dulu,
bila dsebut lelaki,
wanitanya mendongak megah,
lelaki kami Asadullah, Saifullah,
tokoh ramai tak terkira..
kini,
bila dsebut lelaki,
wanitanya menunduk lemah,
tokoh kami sedikit sekali,
ramainya, boneka Yahudi.
dulu,
bila dsebut lelaki,
wanitanya tenang dhati,
lelaki kami menjaga, melindungi.
kini,
bila dsebut lelaki,
wanitanya mahu cabut lari,
lelaki khianat, perogol bersiri.
dulu,
bila seorang wanita teraniaya,
sepasukan kuda putih datang membela,
Al-Muta'sim kebanggaan wanita.
kini,
ribuan wanita suci dpenjara,
Fatimah dperkosa minta dbela,
lelaki tunduk tak bertenaga.
dulu,
bila wanita dbawah jagaannya,
lelaki memagari sehabis daya,
tiada siapa berani menggoda.
kini,
bila wanita dbawah jagaannya,
lelaki tak kisah auratnya terbuka,
wanitanya dbiar bebas binasa.
dulu,
lelaki menggadai harta dan nyawa,
untuk mengangkat kemuliaan agama.
kini,
lelaki menggadai ketinggian agama,
demi nafsu, dunia seisinya.
dulu,
lelaki bermatian mencipta sejarah,
kental bjihad, tekun bdakwah.
kini,
lelaki hanya menyanjungi sejarah,
diri bermalasan, tenaga tak dkerah.
dulu,
lelaki memperjuangkan deen dan ummah,
Al-Farouq, Zunurain mati terbunuh.
kini,
lelaki memperjuangkan diri dan kroninya,
hingga sanggup membunuh.
dulu,
lelaki bersatu menghadapi musuh,
angkatannya kuat dan teguh.
kini,
lelakinya berpuak dan berpecah,
sesama sendiri sering bertelingkah.
kembalilah wahai lelaki,
pada kelelakianmu,
kami rindukan lelaki dulu,
acuan madrasah Rasul..
"kami rindukan lelaki dulu, acuan madrasah Rasul". Benar, sangat besar perbezaan lelaki dulu dan kini. Masih adakah lelaki kini peribadinya sehebat Saidina Ali Karamullahu Wajhah? Yang pada zaman mudanya diisi dengan perjuangan-perjuangan keislaman? Apatah lagi para mujahidin Islam yang lain. TERlalu jauh peribadinya jika dbandingkan kini..
Maaf semua, ini bukan entri diskriminasi gender tapi realiti, wanita macam tu jugak. Tapi, hakikatnya lelaki yang memimpin. Lelaki yang akan menjadi pemimpin kepada wanita. Lelaki yang akan menjadi kapten dan ketua keluarga dalam rumahtangganya nanti kan? Andai kata, kapten dalam sesebuah kapal terlalai daripada menjalankan tugas-tugasnya, pasti akan berlaku kepincangan dalam ahli-ahli kapal tersebut.
Lelaki yang akan menjadi pemimpin, lelaki yang seharusnya melindungi, maka mengapa kini keadaannya jauh berubah sekali? Muslimah, inikah calon suami anda?
atau ini?
Memang sukar untuk kita menjadi seperti mereka, tapi contohilah mereka, akhlak mereka, peribadi mereka, insyaAllah Allah akan bantu. Mungkin sukar untuk kita menjadi sehebat mereka, tapi boleh bukan kita didik hati untuk berjinak dengan ilmu agama, perbekalkan diri dengan ilmu pengetahuan, hiasi dirimu dengan akhlak mulia. InsyaAllah, jika lelaki kini berusaha untuk berubah menjadi insan terbaik, maka wanitanya juga akan terpelihara. Wanitanya juga akan turut berubah menjadi insan yang lebih dhormati, bukan seperti wanita kini yang lebih banyak tergadai maruah diri.
p/s; siapa soleh, dapat solehah! remember that~ :) muhasabah diri sama sama ya kawan kawan.. may Allah bless :)



