Sunday, June 5, 2011

4 lelaki yang ditarik wanita ke neraka

Pertama:- Ayahnya
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat... tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.

Kedua:- Suaminya
Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram, apabila suami mendiam diri... walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.

Ketiga:- Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh kepula abang-abangnya... jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM... tunggulah tarikan adiknya di akhirat.

Keempat:- Anak Lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan diakhirat kelak... nantikan tarikan ibunya.

Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun  tarikannya begitu hebat... maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang/anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar seperti firman ALLAH SWT:-
“Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan ahli keluargamu daripada api neraka, yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu berhala. Di atasnya ada malaikat yang amat kasar lagi keras perlakuannya. Mereka tidak mengengkari Allah apabila disuruh dan mereka tentu melaksanakan apa yang diperintahkan”  [QS al-Tahrim 66:6]

"Hai wanita, kasihankan ayah anda, suami anda, abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda.. .kasihankanlah mereka dan diri kamu sendiri... jalankan perintah ALLAH SWT dengan bersungguh-sungguh dan dengan ikhlas. Janganlah anda menyakiti kaum hawa hanya kerana lahiriahnya wanita adalah kaum yang lemah. Suami janganlah mendera isteri semata-mata melepaskan amarah diri. Bapa janganlah menjadi haruan kelaparan, abang janganlah menjadi lelaki durjana, anak janganlah menjadi anak derhaka.

Wanita bukan dilahirkan untuk disakiti, untuk dicaci dan dimaki, sebaliknya wanitalah yg memberi cahaya kebahagiaan kepada lelaki. Akhir kata, marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik dan tertarik. Oleh mana-mana pihak? Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH SWT nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA... semua kaum muslim masuk syurga... janganlah kita membuang atau tidak mengendah janj.i

ALLAH SWT SEMOGA KITA SEMUA TERGOLONG DARI AHLI SYURGA YANG MEMASUKI-NYA TANPA HISAB.