assalamualaikum wbt..
entry kali ini seha ingin berkongsi apa yang seha dapat dari SC seha isnin lalu. ilmu kan untuk dikongsi bersama.. insyaAllah, manfaat pun kita dapat bersama. :)
tarbiyah bukan segalanya tetapi segala-galanya bermula dengan tarbiyah.
mungkin topik kali ini nampak serius, tapi sebenarnya kita semua harus memikirkan tentangnya sebab nanti hal ini akan Allah tanya nanti. apa yang seha maksudkan adalah TANGGUNGJAWAB kita.. nda kisahla tanggungjawab tu besar atau kecil, semua Allah akan tanya nanti.
setiap orang, semakin dewasa akan semakin banyak tanggungjawab yang harus dipikul. seha akui, dulu seha keliru dalam mencari apa tujuan hidup seha yang sebenarnya. tapi semakin besar, semakin banyak yang hidup ni ajar pada seha. seha makin sedar seha sebenarnya banyak tanggungjawab yang selama ni seha abaikan..
kita lahir didunia ni untuk mencari redha Allah. kakak-kakak senior selalu pesan, jadikan kerjaya sebagai doktor ni sebagai wasilah kita dalam menuju dan mencapai redha Allah. seha nda mau jadi doktor yang setakat dapat ubat luka luaran saja.. seha berazam untuk jadi doktor yang dapat ubat dua-dua sekali, luaran dan dalaman, seha mau ubat hati pesakit-pesakit seha juga. insyaAllah.. tapi mau ubat hati orang lain, hati sendiri mesti bersihkan dulu. rasa hati sangat kotor, tapi kak SC pesan jangan give up untuk berubah. pedulikan pandangan orang pada kita. doakan seha yaa.. :')
kakak SC kami, kak Sarah Sue suruh kami listkan semua tanggungjawab kami dalam satu paper.. lepas seha listkan, baru seha sedar banyak sangat tanggungjawab seha selama ni. astaghfirullahalazim..
tanggungjawab-tanggungjawab, antara yang seha listkan..
1) sebagai hamba Allah
adakah benar tujuan dan perjalanan hidup kita selama ni semata-mata keranaNya atau kerana benda lain? kadang-kadang kita terlalu leka dengan hiburan dunia, mungkin juga asyik study sampai tertinggal ibadah-ibadah wajib seperti solat dan mengabaikan ibadah-ibadah sunat, contohnya membaca al-Quran. sama-sama kita muhasabah balik insyaAllah.. :')
Firman Allah Ta’ala:
وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْأِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُون
“Tidak Aku ciptakan jin dan Manusia melainkan hanya untuk beribadah kepada-Ku.”
(Adz –Dzariyat: 56 )
2)sebagai seorang Islam
kita bersyukur kita semua dilahirkan sebagai seorang Islam. tapi, muslim yang baik adalah yang beriman (mukmin). tahu maksud sebenar iman? membenarkan dalam hati, mengaku dengan lidah, melakukan dengan anggota dan membuat amar ma'ruf dan nahi mungkar.
yaa.. kita semua membenarkan dalam hati, kita mengaku hanya Allah yang patut disembah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. yaa.. kita mengaku dengan lidah, kita mengucap kalimah syahadah. yaa.. kita melakukan dengan anggota, kita solat, puasa, bayar zakat. tapi yang paling last ni, ada kita buat? orang lain buat maksiat, kita diam, tengok saja nda tegur.. dalam hati, biarlah kubur lain-lain juga bha. ya memang betul kubur lain-lain, tapi nanti kita dah meninggal kita juga perlukan orang lain untuk tolong mandikan, kapankan, solat dan doakan kita. kita belum dikira beriman kalau kita nda buat amar ma'ruf dan nahi mungkar. peringatan untuk diri sendiri yang nda kuat juga, selalu mencegah hanya dalam hati.. :'(
3) sebagai seorang anak kepada kedua ibu bapa
ya Allah, ampunilah bagiku segala dosaku dan juga dosa kedua ibu bapaku dan kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihaniku sewaktu kecilku..
apa tanggungjawab kita pada ibu bapa kita? mereka yang selama ni paling banyak berjasa pada kita, susah payah membesarkan kita.. menjalankan tanggungjawab mereka menjaga kita sebaiknya. senang saja tugas kita, belajar baik-baik dan kerja lepas tu bahagiakan dorang balik.. jaga dorang selagi dorang masih hidup, buat dorang gembira selagi Allah masih bagi kita masa bersama dengan dorang. paling kurang pun, tiap minggu telefon tanya khabar dorang.. ingatan kecil kita pada mereka sudah mampu membahagiakan mereka sebenarnya. :')
4) sebagai seorang kakak/abang kepada adik-adik
kakak sayang semua adik kakak..
adek, waya, umai, piee dengan wawan.. love kamu semua! :')
semua yang jadi anak sulung mesti tahu sangat susah untuk jadi contoh kepada adik-adik.. sebab adik-adik biasanya akan mencontohi orang yang terdekat dengan mereka, dan selalunya akan mencontohi kakak/abang mereka. jadi, setiap keputusan atau tindakan kita, kita perlu fikir adakah ini akan jadi contoh yang baik untuk adik-adik aku? kalau tidak, jangan buat benda tu.. dan paling penting, tegur mereka bila mereka buat salah. jangan biarkan mereka berterusan buat salah tu. insyaAllah.. :)
5) sebagai seorang pelajar
semua tahu, tugas kita sebagai pelajar ialah belajar bersungguh-sungguh dan buat yang terbaik. tanggungjawab kita adalah untuk hadir ke kuliah, datang awal ke kuliah, menyiapkan assignment atau apa-apa kerja yang diberi oleh professor dan banyak lagi. jadi, selagi kita sedar kita ada tanggungjawab sebagai seorang pelajar, insyaAllah kita akan cemerlang bukan saja di dunia malah di akhirat juga..
study hard! exam endocrine nda lama lagi!
ya, kadang-kadang seha pun rasa mau give up.. rasa beratnya belajar medic. tapi alhamdulillah, di sini seha ada ramai sahabat yang selalu kuatkan seha. dorang pesan, Allah nda suka orang yang give up.. Allah kan dah cakap kat kita Dia selalu ada, nda pernah sesaat pun tinggalkan kita, tapi kita saja yang selalu lupakan Dia. jadi kenapa perlu give up? pepatah Jepun ada menyatakan, 'falls seven times, get up eight times'. so guys, don't give up okay.. :')
6) sebagai seorang ahli bait
love my housemates.. :D
sorry kalau seha masak nda sedap, tapi seha masak dengan kasih sayang tau. :P
macam biasa, tugas kalau tinggal serumah dengan sahabat akan ada jadual masak, jadual ke pasar, jadual kemas rumah. itulah tanggungjawab kita.. sibuk mana pun kita dengan study atau hal-hal luar, jangan pernah abaikan tanggungjawab pada ahli bait kita. masak tetap kena masak walaupun kita sendiri nda makan sebab sibuk di luar. ini baru satu contoh, banyak lagi contoh lain yang seha rasa semua pun sudah arif kan. :)
“Setiap kamu adalah pengembala dan setiap pengembala akan ditanya tentang pengembalaannya. Seorang pemimpin adalah pengembala dan beliau akan ditanya tentang rakyatnya, seorang lelaki (suami) adalah pemimpin keluarganya, dan beliau akan ditanya tentang anggota keluarganya, seorang wanita adalah pemimpin di rumah suaminya, dan beliau akan ditanya tentang kepimpinannya, pembantu rumah adalah pemimpin (penjaga) harta-benda tuannya, dan beliau akan ditanya tentang keselamatan harta-benda tersebut.”
setakat ni saja yang seha dapat kongsikan.. semoga kita sama-sama dapat muhasabah diri, adakah kita sudah melaksanakan tanggungjawab yang Allah beri dengan sebaiknya ataupun tidak. may Allah bless! :)
May Allah guide us to the straight path
and keep us firm upon it.
May Allah give us the ability to stand up
fight and defend His deen.
amin..




