Monday, November 15, 2010

ALLAH Maha Besar

Ada seorang pemuda yang telah lama bersekolah di luar negeri, kembali ke tanah air. Sesampainya di rumah dia meminta kepada orang tuanya untuk mencari seorang guru agama, kiyai atau sesiapa sahaja yang boleh menjawab 3 pertanyaannya. Akhirnya orang tua pemuda itu mendapatkan orang tersebut, seorang kiyai.

Pemuda: Anda siapa? Dan apakah bisa menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?
Kiyai: Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan anda.
Pemuda: Anda yakin? Sedangkan Profesor dan ramai orang yang pintar tidak mampu menjawab pertanyaan saya.
Kiyai: Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya.
Pemuda: Saya ada 3 pertanyaan:-

1. Kalau memang Tuhan itu ada, tunjukkan kewujudan Tuhan kepada saya.
2. Apakah yang dinamakan takdir?
3. Kalau syaitan diciptakan daripada api kenapa dimasukkan ke neraka yang dibuat juga daripada api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan. Sebab mereka memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?


Tiba-tiba kyai tersebut menampar pipi pemuda tadi dengan keras.
Pemuda (sambil menahan sakit): Kenapa anda marah kepada saya?
Kiyai: Saya tidak marah... Tamparan itu adalah jawapan saya atas 3 pertanyaan yang anda ajukan kepada saya.
Pemuda: Saya sungguh-sungguh tidak mengerti.
Kiyai: Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda: Tentu saja saya merasakan sakit.
Kiyai: Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?
Pemuda: Ya!
Kiyai: Tunjukkan pada saya kewujudan sakit itu!
Pemuda: Terdiam seketika.
Kiyai: Itulah jawapan pertanyaan pertama... Kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat.
Kiyai: Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?
Pemuda: Tidak.
Kiyai: Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima sebuah tamparan dari saya hari ini?
Pemuda: Tidak.
Kiyai: Itulah yang dinamakan takdir.
Kiyai: Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda?
Pemuda: Kulit.
Kiyai: Terbuat dari apa pipi anda?
Pemuda: Kulit.
Kiya : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda: Sakit.
Kiyai: Walaupun syaitan dijadikan dari api dan neraka juga terbuat dari api, jika Tuhan menghendaki maka neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk syaitan.



Jawapan:-

1. Kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa melihat-Nya, sama seperti kita blh merasakan kesakitan satu tamparan tanpa blh melihat kesakitan itu. sama juga seperti kita menghirup oksigen dan menghembus karbon dioksida tanpa kita melihatnya, tetapi kita yakin bahawa oksigen dan karbon dioksidalah yang kita hirup dan hembus.

2. Takdir merupakan sesuatu yang telah ditentukan tanpa kita sendiri rencanakan, terfikir mahupun ketahui kerana hanya Allah yang berhak menentukannya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi berkuasa terhadap sesuatu. Subhanallah..

3. Neraka akan tetap menyakitkan buat syaitan jika diizinkan Allah walaupun kedua-duanya berasal drpd unsur yang sama iaitu api, sama seperti tamparan dari tapak tangan tetapi meyakitkan apabila terkena di pipi walaupun keduanya pipi dan tapak tangan berasal daripada unsur yang sama iaitu kulit. Kerana dgn izin Allah, segalanya boleh tejadi..



~ALLAH MAHA BESAR~