Monday, January 17, 2011

bila hati bersedih..

bila hati bersedih, ubatlah hatimu dengan ayat-ayat cinta dariNya.. insyaAllah hati akan kembali bahagia. :)

bersabarlah dengan setiap ujian yang menimpa dirimu kerana kamu adalah insan terpilih antara berjuta makhluk untuk merasai hikmah ujian itu.
ujian dturunkan adalah untuk menaikkan darjat ketakwaanmu dsisi Allah. maka bersangka baiklah di atas ujian yang telah Allah kurniakan. ada manisnya dsebalik pedihmu itu.
dengan adanya kesusahan dan kepedihan dalam kehidupan, kita dengan bijak dapat membezakan di antara keselesaan (nikmat) dan kesengsaraan (bala). manusia akan dapat belajar erti bersyukur.

dan ingatlah, bahawa ujian yang kita perolehi ini ternyata amat kecil jika dbandingkan dengan ujian orang lain. kita masih mampu tersenyum dsini, tetapi ingatlah insan lain yang terpaksa merintih setiap hari untuk hidup. ternyata ujian mereka lebih besar daripada ujian yang kita alami saat ini.

ingatlah, setiap masalah itu ada hikmahnya.
setiap kesulitan yang di alami, akan membuatkan manusia menyedari betapa kerdilnya kita sebagai hamba Allah, sekaligus menyedari Allah itu Maha Berkuasa.
dan ingatlah, bahawa ujian itu tandanya Allah mencintaimu, dibiarkan hambaNya merasai manisnya hikmah ujian itu di penghujungnya walau di awalnya derita yang dirasa.
menyedari kita ini hanyalah hamba Allah, kita sememangnya layak d uji. jangan pernah mengeluh andai kita merasa pedihnya takdir, jangan pernah mencebik andai kita merasa sukarnya hidup. ya, mujahadah itu pahit, kerana syurga itu indah. :)

bersyukurlah andai kita merasai musibah atau ujian kerana Allah itu sangat rindu untuk mendengar rintihan kita kepadaNya. manusia itu sendiri sering lupa, maka di datangkan Allah ujian kepadanya untuk kembali mengingatiNya.

salam mujahadah semua. may Allah bless! :)