assalamualaikum. sorry semua... kalau dekat exam ni, besa post aku sal family atau study. sebab dekat exam, aku selalu homesick and semangat juga cerita sal future. ngeh3... korang layan je la ek :P
my bff, mr. boss pesan..
kita kena selalu tajdid niat..
so, sebab apa kita study?
LILLAHI TA'ALA
paling utama, tentu sekali kerana Allah. kenapa kerana Allah? sebab aku datang sini untuk buat ibadah, bukan maksiat. menuntut ilmu tu kan satu ibadah. dan satu ayat yang aku mula sebatikan dalam diri aku, "HIDUP DAN MATI BIARLAH KERANA ALLAH" :)
DOCTOR IN THE MAKING
so itu lagi satu benda yang aku kena ingat, tuntut ilmu. insyaAllah hari-hari aku akan ingatkan diri aku yang aku datang ke bumi Anbiya adalah untuk menuntut ilmu. jadi tiada perkataan malas. shuh MALAS shuhh.. hee~ mengenali diri aku, tahulah aku bahawa MALAS merupakan dugaan terbesar yang aku perlu lawan. heee (buat muka sengih malu malu)~
selain daripada menuntut ilmu kerana Allah, aku tau untuk jadi doktor tu bukan senang. apa lagi untuk jadi doktor yang berkualiti. doktor kicai-kicai apa barang? so, doktor yang berkualiti mesti la yang berilmu kan.. dan itu la kenapa aku mesti rajin-rajin belajar. aku ta mau jadi doktor yang salah bagi patient darah ada HIV, aku ta mau jadi doktor yang salah diagnosis pesakit. aku mau jadi doktor yang betul-betul berjasa dan membawa makna kepada dunia serta agama, aku mau jadi doktor yang berupaya membantu pesakitnya kembali senyum, aku mau jadi doktor muslimah sejati.
lebih-lebih lagi aku bawa nama Shakila Seha, nama Islam. walau ke mana pun aku melangkah, aku kena ingat aku bawa nama agama aku dalam setiap tapak aku melangkah. jadi konklusinya, aku kena belajar juga rajin-rajin. this is my fight! strive towards EXCELLENCE! MUMTAZ! for Allah, for Islam, for myself, for my mom, my dad, my family, I'm going to win this fight. pray for me..! >_<
lagipun, aku mau tebus balik SPM aku. pencemar rekod straight A sejarah hidup betul. huh. aku memang amat amat besyukur la bila dapat juga ambik medic. walaupun bukan di Europe macam yang aku idam-idamkan, tapi Mesir ni pun sudah lebih dari cukup. i believe, Allah knows best. mesti ada hikmah di sebalik apa-apa yang berlaku. so, ini peluang kedua aku and i'm not going to waste it. never. syukran ya Rabb :)
AKU BUKAN PENGIKUT FIRAUN
other than that, aku sudah azam biarlah aku datang ke bumi penuh barakah ni dengan membawa pembaharuan kepada diri aku, perubahan yang baik la.. orang cakap datang tanah Mesir ni antara jadi Firaun atau para Nabi.. so aku ta akan sesekali mau jadi pengikut Firaun and for that, aku mau ambil peluang ni untuk dalami lagi Islam dan buat perubahan pada diri aku yang serba kekurangan ni.. (tiba-tiba pula humble. jarang-jarang. hehe).
aku mau start dari bawah. biar mula dengan belajar merangkak lalu berjalan kemudian berlari, dan bukan terus berlari dan terjatuh lalu tidak dapat berlari lagi. start dari bawah maknanya mula dengan mengenali Islam. aku mungkin Islam, tapi belum tentu aku betul-betul kenal apa tu Islam. so sebab tu, aku mau mula dari bawah. mula dengan pengenalan. orang cakap, tak kenal maka ta cinta kan. camana aku mo cakap aku cinta kalau ta kenal, right? analoginya sama la macam aku cakap aku cinta Dollah. tapi siapakah Dollah? wujudkah Dollah tu? lebih kurang gitu la.. hehe. dan sebab tu juga la aku download buku Harun Yahya, Let's Learn Our Islam.
let's make a fresh start! stay tune for the brand-new Shakila Seha ;)
BILA LAGI?
Bila lagi? yang pertama: Alang-alang sudah datang Mesir, aku ingat bila-bila Allah izinkan, aku mau buat umrah. Nanti-nanti kalau ada rezeki, buat haji pula. Rugi kalau ta buat.. :)
Bila lagi? yang kedua: Mau jalan-jalan! hehe :D
Bila lagi? yang ketiga: Mau ambik gambar sebanyak yang mungkin. Satu hari nanti boleh la tayang dekat anak cucu. Hahaha
Bila lagi? yang keempat: Jom timba pengalaman yang belum tentu orang lain boleh dapat. Appreciate every moment, cherish every memories! Pengalaman mematangkan fikiran, perjalanan meluaskan pandangan :)
Bila lagi? yang kedua: Mau jalan-jalan! hehe :D
Bila lagi? yang ketiga: Mau ambik gambar sebanyak yang mungkin. Satu hari nanti boleh la tayang dekat anak cucu. Hahaha
Bila lagi? yang keempat: Jom timba pengalaman yang belum tentu orang lain boleh dapat. Appreciate every moment, cherish every memories! Pengalaman mematangkan fikiran, perjalanan meluaskan pandangan :)
------------------------------------------------------------------------------------------------
Well I might still be the cengeng Seha or the spoilt Shakila Seha, but despite cengeng and spoilt, I'm also the same determined ambitious Seha and tough hearted Shakila Seha. So I'm ready for anything. Give me storm, hell or high water, I'll overcome whatever comes to me. Because I know that Allah is always there.
"Maka barang siapa mengikuti petunjuk-Ku, tidak ada rasa takut pada mereka dan mereka tidak bersedih hati."
Surah Al-Baqarah, Ayat 38.
May Allah bless.
P/S: Pessimistic, you are surely KALAH.

