Ya Allah..
andai dia jodohku..
dekatkan lah hatinya dan hatiku di atas jalan yang Engkau redhai..
Ya Rahman..
andai dia jodohku..
tetapkan lah hatinya dan hatiku dalam menunggu takdirMu untuk kami bersama..
Ya Rahim..
andai dia jodohku..
permudahkan lah jalan kami menuju cinta yang halal dan sah disisiMu..
semoga tiada halangan dan dugaan yang berat sepanjang perjalanan itu..
Ya Karim..
andai dia jodohku..
berilah petunjuk kepada hambaMu ini..
sesungguhnya aku hanya hambaMu yang lemah..
tak mampu menduga masa depan yang Kau aturkan untukku..
Ya Tuhanku..
tetapi andai sudah tercatat di Luh Mahfuz-Mu
bahawa dia bukan untukku..
dan aku bukan untuknya..
aku memohon kepadaMu ya Allah..
berilah muslimah yang terbaik untuknya..
yang dapat menjaganya..
di waktu senang dan susahnya..
di waktu naik dan turunnya..
dan juga di waktu terang dan gelapnya..
yang dapat membantunya mendekatkan diri kepadaMu..
walaupun itulah sebenarnya yang aku ingin lakukan untuknya..
kerana aku sayang padanya..
tetapi aku tahu..
bahawa Kau lebih menyayanginya..
kerana itu Kau memberinya yang lebih baik dari diriku..
aku yakin pada Qada dan QadarMu..
setiap sesuatu yang terjadi, Engkau pasti selitkan hikmahnya di kemudian hari..
Ya Allah ya Tuhanku..
moga setiap titisan air mata yang jatuh ini tidak sia-sia,
dengan segala dosa yang ku perbuat,
dengan segala macam nikmat yang ku kufuri,
dengan segala macam ujian yang ku terima..
aku cuma mendambakan syurgaMu ya Allah..
dan bakal zauj yang mampu membimbingku lebih dekat denganMu..
Ya Allah..
bantulah kami dalam menjaga hati kami..
dan semoga cinta ini mendekatkan kami dengan cinta kepadaMu..
kerana sesungguhnya hanya cintaMu yang kekal abadi..
amin ya Rabbal alamin.. :')
