap kejadian yang berlaku sebagai besar hikmahnya. tidak mahu diri bodoh hidup dalam kenangan si dia. I know why we were not meant to be together, because I deserve better! prinsip ini sentiasa diungkap.

Jenis balas dendam

bertahun bersama, masa tersia, tenaga dikerah, duit dibuang, "kau ingat kau dapat lepas begitu sahaja??" habis segala rahsia bersama dibocor.. maruah tertinggal ke belakaaang sekali. asalkan si dia rasa apa yang dia rasa. tidak cukup dengan itu, maki hamun dilempar untuk menempel luka di hati, ditambah dengan doa agar si dia merasa sakit yang lebih hebat.

Jenis redha

mungkin tiada jodoh.. mungkin si dia akan kembali, tidak apa, itu hanya one thing that takes part in life. tiada rasa benci, rasa dendam jauh sekali, malah cinta masih kekal cuma tidak kisah jika tidak dapat memiliki. doa masih terkumat kamit agar si dia dapat yang terbaik biarpun seksanya diperlaku olehnya.


p/s; apa pun, putus cinta memang perkara normal berlaku pada kita, yang tidak normalnya, how we handle it. selagi namanya insan, memang tidak sempurna, tergelincir sini sana. rasa sayang memang sangat subjektif, sesubjektif juga rasa kecewa. tidak ada unit quantitative bagi perasaan ini.. orang kata time heals the wound.. betulka? kenapa ada yang sanggup mengawet mayat pasangan walaupun sudah berpuluh tahun meninggal dunia? kenapa pulak ada yang give up cinta dan rela membujang sampai ke tua?

mengadulah kepada-Nya.. sentiasa ingat , jasad ini bukan milik kita. janganlah mainkan dan sakitinya sesuka hati. kita langsung tiada hak.. menjadikannya cantik dengan mengubah sana sini sudah haram, apatah lagi mencederakan mental, fizikal kita yang molek diberi olehNya. walaupun fitrahnya manusia ini lemah, tetapi sufficient iman dan amal ibadat will guide us through all the agony and turmoil. belajarlah untuk redha, redha itu ubat kesedihan.