Alhamdulillah,
Allah masih benarkan seha dan keluarga serta sahabat semua bernafas hari ini..
sebenarnya badan rasa kurang selesa.. rasa nak demam mungkin..
tapi kena sabar.. ini mungkin satu petunjuk dariNya..
yang mungkin boleh menghilangkan satu bebanan dosa..
ya, benar sebelum ini hari-hari dilalui bukan dengan sempurna..
malah sebaliknya hanya dengan menambah timbangan dosa diri sendiri.. :'(
nauzubillah...
namun mungkin dengan sakit ini Allah buka satu laluan untuk kita sama-sama berfikir..
pernahkah kita terfikir kenapa sehingga hari ini Allah panjangkan usia kita?
kenapa masih tak serik-serik Allah berikan hambaNya serba-serbi nikmat yang ada?
pernahkah?
Saidina Ali berkata:
'Manusia itu semuanya tidur, bila mati barulah terjaga'
Allah buka peluang seluas-luasnya untuk seorang hamba..
peluang yang mampu memisahkan antara hari ini dan esok..
meloloskan seorang hamba yang tergapai-gapai dalam kegelapan kepada cahaya..
memisahkan kejahilan seorang hamba kepada mengenali ilmu-ilmuNya buat bekalan diri..
pada peluang itu juga seorang hamba memperbaiki amal dan menghapuskan dosa lampau..
moga Allah redha atas setiap perlakuan dan perbuatan kita... kadang-kadang hati lalai mengingatiNya. semoga hati ini lebih dekat denganNya walaupun selepas Ramadhan berakhir. insyaAllah.. may Allah bless! :')

