diwaktu orang lain sibuk bercinta dengan sesama manusia mengikut emosi dan perasaan, jadilah dirimu sebagai orang yang tidak pernah putus mencinta dan mendamba kasihNYA.. diwaktu orang lain sibuk mengimpikan masa depannya dengan temannya, jadilah kamu orang yang sentiasa terbayang-bayang dan bermimpikan bagaimana saat kamu dijemput menghadapNYA.. diwaktu orang lain sibuk ber'sms' dan berkata2 perkara yang sia2 (langsung tiada faedah disisi ALLAH), jadilah dirimu insan yang sentiasa berzikir mengingati ALLAHHU JALIL... diwaktu orang lain sibuk mengharap bantuan dan ucapan daripada orang lain, jadilah diri kamu orang yang sibuk menagih simpati mengharap pertolongan dan janjiNya.. dan yang lebih kamu perlu ketahui dikala orang lain sedang leka.. ALLAH biarkan mereka dengan kenikmatan dunia (mengejar nikmat dunia).. jauhilah dirimu daripada mengimpikan dan memperoleh semua itu buat sementara didunia.. bersyukurlah kerana ALLAH sayang akan dirimu daripada dibiarkan melalui hari hari berikutnya dengan dosa dosa dan kealpaan dunia..
p/s; peringatan untuk diri sendiri juga :)
