Friday, December 23, 2011

mental kita sihat atau tidak?

salah satu ciri mental yang sihat ialah kita mahu menyumbangkan sesuatu yang bermanfaat buat orang lain..

jadi, kalau kita hidup hanya fikirkan diri sendiri.. hanya fikir 'hal kau hal kau, hal aku hal aku sorang', maksudnya mental kamu kurang sihat. kita semua hidup bukan sendiri di dunia ni, semua ada keluarga, ada sahabat, ada guru-guru. semua bantu kita untuk terus hidup dan berjaya. dan kita pula sebaiknya jangan menjadi orang yang hanya mahu menerima tanpa ada rasa mahu memberi.

pada dasarnya, semua orang mampu memberi manfaat kepada orang lain. semuanya hanya terpulang kepada diri sendiri samada mahu lakukan atau tidak. bila kita mampu membantu orang lain, tapi kita tidak buat hanya kerana kita takut kekurangan, sesungguhnya kita dalam keadaan yang rugi.. paling kurang pun, kita doakan orang lain, jangan hanya doakan untuk diri sendiri.

Rasulullah saw. bersabda,
Orang yang paling dicintai Allah adalah orang yang paling bermanfaat bagi orang lain. Amal yang paling dicintai Allah adalah memasukkan kegembiraan ke dalam hati seorang muslim, menghilangkan kesulitannya, melunaskan hutangnya, atau membuang rasa laparnya.” 
(HR Thabrani)


hadis di atas menjelaskan bentuk-bentuk manfaat yang dapat diberikan oleh seorang muslim kepada orang lain, iaitu :

  • Memberikan kegembiraan kepada orang yang kesusahan

macam mana caranya untuk mengembirakan hati orang lain? iaitu dengan sentiasa tersenyum dan bermanis muka di depan orang lain, memberikan motivasi ketika sedang mengalami kekecewaan dan mengajaknya bersyukur atas setiap nikmat yang diberikan kepadanya, serta mengingatkannya supaya bersabar atas setiap musibah yang menimpanya. bila kita dapat membuat orang lain gembira, kita juga akan merasa bahagia. insyaAllah.. :)

  • Menghilangkan kesulitan yang sedang mendera hidupnya

hilangkan kesusahan orang lain dengan memberi sokongan moral yang diiringi dengan bantuan material, baik bantuan yang berupa harta, tenaga, fikiran, mahu pun kemudahan tertentu yang diperlukannya.

  • Melunaskan hutang orang yang sedang dililit hutang

kadang-kadang kita tidak hanya berhenti setakat memberi bantuan material untuk mengeluarkan seseorang dari kesulitan hidup, tetapi juga jika kita mampu bantulah orang lain dengan membebaskannya dari hutang-hutang yang membelitnya. kerana seringkali penyebab kesulitan hidup dan kegelisahan jiwa adalah berhutang. Rasulullah saw. bersabda, ”janganlah kamu menakut-nakuti jiwa kamu setelah merasakan keamanan.” para sahabat bertanya, ”apakah itu wahai Rasulullah?” Beliau menjawab, ”berhutang.”

  • Memberi makan orang yang sedang kelaparan

memberi makan orang yang sedang kelaparan. mungkin ada yang bertanya, mengapa Rasulullah menempatkan mengusir rasa lapar pada urutan terakhir dalam hadis di atas? apakah hal ini menunjukkan bahawa tindakan memberi makanan adalah yang paling berat? padahal kita tahu sekadar mengusir rasa lapar jauh lebih ringan daripada memberikan bantuan materi kepada orang yang kesulitan dan melunasi hutang-hutang orang yang dililit hutang.

memang, memberi makanan kepada orang yang kelaparan di saat kita kenyang adalah sesuatu yang biasa dan tidak istimewa. akan tetapi, memberi makanan kepada orang lain di saat kita juga kelaparan atau mengutamakan orang lain daripada diri sendiri yang sedang sangat memerlukan makanan adalah sesuatu yang sangat berat. memang tidak semua orang mampu melakukannya dengan mudah. dan ramai yang mungkin tidak pernah melakukannya.

kerana memberikan makanan kepada orang lain pada waktu itu dapat menyebabkan kesusahan kepada kita. sehingga banyak orang merasa berat untuk memberi makanan dengan orang lain. apa yang terjadi sekarang adalah mereka lebih mementingkan dirinya dan tidak peduli dengan kesusahan orang lain.

Barangsiapa di antara kamu yang mampu memberikan manfaat kepada saudaranya, maka hendaklah ia bersegera memberikan manfaat kepadanya.” 
(H.R Muslim dari Jabir ra.)

bila kita dapat memberikan manfaat kepada orang lain, bererti kita menjadi seorang mukmin yang sejati. Rasulullah saw. mengumpamakannya dengan sebatang pohon kurma yang sentiasa memberikan manfaat kepada manusia dengan segala yang ia miliki seperti diterangkan dalam hadis:

Perumpamaan seorang mukmin adalah seperti sebatang pohon kurma. Apa pun yang kamu ambil darinya akan memberikan manfaat kepadamu.”
(HR Ath-Thabrani dari Ibnu Umar ra.)