Thursday, July 28, 2011

rendah diri itu perlu

Ini adalah tips dari Syeikh Abdulkadir Al Jailani 
untuk sentiasa bersangka baik sesama insan.
supaya kita akan rasa rendah diri sentiasa.

[1] Jika engkau bertemu dengan seseorang,
maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :
"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".

[2] Jika bertemu
anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah,
sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya.
Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..

[3] Jika bertemu
orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."

[4] Jika bertemu dengan
seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi,
mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai,
mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya,
tentu dia lebih baik dariku."

[5] Jika bertemu dengan
seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu),
sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.
Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak.
Dia tentu lebih baik dariku."

[6] Jika bertemu dengan
orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak,
mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh.
Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.
p/s; sangat perlu untuk kita lebih memandang kebaikan orang lain daripada memikirkan keburukan orang lain yang tiada gunanya sedangkan kekurangan kita sendiri lagi banyak. rendah diri itu perlu bagi setiap manusia. may Allah bless! :)

“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan 
(supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) 
kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; 
dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. 
Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya.(Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat,lagi Maha mengasihani.” 
(Al-Hujurat: ayat 12)