Tuesday, January 18, 2011

erti nyawa seorang ibu

(klik imej untuk lihat lebih jelas)

Cerita di atas adalah cerita benar yang berlaku semasa pasukan penyelamat mencari mangsa yang masih terselamat dalam Kejadian gempa bumi WenChuan pada 2008..

Ketika pasukan penyelamat dalam usaha mencari, mereka menjumpai satu tubuh wanita yang kaku dan dalam postur seperti melutut, badannya sedikit kehadapan dengan tangan yang menolak tanah..

Ketua pasukan penyelamat menggerakan wanita tersebut untuk memastikan sama ada wanita tersebut hidup atau tidak..

ternyata tiada respon..

ketika pasukan penyelamat menjumpai tubuhnya, wanita itu telah pun 24 jam meninggal dunia dihimpap sebuah rumah yang runtuh.

kerana mangsa tidak lagi bernyawa..
pasukan penyelamat pun mula beredar untuk ke bangunan sebelah untuk meneruskan misi mencari dan menyelamat...

Sebaik sahaja mereka beredar, tiba-tiba ketua penyelamat memanggil semula pasukannya..

"datang cepat! "

lantas, ketua penyelamat terus menghulurkan tangan dan mencari sesuatu di bawah mayat wanita itu..

dengan bantuan rakan-rakan sepasukan, mereka menjumpai seorang bayi masih lena tertidur bersalutkan selimut merah berbunga kuning dibawah perlindungan ibunya..
 

Mereka memeriksa bayi tersebut, tiada satu kesan calar pun dapat dikesan. Bayi tersebut lebih kurang 3 -4 bulan ..

ketika mahu menyerahkan bayi itu kepada doktor, tiba-tiba mereka mendapati terdapat satu telefon bimbit dalam selimut bayi tersebut..

selepas diperiksa, doktor tersebut mendapati terdapat sebuah mesej lantas membacanya..

" Anakku sayang, jika kau terselamat dan masih bernyawa, kau mesti ingat yang ibu sentiasa sayang pada kau "..

doktor tersebut lantas mengeluarkan air mata.. menangis kesayuan..
telefon bimbit itu pun diedarkan sorang demi sorang..

setiap orang yang membaca mesej itu turut menangis..

Subhanallah..

Hebatnya kasih seorang ibu kepada anaknya..

Sanggup menahan kesakitan di tusuk kayu dan dihempap batu sehingga tidak bernyawa demi untuk menyelamatkan anaknya..

Jadi hari ini, ingatlah balik ibu kita..

Mungkin kita tak pernah dengar dia mengungkapkan yang dia menyayangi kita
tapi ketahuilah,

Ibu sayang sangat anaknya..
cuma mereka jarang luahkan secara lisan..

tiada ibu yang tidak sayangkan anaknya..

Maha Suci Allah...
memberikan setiap kami seorang ibu yang hebat...
 

Kalau isteri, hilang boleh dicari ganti.
tapi...
kalau ibu, hilangnya tiada berganti..
walaupun kita punyai berbillion duit, tapi takkan dapat digantikan dengan seorang ibu..
itulah satu-satunya ibu kita..


hai anak... 

apakah kau tidak ingat ketika kau melawan cakap ibumu?
 

apakah kau tidak ingat waktu ketika kau berasa benci dikongkong ibumu?
 

apakah kau tidak sayangkan ibumu?

Ketahuilah, sesungguhnya keredhaan ibumu itulah Keredhaan Allah..



p/s; time-time exam, mood saya selalu homesick.. :'( sebab tu suka baca artikel tentang family atau ibu bapa. jumpa cerita ni n rasa nak kongsi dengan semua. mama, kaka sayang mama! :')