Friday, December 17, 2010

jaga 7 sunnah Rasulullah s.a.w.

pertama
solat tahajjud.. kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya..
kedua
membaca Al-Quran sebelum terbit matahari.. alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia.. sebaiknya mata membaca Al-Quran dgn penuh pemahaman.. means lepas baca ayat ayat Allah, kita baca tafsirnya untuk fahaman kita... :)
ketiga
 jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. sebelum melangkah ke mana pun, langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah..
keempat
 jaga solat dhuha.. kerana kunci rezeki teletak pada solat dhuha..
kelima
bersedekah setiap hari.. kerana Allah s.w.t suka orang yang bersedekah dan malaikat Allah selalu mendoakan orang orang yang bersedekah setiap hari..
keenam
menjaga wudhu.. khalifah Ali bin Abu Thalib pernah bekata, "orang yang selalu berwudhu sentiasa ia akan merasa selalu solat walaupun ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah". 
ketujuh
 amalkan istighfar setiap saat.. dengan istighfar, masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.. insyaAllah :)

p/s;
sharing is caring... mari sama sama membentuk peribadi mulia.. insyaAllah segala urusan akan dpermudahkan jika kita besungguh-sungguh dan ikhlas demi Allah. okay, doodles peeps! assalamualaikum... may Allah bless :)