Wednesday, August 10, 2011

rukun atau sunat?

assalamualaikum wbt..
hari ni nak share ilmu yang saya dapat dari kelas Ustaz Akli petang tadi.
ini kelas last yang saya dapat ikut sebab esok insyaAllah akan pulang ke Malaysia. :'(
paling sedih bila tahu Ustaz Akli hanya akan ada tahun ni saja sebab tak lama lagi beliau akan pulang ke Malaysia, tiada lagi kelas tafaquh yang best. T.T
semoga Allah memberkati beliau dan keluarga.. aminn :')

tadi bedah kitab yang sama dengan sebelum ni, iaitu Kitab Al-Ashbah Wa An-Nadzhoir.
tadi bincang syarat-syarat sah niat.. tak kisah niat untuk ibadat apa sekalipun, solatka, puasaka.
dan antara syarat-syarat sah niat ialah.. kita WAJIB tahu yang mana rukun dan yang mana sunat. kalau tidak, ibadat kita dikira tidak sah. contohnya dalam solat. :)

SOLAT TIANG AGAMA

ada keadaan di mana seseorang itu tahu membezakan solat fardhu atau solat sunat, tetapi dia tidak tahu antara perbuatannya yang mana satu sunat dan yang mana satu rukun.

ada pendapat ulama mengatakan; contohnya, kalau orang tu solat dan dia menganggap rukun solat adalah sunat, maka tidak sah solat seseorang itu.
tetapi jika seseorang itu solat dan dia menganggap semua perbuatan dan bacaan dalam solat itu adalah rukun, maka sah solat seseorang itu.
ini bermakna, wajibla bagi kita semua orang Muslim untuk tahu rukun dan sunat dalam solat. solat adalah perkara pertama yang akan dihisab di akhirat kelak. amalan lain tidak akan dipandang kalau solat seseorang itu tidak diterima Allah swt.

oleh itu, berusahalah untuk menyempurnakan solat kita dengan baik dan khusyuk dengan harapan Allah akan menerima ibadah utama kita itu. insyaAllah.. :)
 di sini saya sertakan link yang selalu saya rujuk, klik link ini untuk fahami rukun solat, dan terdapat juga ibadah-ibadah lain. sekali dengan tauhid, akhlak, ilmu tasawwuf, munakahat, muamalat, etc. semoga bermanfaat untuk kita semua. :)

p/s; semoga ibadah kita semua diterima Allah dan mendapat keredhaanNya, insyaAllah. doakan saya dan kawan-kawan selamat sampai Malaysia. tak sabar jumpa keluarga kedua di KL nanti. nak sungkai dan moreh sama-sama mereka insyaAllah. may Allah bless! :)