Wednesday, July 20, 2011

mabruk senior-seniorku :D

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah, syukur ke hadrat ALLAH SWT, atas segala nikmat dan kurniaan yang telah dan akan diberikan kepada kita semua.

Dengan ini saya mewakili keluarga saya, Abdul Rahim Bin Suhaini dan keluarga Nurul Izyani Binti Rosley ingin mengumumkan kepada semua sahabat seperjuangan di bumi Mesir, bahawa insyaAllah, saya dan Nurul Izyani Binti Rosley akan mengikat hubungan pernikahan pada 17 September 2011 ini bersamaan 19 Syawal 1432H.

Saya berharap agar sahabat sekalian dapatlah mendoakan kami supaya dimudahkan segala urusan dan moga pernikahan ini berkekalan hingga ke syurga InsyaAllah. Juga diharapkan sepertimana firman Allah SWT dalam surah Ar Rum ayat 21 :
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.

*Walimatul Urus akan diadakan selepas selesai pengajian di Mesir ini insyaAllah. :)

 p/s; terkejut sangat lepas baca email ni pagi tadi.. n tumpang happy untuk mantan pengerusi ngan mantan timbalan pengerusi pci last year. alhamdulillah. semoga berkekalan hendaknya dan semoga dipermudahkan segala urusan. insyaAllah.. :) may Allah bless..