sudah lama saya tidak mencoret dalam blog ini.. cuti-cuti Malaysia sangat banyak terisi dengan keluarga yang sangat saya rindui. :)
baikkk... balik ke topik asal post ini.
ya, cinta itu hadiah daripada Allah kepada manusia. maka, sudah sepatutnya cinta kita kepada yang lain adalah atas dasar cinta kepadaNya juga.
cinta itu umpama hadiah daripada Allah. kita gembira dan suka apabila menerima hadiah. namun, wajarkah hadiah lebih dcintai daripada Pemberi hadiah? jawabnya, tepuk dada, tanya iman di dalam jiwa. tentulah Pemberi hadiah. malangnya, apa yang berlaku kekadang lebih daripada itu. pujaan, sanjungan dan sikap mengagung-agungkan cinta dalam nyanyian dan filem kekadang sampai ke tahap boleh 'mempertuhankan' cinta. seolah-olah cinta itulah segala-galanya.
apa bezanya cinta kepada 'selain daripada Allah' kerana Allah dengan yang bukan kerana Allah? ( kalau ta faham, baca betul betul)
ini sangat penting sebab ramai yang mencintai ibu bukan kerana Allah, mencintai isteri bukan kerana Allah dan mencintai kekasih bukan kerana Allah. jawabnya, cinta kerana Allah tidak memerlukan 'ramuan-ramuan' yang bersifat racun (dosa). cinta ini boleh terjalin pada sesiapa saja; antara sahabat, keluarga dan saudara-mara, suami-isteri, pemimpin-pengikut dan sebagainya.
cinta yang 'disintesis' daripada cinta Allah ini juga tidak memerlukan 'perantara-perantara' yang bersifat 'physical contact' kerana ia tidak bersandarkan kepada sesuatu yang bersifat fizikal; yang memberi rupa, warna, rasa dll. tapi ia tetap suci dan menyucikan.
kalau cinta ini terjalin antara lelaki dan perempuan yang belum diikat oleh tali perkahwinan, maka mereka tidak perlu selalu berjumpa, bercanda atau memerlukan apa saja 'medium' yang bertentangan dengan kehendak Allah. cinta mereka tidak akan dikotori oleh luapan nafsu yang melanggar syariat. sebaliknya cinta itu bertaut pada rasa yang suci. ingin sama-sama berganding bahu, bersatu rasa, untuk sama-sama mentaati Allah. :)
TIDAK PAYAH BERSENTUHAN TANGAN, KERANA MEREKA SUDAH BERSENTUHAN HATI. TAK PAYAH BERBALAS KERLINGAN KERANA MEREKA SUDAH PUN BERBALAS-BALAS DOA. kalau cinta ini terjalin antara suami isteri, maka isteri akan meletak seluruh ketaatan kepada suami kerana cintanya kepada suami datang dari cintanya kepada Allah. :)
ingatlah, bahawa kekukuhan dan kestabilan sesuatu hubungan itu akan berlaku apabila al-Khaliq (Tuhan) dijadikan pengikat hubungan itu.
firman Allah:
"jika kamu belanjakan seluruh isi bumi (untuk menyatukan hati manusia), nescaya kamu tidak akan dapat menyatukan hati mereka melainkan Allah jua yang menyatukan mereka." (Al-Anfal 8:63)
p/s; pintu taubat sentiasa terbuka. cinta-cinta lama yang melalaikan itu sangat ingin saya lupakan. semoga hati ini kasih kepadaMu ya Allah lebih dari kasih kepada yang lain. aminnnn... :')
