Bismillahirrahmanirahim..
aku selalu tertanya-tanya.. siapa sebenarnya 'pemilik cinta'ku?
hati berbisik.. ada satu ruang kosong, tercari-cari siapa yang perlu diisi.
mungkin dia itu belum ku kenali..
mungkin juga dia ada saja di depanku tanpa ku sedar..
mungkin dia selalu memerhatiku, melihatku dengan penuh cinta..
mungkin dia mengharap agar aku selalu menyedari kehadirannya..
hati kecil ini mengharap untuk tahu siapa 'dia'?
saat tercari-cari cinta itu..
aku melihat yang lain sudah pun meletakkan kecintaan mereka..
cinta pada sesuatu yang indah di mata mereka..
rumah yang besar, kereta yang mewah, pasangan yang menawan..
bagiku, kebanyakkan 'indah' itu adalah dunia semata..
dunia yang takkan kekal.. hanya sementara..
satu masa, 'indah' mereka itu akan hilang..
sungguh aku ingin sangat bertemu pemilik cintaku itu..
aku berharap agar 'dia' lebih indah dari segala yang indah..
aku menanti 'dia' dengan sabar..
hinggalah satu hari, temanku membuka cerita..
bahawa 'dia' itu memang wujud!
aku saja yang buta..
aku saja yang selalu tidak mengendahkan 'dia'..
tapi 'dia' tidak pernah putus asa mengharap..
mengharap agar aku menyedari bahawa 'dia' selalu dekat denganku..
'dia' tetap menyimpan harapan agar aku mencintai 'dia' sebagaimana 'dia' mencintaiku..
sungguh rupanya hati ini telah buta..
tidak tahu menilai cintanya.. sesungguhnya aku telah banyak melukakan 'dia'..
maafkan aku.. maafkan aku..
maafkan aku ya Allah.. :'(
rupanya Kaulah pemilik cintaku yang sebenar-benarnya..
sungguh aku berjanji.. akan mencintaiMu sebagaimana Kau mencintaiku selama ini..
namun sebelum mencintaiNya.. aku harus kenal Dia..
lantas aku bertanya pada cinta itu sendiri..
apa ertimu yang sebenarnya wahai cinta?
cinta menjawab;
"cinta adalah kau patuh pada Dia meskipun kau tak pernah melihatNya, engkau tak pernah menyentuhNya tetapi kau patuh kerana merasakan kehadiranNya.. kerana cinta itu bukan indera tetapi rasa.
cinta adalah kau takut amarahNya dan takut jika Dia meninggalkanmu. lalu kau mencari-cari alasan untuk selalu dekat denganNya hingga kau tidak kisah jika kau derita atau lebih dari itu, asalkan Dia tidak jauh darimu.
cinta adalah kau menyimpan segala harapan padaNya dan tidak pada yang lain. engkau tidak mendua dalam harapan, dan demikian selama-lamanya. cinta adalah kau setia bernafas dalam jiwa hambaNya, hidup untuk Dia semata dan mati untuk kesukaanNya buat dirimu.
cinta adalah engkau merasa kasih sayang yang tunggal yang tidak engkau berikan pada yang lain. kau rindu akan masa untuk bertemuNya. kau suka apa yang Dia suka dan membenci apa yang Dia benci. kau merasakan semua ada padaNya dan atas nama-nama indahNya."
aku bertanya lagi pada cinta..
mampukah aku untuk itu? mampukah aku melaksanakannya?
cinta menjawab lagi;
"selama kau mengetahui hakikat penciptaanmu dan bersyukur dengan nikmat yang diberi, maka itu semua akan kau rasakan, percayalah.."
ya Allah.. indahnya cinta buatMu..
teman-teman sekalian..
katakan pada hati kamu, jangan pernah berhenti mencari cinta dan redha dari Ilahi. kerana suatu masa nanti, kamu akan dapati di situ terdapat satu sinar yang menjadi petunjuk jalanmu. jika hati banyak bergelut dengan dosa, diri akan terkunci dalam celahan karat maksiat, tersumbat dalam lubang jahiliyyah.
ayuh.. kembali sirami hati-hati kita ini dengan CINTA pada Allah, bajai hati dengan memperbanyakkan ZIKRULLAH agar tidak lagi berpaling tergapai-gapai dalam jalan yang gelap, menjadi pengubat saat terpatah dalam mujahadah.
wahai teman-teman yang ku sayangi sekalian..
terapkan dan lancarkan dulu cinta kita pada Allah.. supaya saat bertemu kesulitan di masa depan, hati kita bisa cepat dilembutkan kerana sudah mengenggam cinta yang agung buat Dia. supaya dalam setiap nafas akan datang kita tidak pernah lelah lagi melakukan segala kerja bila Allah menjadi tujuan utama semata. kerana cinta itu sangat berkuasa yang dianugerah oleh Yang Maha Mengasihi.
Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada dalam tiap-tiap diri manusia. Ia laksana setitis embun yang turun dari langit, bersih dan suci. Cuma tanah yang berlainan yang akan menerimanya. Jika ia jatuh ke tanah yang tandus, tumbuhlah kedustaan, kehinaan dan lain-lain cela. Tetapi jika ia jatuh ke tanah yang subur, akan tumbuh di sana kesucian, keikhlasan dan lain-lain sifat terpuji.
HAMKA
lantas, semaikan juga rasa cinta kita pada Kekasih Allah, iaitu Rasulullah.. sebagaimana tingginya rasa cinta sahabat-sahabat terdahulu mencintai Baginda. mungkin kita tidak pernah menatap wajah Baginda, apatah lagi menghidu harum nafas hembusannya, tapi kita bisa menghidupkan sunnahnya, dari yang kecil sehingga sunnah terbesar (dakwah).
jangan katakan pada diri bahawa kita tidak mampu mencintai Baginda hanya kerana kita tidak pernah bertemu Baginda.. Baginda sudah terlebih dahulu mencintai kita walaupun Baginda sendiri tidak pernah bertemu kita, bahkan kita belum pun wujud saat itu. saat kematian Baginda, hanya kita yakni umat Baginda yang Baginda ingat dan sebut. meminta pada Allah jawapan, apakah yang terjadi pada kita umat Baginda. Baginda risaukan kita.. sungguh hati Baginda mencintai kita melebihi dirinya sendiri. apalagi alasan yang tinggal untuk tidak mencintai Baginda? semaikan cinta kita padanya dengan perbanyakkan selawat kepada Baginda dan keluarga.. insyaAllah, Baginda menanti umatnya di syurga sana.. kerana sesungguhnya Baginda menyayangi umatnya yang mencintainya walaupun tidak pernah bertemu dengannya.
Ketika Rasulullah berada di hadapan, ku pandangi pesonanya dari kaki hingga hujung kepala.. tahukah kalian apa yang terjelma?
CINTA!
CINTA!
(Abu Bakar as-Siddiq)
mari sahabat semua.. cintakan Allah dan Rasulullah seperti sungai yang sentiasa mengalir airnya dan bukan seperti cinta pada bunga kerana bunga akan layu dan mati. basahkan cinta-cinta ini dengan air mata keinsafan agar ia kekal murni dan indah sentiasa, insyaAllah.
mungkin inilah caranya untuk kita memperoleh redha dan rahmatNya. jangan menuntut untuk kita dicintai tetapi mulailah dalam diri untuk mencurah dan memberi cinta pada Ilahi. kerana jika satu masa kita sedang melalui jalan berliku dan berduri, cinta itu akan kembali menyentuh dan memeluk hati kita.. itu pasti!
Allah ciptakan 100 bahagian kasih sayang..
99 disimpan disisiNya, dan 1 diturunkan ke dunia..
dengan kasih sayang ini juga manusia berkasih sayang..
sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut terpijak anaknya..
p/s; semoga seha dan sahabat-sahabat tahun 3 bertemu jawapan kepada persoalan 'hatiku milik siapa?' esok malam. syukran kepada semua ajk yang bersusah-payah agar program berjalan dengan lancar. dan seha berdoa agar menemui cinta yang diredhai dan dirahmati, iaitu pemilik cinta seha selepas Allah dan Rasulullah.. semoga dia menjadi tempat seha berteduh, tempat seha mencurahkan kasih sayang dan semoga dia mampu menjadi imam dan membimbing seha agar lebih dekat padaNya. tunggu post lain pula untuk tahu siapa pemilik hati ni okay? may Allah bless.. :)



