Ya Allah, adakah aku layak untuk memiliki hambaMu yang soleh sebagai jodohku.. Aku masih belum layak lagi, Ya Allah. Ya Allah, ku ingin mencari cintaMu, memperbaiki hubunganku denganMu, menambah amal ibadahku padaMu dan selalu mendekatiMu ya Allah. Subhanallah, ku ingin mengecap cintaMu dahulu sebelum aku mengecap cinta si dia yang Kau ciptakan untukku. Ya Rabb, biarlah nanti dia mencintaiku keranaMu, dan biarlah nanti juga aku mencintai dia keranaMu. Allah, berikanlah aku masa memperbaiki diri ini, menguatkan keimanan ini, supaya nanti aku lebih bersedia untuk si dia, si dia yang telah Kau tetapkan untukku. Kau berikanlah aku petunjukMu, Ya Allah.. Kau bimbinglah aku ke jalan yang benar dan Kau jadikanlah aku wanita yang solehah.
"Ya Allah, Kau jadikanlah aku menyintai orang yang beriman & Kau jadikanlah orang yang beriman menyintaiku."
"Ya Allah, Kau jadikanlah aku menyintai orang yang beriman & Kau jadikanlah orang yang beriman menyintaiku."
Wahai para mujahid dan mujahadah, ingatlah janji Allah SWT dalam Surah An-Nur, ayat 26;
"(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan- perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang- orang (yang jahat) mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia."
Saya nak kongsi sesuatu. Ustazah Siti Nor Bahyah telah kongsikan ini untuk para penonton rancangan Semanis Kurma di TV9. Ianya adalah doa-doa yang boleh diamalkan untuk dikurniakan jodoh. Mudah-mudahan Allah SWT sentiasa mengurniakan rahmatNya pada kita.
Surah Yusuf, ayat 4 : Mintalah kepada Allah supaya dikurniakan jodoh yang soleh/solehah, baik & yang sama waktu dengannya.
Surah Anbiya, ayat 89 : Sambil berdoa kepada Allah bahawa kita memerlukan teman hidup, supaya dapat jodoh & tidak keseorangan.
Surah Toha, ayat 39 : Sambil berdoa supaya kasih sayang berkekalan, terutamanya kepada suami isteri.
Redhalah dengan apa yang dikurniakan oleh Allah kepada kita kerana sesungguhnya Dia yang telah menciptakan kita. Jadi, Dia jua lah yang mengetahui apa yang terbaik buat kita. Kita hanya mampu merancang, tetapi Dia yang menentukan.


