alhamdulillah.. masuk hari ke 27 kita berpuasa. moga dapat sama-sama merasai Ramadhan hingga ke akhirnya. :)
berkenaan tajuk post.. saya tahu walaupun ramai yang 'LIKE' post sebelum ni, tapi ada juga yang kurang suka sebab saya macam mengheboh-hebohkan.
dalam hati kamu mesti berbisik, "cehh, baru bertunang dah nak heboh.", "belum kahwin pun nak bising-bising."
jangan risau, sebelum saya bertindak, saya akan mengkaji terlebih dahulu tindakan saya supaya bila dipersoalkan orang nanti, saya dapat jawab.
pada mulanya, kami memang ingin merahsiakan hal ini. saya tahu bertunang tidak digalakkan untuk dihebohkan..
Nabi SAW sendiri mengingatkan kita:
“Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) tentang perkahwinan” (Hadith riwayat Ahmad dari Abdullah bin Zubair Radhiyallahu ‘anhu, dan disahihkan oleh al-Albani di dalam Irwa’ al-Ghalil)
kenapa Islam menetapkan begitu?
untuk mengelakkan malu jika majlis perkahwinan tidak dapat diteruskan. itu hikmah dia.
tetapi, dalam saat saya akan bertunang (walaupun ikut Islam sebenarnya dah kira bertunang sekarang sebab ibu bapa kedua-kedua pihak sudah restu, cuma sekarang mau buat adat), saya turut menerima beberapa pinangan dari mereka yang tidak mengetahui status diri saya. bila orang bertanya, kita patutla jawab 'ya, saya sudah BERTUNANG.' saya akan jawab begitu jika mereka bertanya, tetapi awal-awal mereka sudah berkecil hati dan langsung tidak mahu bertanya kepada saya. saya beritahu di sini juga kerana ramai kawan dan family jauh yang dah tahu bukan melalui saya tetapi melalui orang lain, mereka kecil hati. saya rasa 'ditelan mati mak, diluah mati bapa.' nda tahu mau buat apa.. saya tak faham kenapa perlu bermusuh kerana hal begini.. :'(
tapi dalam hal ini, yang paling penting, saya hebohkan di sini untuk mengelakkan menerima pinangan lain kerana..
hadits yang diriwayatkan oleh al-Bukhari bahwa Ibnu ‘Umar r.a menuturkan:
"Nabi s.a.w melarang sebagian kalian membeli apa yang dibeli saudaranya, dan tidak boleh pula seseorang meminang atas pinangan saudaranya hingga peminang sebelumnya meninggalkannya atau peminang mengizinkan kepadanya"
kenapa Islam melarang perkara itu?
kerana seseorang yang meminang di atas pinangan saudaranya yang lain dapat menyebabkan permusuhan di dalam hati mereka.
dan juga berdasarkan pendapat Ustaz Muhammad Rashidi bin Haji Wahab, salah seorang moderator iluvislam.com, hebahan pertunangan adalah perlu berdasarkan budi bicara keluarga masing-masing. sebenarnya kami ingin terus bernikah tetapi disebabkan beberapa hal tertentu, kami tangguhkan dahulu dan bagi mengelakkan orang lain masuk meminang lagi, kami adakan majlis bertunang ini. nikah akan berlangsung tahun depan dan jika dapat diawalkan, insyaAllah kami usahakan. sebab tempoh bertunang yang lama itu tidak digalakkan. :)
harap mereka yang tidak suka dengan cara saya sebelum ini akan faham.. sahabat saya iaitu nusaibah juga meletakkan gambar pertunangannya di FB, bukankah itu juga lebih kurang dihebohkan untuk pemberitahuan bahawa dirinya sudah bertunang, bezanya cuma saya buat post dalam blog dan dia letak gambar di FB..
cuba letak diri kamu ditempat saya, apa yang akan kamu lakukan? diam saja dan biarkan semua orang berkecil hati dan permusuhan pihak lelaki dengan lelaki yang lain? atau hebohkan dan dapat elakkan menerima pinangan dari lelaki lain serta mengelakkan permusuhan? fikir-fikirkan.. :) saya tiada niat lain. lagipun, sebenarnya bertunang hanya TIDAK DIGALAKKAN dihebohkan bukan DIHARAMKAN penghebohannya.. atas sesuatu perkara, ia dibolehkan mengikut kepada niat kita. :)
minta maaf jika ada yang saya tulis di sini agak kasar atau menyakitkan hati. kamu semua akan faham situasi saya ini apabila kamu melaluinya sendiri nanti.. :)
saya juga harapkan doa dari sahabat semua kerana doa dari seorang sahabat kepada sahabatnya dengan ikhlas akan didoakan oleh malaikat dengan doa yang sama untuknya. :) semoga kita semua di dalam redhaNya sentiasa.. may Allah bless! :)

