Monday, May 30, 2011

cantiknya seorang muslimah..

"awalnya aku tidak percaya diri,
dengan pakaian yg tertutup rapi,
kawan-kawan berkata aku tidak trendy,
tapi abi kata aku cantik begitu pun ummi,

wahai kawan yg bermimpi sanjungan,
cantik bukan bererti BUKA-BUKAAN
cantik bukan bererti selalu BERDANDAN
dan cantik bukan bererti SEORANG PUJAAN

ku ulurkan jilbabku hingga terasa damai hatiku
ku longgarkan pakaianku sehingga tertutup bentuk tubuhku
ku lakukan semuanya demi cintaku kepada Rabbi-ku
dan ku berbisik dalam hati ku,semoga engkau bahagia melihat ku..

andai semua orang memahami
cantik lahir bukan lah ukuran
tapi cantik hati memikat semua orang
dan yang utama budi pekerti
seperti yang Rasulullah contohkan.."

p/s; sajak yang menyentuh hati.. dari blog kawan saya dan saya kongsikan dsini kerana saya sayang kalian semua kerana Allah. :) may Allah bless.. :')