Duhai Adam,
Usah kau katakan kau cinta padaku
Jika cintamu itu melebihi cinta kepada Penciptamu
Kerna aku tak mahu..
Usah kau agungkan kecantikan wajahku
Jika hatiku tidak secantik parasku
Kerna aku tak mahu..
Usah kau dambakan senyum manis dariku
Jika senyumku ini bisa membawa neraka kepadamu

Ingatlah aku ini Wanita;
Yang bisa menarik lelaki ke syurga, begitu juga ke neraka.
Mahukah kamu aku menjadi salah seorang daripada mereka;
Yang bukan membawa kamu ke syurga sebaliknya neraka?
Aku tak mahu..

Dugaan untukmu, cabaran buatmu..
Aku bisa menjadi kekuatanmu,
Aku juga bisa menjadi kelemahanmu..
Aku bisa menjadi ubatmu,
Aku juga bisa menjadi racunmu..
Ingatlah aku ini Wanita;
Dugaan untukmu, cabaran buatmu..
Aku bisa menjadi kekuatanmu,
Aku juga bisa menjadi kelemahanmu..
Aku bisa menjadi ubatmu,
Aku juga bisa menjadi racunmu..