apabila datang perasaan seperti itu dihati kita.. sedarkah kita Allah menguji cinta kita? Allah bukan saja menguji cinta kita kepadanya, tetapi menguji cinta kita kepadaNya. masa tu, terujilah cinta kita, apakah kita benar-benar cinta kerana Allah atau cinta hanya mengikut nafsu atau cinta nafsu?
memang, orang yang paling dapat buat kita marah adalah orang yang paling kita sayang. jadi, bila kita diuji begini, katakan pada diri sendiri, "Oh, Tuhan kau sedang mengajarku erti cinta dan erti sabar." :)
kalau benar kita cinta dia kerana cintakan Dia (Allah), maka mudahlah kita mengorbankan perasaan marah. sesungguhnya, cinta itu sentiasa mengatasi dan mendahului rasa marah. kalau cinta kalah oleh marah, itu menunjukkan kita belum benar-benar cinta. itu juga menunjukkan kita cintakan diri sendiri.
kemaafan itu memberi ketenangan bukan sahaja kepada orang yang kita maafkan, tetapi juga kepada diri sendiri. oleh itu, sempena hari mulia ini, bermaafanlah sesama kita. kalau boleh, buang yang keruh, ambil yang jernih. jangan diungkit kisah lalu yang menyakitkan. kenanglah saat manis bersama. :) bila ada maaf, itu petanda ada cinta. tiada ungkapan "tiada maaf bagimu" selagi ada rasa cinta. :)
cream of my crop :)
apple of my eye :D
maafkanlah dia..
itu petanda cintamu akan ke syurga, insyaAllah. :)
may Allah bless!

