Tuesday, April 12, 2011

untukmu wanita

Ada apa pada lawa rupa jika hati berlainan
Ada apa pada cantik wajah jika jiwa sebaliknya

Nabi Muhammad s.a.w. pernah memberitahu tentang akan ada suatu masa nnt, wanita-wanita ‘menutup’ aurat, namun masih lagi seakan-akan mereka itu tidak berpakaian. Adakah kau di antara mereka? Kau pasti diseksa jika belum taubat!!

Ku sebak, terkilan, sedih melihat
Dikau menutup seluruh badanmu namun ketat

Apakah fungsi kau menutup badanmu jika JELAS kelihatan di mata ini?
Ingin ku menegurmu namun ku hanya an ‘outsider’ yang tidak kau kenali

Kadang kala kau berpakain sopan, serba cukup dan menutup aurat
Namun, di manakah stoken tangan dan stoken kakimu?
Bukankah aurat-auratmu sudah kau pelajari, ketahui semuanya?
Jika kau sebegitu, ku memaafkanmu jika kau tidak tahu

BUSANA: Fesyen bertudung terkini…’Islamic’ Fashion Show
Kononnya bertujuan muslimah maju, muslimah ikut pergerakan masa
Apakah majunya engkau jika tudungmu menampakkan leher?
Apakah fungsi tudung jika dadamu jelas kelihatan?

Wahai Wanita, adakah kau menutup aurat kerana Allah?
Ataupun mengikut fesyen?
Amal tanpa ikhlas laksana garam jatuh ke air
Kau rela ikut kata mereka dan ingkar larangan Allah & Rasulullah?
Ku kecewa, didikan agama sudah diberi, ternyata dosa tidak kau segan

Mereka memujimu
Kau cantik, lawa
Kau seksi, hot
Kau luar biasa

Namun, Allah tidak suka padamu
Rasul s.a.w. kecewa denganmu
Rasul sudah lama pergi…jika dia kembali
Dia pasti menangis melihatmu

Ku harap kau insaf dan langsung taubat
Sedarlah, cukuplah, jangan lagi kau kumpul dosa
Katanya kau cinta pada Rasulullah saw
Dia ingin sangat melihat umat-umatnya berkumpul di padang mahsyar dengan gembira, nantikan saat berjalan bersama-samanya di atas As-Sirat menuju Al-Jannah (Syurga)…

Ku minta maaf jika terkasar bahasa. Ku harap kau sedar dan ku tulis ini supaya ku dapat berlepas tangan. Seandainya Allah swt menyoalku tentang apa ku lakukan sedangkan ku sudah terlihat kemungkaran, akan ku jawab “telah ku jalankan tanggujawabku”. Ku harap kau jalankan tanggungjawabmu sebagai seorang Muslimah.

Tidak kau beriman hanya dengan kata: “Aku Beriman”
Seharusnya amalanmu seiras dengan apa kau katakan
Hakikatnya, tidak perlu
“aku sayang pada Nabi Muhammad”
“Allah lah yang pertama di hatiku”
“aku takut neraka; aku ingin syurga”
Amalanmu..amalanmu…amalanmu
Itulah bukti kata hatimu
Assalamualaikum
MAY ALLAH BLESS