* Orang yang benar cintanya adalah orang yang apabila ia berbicara, maka ia berbicara kerana Allah. Jika ia diam, maka itu juga kerana Allah. Jika ia bergerak, maka ia bergerak kerana perintah Allah. Dan jika ia berdiam diri, maka sungguh ia berdiam diri hanya kerana mengharap redha Allah. Ia berbuat demi untuk Allah, kerana Allah dan bersama Allah.
* Barangsiapa yang mencintai Allah, maka akan dianugerahkan perasaan cinta, sikap taat, gemar berzikir dan berbuat khidmat kepadaNya.
* Barangsiapa mencintai Allah, maka Allah pun mencintainya. Dan barangsiapa yang dicintai Allah, maka bererti ia mendapatkan keberuntungan yang tiada taranya, dimana cintaNya yang Dia wajibkan bagi hambaNya itu diberikan dengan memasukkannya ke dalam syurga, menghindarkannya dari siksa api neraka dan juga dengan memperbaikinya dalam urusan agama serta dunia.
* Tanda-tanda cinta yang benar adalah mencurahkan segala kemampuan, jiwa dan harta benda untuk mencapai keredhaan Allah.
* Zikir dihati membuahkan cinta.
* Barangsiapa yang ingin mengetahui sejauh mana cinta Allah kepadanya maka hendaklah ia mendalami sejauh mana cintanya kepada Allah.
* Hati orang-orang yang mencintai tidak pernah merasa tenteram, kecuali pada saat berzikir kepada Allah. Begitu pula dengan jiwa orang-orang yang rindu, kecuali apabila bertemu dengan Allah.
* Siapa yang berpaling dari mencintai Allah, mengingatNya dan merindukan pertemuan denganNya, maka Allah akan memberi cobaan dengan apa yang ia cintai selain Allah itu.
* Allah itu Maha Menyintai dan mencintai orang-orang yang saling mencintai keranaNya.
p/s; jangan biar aku leka lagi ya Allah.. kekalkan hatiku dalam mengingatiMu :'(
