Friday, July 8, 2011

buat kaum hawa..

hawa,
jangan berkecil hati saat ada lelaki yang berani mempersoalkan tingkahmu menjaga diri.
andai perilakumu yang menjaga diri ditafsir menyombong, menjual mahal.
maka biarlah.
dan diamkanlah..
jangan kau terasa hati,
lantas memurahkan diri..


jangan hawa.
jangan begitu mudah berpaling.
jangan begitu mudah berubah arah.


lelaki..
maaflah bila kami bukan jenis yang 'happy go lucky'..
maaflah bila kami bukan jenis yang 'bubbly'..
maaf juga bila kami jenis yang pendiam..
membosankan bila diajak bicara..
tidak 'up to date' dipandangan mata..
tidak mempersona..
dengan cara dan gaya..


maaf..
bila itu menjengkelkan kamu..
bila itu bukan pilihan kami..
bila kami memilih untuk menjauh..
bila kami memilih untuk menjarak..
bukan kerana kami menyombong..

tapi kerana kami takut..
menjadi fitnah buat kamu,
tanpa kami sedari..

tapi kerana kami bimbang.
menjadi pelemah iman lelaki ajnabi tanpa kami sedari..


lelaki..
andai kamu tahu betapa bukan mudah bagi kami;
membentengi diri,
membina tembok melindungi hati..
jangan tersalah tafsir tingkah kami..
sungguh menjadi fitnah buat lelaki adalah ketakutan dan kebimbangan yang selalu mengekori kami..



hawa,
tak mahukah kamu merasakan,
getarnya hati saat pertama kali bertentang mata pada hari ijab kabulmu?


tak inginkah kamu merasakan,
malu dan debarnya pertama kali berjabat tangan dengan seorang lelaki yang telah Allah pilihkan buatmu?


maka.. sebelum dia halal buatmu,
peliharalah dirimu baik-baik.
biarkan kamu mengecap manisnya bertentang mata saat setelah terlafaz ijab dan kabul.
biarkan kamu merasa debar dan getarnya saat pertama kali tanganmu menyentuh tangannya.
setelah dia halal buatmu.
setelah kamu yakin dialah yang telah Allah pilihkan buat kamu.
insyaAllah.. :')