Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah.. sudah masuk 24 hari kita berpuasa. belum bersedia rasanya untuk ditinggalkan oleh Ramadhan. kadang-kadang terfikir, kan best kalau Ramadhan itu lebih dari sebulan.. tak pun tiap-tiap bulan itu bulan Ramadhan. rasa belum cukup amal di bulan penuh barakah ini.. macam mana pula kalau ini Ramadhan kita yang terakhir?
"akak, kenapa akak pakai tudung labuh?". soalan yang biasa di tanyakan kepada diri ini lebih-lebih lagi apabila berada di Malaysia. adik perempuan bongsuku, Shakira yang sedang meniti usia remajanya, turut bertanya. mungkin dia sedang tercari-cari identiti diri.
sejak kecil, abah selalu mengawasi jika kami tidak solat. abah pentingkan solat masa tu, mungkin kerana bagi abah, didikan dalaman diutamakan dahulu agar luaran senang dibentuk. abah hantar aku dan adikku ke kelas mengaji di waktu petang. waktu itu, aku dan adik selalu malas dan bagi alasan penat dengan abah. tapi abah pandai memujuk dan kami pergi juga ke kelas mengaji..
abah pernah berpesan, selepas baligh, dosaku sudah mula dikira. abah juga pesan, pakai tudung kalau sayang abah. aku tidak faham maksud abah waktu itu.. pada sangkaanku, abah suka melihat kami bertudung dan sebab itu kalau sayang abah, kena pakai tudung..
abah pernah berpesan, selepas baligh, dosaku sudah mula dikira. abah juga pesan, pakai tudung kalau sayang abah. aku tidak faham maksud abah waktu itu.. pada sangkaanku, abah suka melihat kami bertudung dan sebab itu kalau sayang abah, kena pakai tudung..
dalam meniti usia remaja, aku melihat ramai teman-temanku yang hanya bertudung di sekolah. apabila datang kelas tuisyen di luar, mereka mem'buang' tudung dan menyimpannya di dalam beg sekolah mereka. dalam fikiranku, mereka tak sayang abah mereka. mungkin juga abah mereka tak pernah berpesan yang sama seperti abahku berpesan kepadaku dan adik-adikku.. hinggalah satu hari, aku terjumpa satu ayat..
Selangkah anak perempuan keluar dari rumah tanpa menutup aurat, maka selangkah juga ayahnya itu hampir ke neraka. Selangkah seorang isteri keluar rumah tanpa menutup aurat, maka selangkah juga suaminya itu hampir ke neraka.
dan akhirnya, aku faham maksud abahku..
namun, pada mulanya, aku hanya bertudung bawal biasa.. kerana bagiku waktu itu, asal menutup aurat itu sudah sempurna. walaupun hati masih tidak tenang dengan penampilan itu, aku meneruskan pemakaian tudung sebegitu..
tahun pertamaku di ardhu kinanah, Mesir, aku belum berani memakai tudung labuh kerana memikirkan diriku yang banyak khilaf dan mungkin akan mencemarkan nama baik wanita-wanita lain yang bertudung labuh. dalam kesibukan belajar, aku sering berjumpa dengan teman-teman yang bertudung labuh dan sangat baik akhlaknya. aku kagum dengan mereka, selain menjaga diri untukNya, mereka juga cemerlang dalam pelajaran. dalam hati berbisik, bestnya kalau dapat jadi seindah dan sebaik mereka.. :')
kali pertama aku memilihnya sebagai imej diri ketika berada di akhir tahun satuku. saat itu, aku bertudung labuh kerana keindahannya menghiasi wanita-wanita berakhlak mulia yang aku kenali. kawan-kawan se'batch', kakak-kakak naqibah, ustazah-ustazah yang pernah mengajarku di sekolah dulu semuanya bertudung labuh. hingga satu tahap, aku mensinonimkan tudung labuh itu dengan keindahan, keperibadian dan kebaikan. walaupun aku turut mengenali teman-teman bertudung labuh yang akhlaknya bermasalah, namun aku masih menemui keindahan jiwanya yang ingin menjadi lebih baik. dan hari ini, aku memilih tudung labuh kerana aku yakin ia lebih istimewa pada pandangan-Nya.
aku hampir tidak sedar banyak pertanyaan yang terpendam. mungkin saat itu aku tidak tahu apa yang aku perlu tahu. hinggalah persoalanku terjawab satu demi satu. hikmah bicara kakak naqibahku, kak Sarah Suraya dan kakak-kakak seniorku menerangkan pelbagai soalan yang kutagihkan pengertian.
YANG TERTUTUP ITU INDAH
Ketika kubertanya tentang tudung labuh, mudah jawapan yang pernah kuterima, "Yang tertutup itu indah!" Jawapan yang membawaku mengkaji surah al-Ahzab ayat 59, maksud dan tafsirannya.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: "Wahai Nabi, katakan kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan isteri-isteri orang mukmin, `hendaklah mereka melabuhkan jilbab ke seluruh tubuh mereka. yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali sebagai wanita baik agar mereka tidak diganggu."
ya, sedangkan buku yang kita sayangi, kita sampulkan seindahnya. inikan pula bentuk tubuh wanita, takkan tiada sampulnya? kuperhatikan kulit bukuku yang bersampul lebih terjaga berbanding kulit bukuku yang tidak bersampul. kuperhatikan langsir yang cantik menghias pintu dan tingkap. kuperhatikan kain yang mengalas meja dan perabot yang cantik. benar, yang tertutup itu indah! begitu juga cara Allah menghargai keindahan wanita dengan menggariskan perbatasan aurat. agar keindahan itu hanya dinikmati oleh insan yang berhak. bukannya diratah-ratah oleh pandangan yang sakit.. wanita itu tinggi nilainya disisi Allah. tetapi wanita itu sendiri yang merendah-rendahkan nilai dirinya.
MENDEKATKAN JODOH DENGAN LELAKI SOLEH
aku hairan melihat beberapa orang temanku yang mulanya bertudung labuh tapi akhirnya menukar penampilan kerana takut tidak dipinang. aku hormati penampilannya selagi masih menutup aurat namun jika itu alasannya, dia mungkin tersilap. aku yang tetap bertudung labuh ini juga akhirnya yang agak cepat menerima pinangan. bukan mahu berbangga, tapi mahu dia sedar bukan kerana tudung labuh itu kita tidak dipinang awal.
bakal suamiku, insyaAllah mengakui antara faktor yang meyakinkannya pada agamaku saat memilih bunga untuk disunting adalah kerana nilai tudung labuhku. wanita bertudung labuh lumrahnya hanya berani dirisik oleh lelaki yang mempunyai persiapan agama. jika malas hidup beragama, mereka akan berfikir beribu kali untuk memiliki seorang suri yang bertudung labuh. rasa tidak layak. rasa perlu membaiki diri terlebih dahulu.
benar, kita tidak boleh menilai seseorang hanya melihat luarannya. namun, realitinya, kadang kala masa terlalu singkat dan peluang tidak ada untuk kita mengkaji dalaman seseorang sehingga terpaksa menilainya hanya melalui luarannya. contoh realiti, jika kita ingin membeli nasi lemak di gerai. kelihatan penjual di gerai yang pertama ialah seorang makcik bertudung labuh. penjual di gerai kedua pula seorang wanita tidak bertudung dan rambutnya menggerbang lepas. mana satu yang kita pilih? kenapa cepat membuat pilihan sebelum mengkaji dalaman kedua-duanya dahulu? apa nilaian kita masa tu? fikir-fikirkan.. :)
Hormatilah Selagi Masih Menutup Aurat
aku sedar diriku banyak khilaf.. kadang-kadang rasa tak layak bertudung labuh. tapi seperti manusia lain, aku juga ingin berubah dari buruk ke baik. masa lalu bukan nilaian untuk seseorang itu tidak boleh berubah. pernah dengar ayat ni? "every saint has a past, every sinner has a future".. jangan nilai masa lalu seseorang jika diri kita sendiri banyak khilafnya.
ya! ya! kudengari suara-suara hati kamu yang sedang berbisik, "ramai saja yang bertudung labuh tapi tak baik." "tudung tak labuh pun masih tutup aurat." "don't judge people by its cover." aku hormati semua kata-kata ini sepertimana kuhormati dirimu yang masih bertudung. Alhamdulillah. aku cuma berkongsi secebis pengalaman dalam hidupku yang menyebabkan kurasakan tudung labuh terlalu istimewa. buat adik-adik yang pernah bertanya, akak harap adik menemui jawapannya.
tidak dinafikan ada saja sebilangan bertudung labuh yang akhlaknya lebih buruk dari yang tidak bertudung. tapi sekurangnya dia berani untuk bermujahadah dengan persepsi orang terhadapnya, sekurangnya dia telah selesai bahagian auratnya. bagaimana dengan kita?
bagi sahabat ukhti sekalian, tutuplah auratmu jika kamu sayangkan bapa dan abang serta adik lelaki kamu. bagi yang sudah berkahwin, tutup auratmu jika kamu kasihkan suamimu. tiada yang lebih indah melainkan wanita solehah.. :') may Allah bless!





