
Kecik hati saya, kenapa mak sayang dia lebih... mak asyik menyebelahi dia je.. yang salah semuanya saya.... sikit-sikit dia.. yang jahat saya... antara rungutan seorang anak yang tidak berpuas hati dengan sikap pilih kasih emaknya.
Yelah, kau pandai... cikgu suka kau... kawan-kawan pun ramai yang suka kau.. aku ni sape.. dahlah tak pandai... tak cantik pulak tu.... antara ngomelan seorang kawan.
Siapalah kita sebenarnya yang berhak memaksa semua orang untuk sayang kita, suka kita, ikut kehendak kita???? siapa kita?
Andai katalah kita berhak meminta disayangi semua orang, sehinggakan Angelina Jolie dan Brad Pitt yang tak pernah kita jumpa pun tetiba datang cari kita... dek kerana sukakan kita... alangkah bertuahnya badan...
Fahamilah, kita ini hanya hamba Allah.... H.A.M.B.A A.L.L.A.H..
Dah di katakan hamba tu... redhalah... REDHA... kalau ada yang tak sayang dan tak suka kita. Ramai lagi yang lain suka dan sayang dengan kita...di dunia ada berjuta-juta manusia.. buat seja yan g terbaik dan buat baik dengan semua orang..nanti adalah yang akan sayang dan suka dengan kita... jangan sedih, cemburu dan iri hati dengan orang yang kita anggap tak sayang kita.
Jodoh pertemuan, ajal dan maut tu, semua adalah ketentuan Allah.. kita hanya perlu buat yang terbaik untuk mendapatkan yang terbaik.
Seorang emak yang mempunyai 10 org anak.. suka hati dia lah nak sayang anak yang mana lebih... anak no.1 ke, no. 3 ke.. no. 5 ke atau no.9 atau no. 10. kita ni kan anak, dah jadi tanggungjawab kita menghormati, menyayangi dan memenuhi keperluan mereka ikut yang kita mampu... jalankan saja tanggungjawab kita. pedulikan emak sayang kita atau tidak..
Ini.. kononnya merajuk dengan emak... ayah meninggal dunia pun sanggup tak balik.. jenguk jenazah ayah.... (benar-benar berlaku..baru-baru ini November 2010..bukan jauh pun jarak antara rumah emak dengan anak ini.. sampai tak nak datang jenguk pun jenazah ayahnya... yang telah bertungkus-lumus cari rezeki membesarkan anak... akhirnya inilah hadiah terakhir dari seorang anak... jenazah bukan minta diuruskan..jenguk pun tidak)...
bagaimana perasaan anda kiranya anak anda berbuat begitu.. alangkah sedih dan remuknya hati seorang emak yang melahirkan kita ke dunia ini..
Tidak ada emak/ayah yang tidak sayang sayang anak. (Melainkan ayah/emak yang kurang imannya.. yang terpengaruh dengan bisikan syaitan... minuman kegemaranya.. arak... makanan kesukaannya.. dadah.. hiburan hariannya judi... maksiat)
Sedangkan seorang emak yang hanya ada dua orang anak pun jadi masalah iri hati, cemburu..
Kesian emak.. nak jaga hati anak-anak. Tetapi anak tidak memikirkan hati dan perasaaan seorg emak.
Kita marah orang tak sayang kita... Cuba renungi dalam-dalam dan fikirkan...siapa sebenarnya yang kita marah.
Kita sukakan kekasih kita... siapa yg pertemukan kita? bukankah itu kehendak Allah, dengan izin Allah kita dipertemukan..
Kita marahkan emak kita.. siapa yang menentukan kita akan keluar ke dunia ini melalui rahim siapa...?????? itukan kehendak Allah ta'ala.
Setiap perbuatan dan langkah kita ini, kiranya jika Allah TIDAK izinkan ..ianya TIDAK akan berlaku.
Emak sayang kita, atau tak suka kita... lebihkan adik-beradik yang lain... itukan kehendak Allah jua.. dengan IZINNYA..
Kita dibenci.. terimalah ia ujian dari Allah.. semak diri sendiri.. kenapa kita dibenci..
Kita disayangi... terimalah ia ujian dari Allah... perbaiki lagi diri agar lebih ramai lagi yang menyayangi.
Bukankah itu semua ketentuan Yang Maha Kuasa.. kita sendiri pun tidak semua orang kita suka, tak semua orang kita sayang.... tanyalah diri sendiri.. kenapa aku tidak bersikap adil... sayang semua org.. tidak pilih kasih..
Sedangkan Rasulullah s.a.w...kekasih Allah...pelbagai ujian yg Baginda lalui..dibenci sedara sendiri..
Inikan pula kita yang hanya hamba Allah yang biasa-biasa saja.. bukan rasul, bukan nabi, bulan wali, bukan alim ulama...
Kita.. jalankan tanggungjawab kita sebagai seorang anak, sebagai seorang teman, sebagai seorang pekerja... paling penting, sebagai HAMBA ALLAH.
Suka hati dia lah nak sayang siapa..... yang penting kita berusaha dan didik hati kita untuk sayang semua orang... okay kawan kawan?
p/s; terima kasih mama.. kerana mengandungkan, melahirkan dan membesarkan kaka n adik-adik serta mendidik kami... itu sudah cukup membuktikan mama sayang pada kami... yang lain tidak perlu.. sorry kalau post ni agak emo banyak. mood: homesick :'(
